Friday, May 10, 2013

ber part-part...jangan tiru



Salam Jumaat
kejap je Jumaat
arini saya tak kemana-mana sebab takde yang ngajak keluar
biasalah la kalau pegi balik keje berhantar berjemput
ape2 kena tunggu orang ajak
namun saya nak hegeh2 arah orang bawak saya tidak la
ku serik sebab pernah ada orang mengungkit sebab bawak saya ke hulu dan kehilir
biar duduk bertapa dalam pejabat dari hegeh2
ada yang kata saya sangat manja sebab suami jemput
tak kurang ada jugak yang kata ngengada
biarlah...itu suami saya bukan suami orang lain
bak kata En.Papa "selagi abang mampu abang bawak"


Ok..melalut
panjang lebar mukadimah
ketor jari nak naip sebab dah seminggu rasanya blog ni sunyi
arini nak stori pasal part 2 pulak
pemberian kawan kepada saya
sangat2 saya hargai
orang berbudi kita berbahasa
orang memberi kita merasa


akan tetapi..jangan tiru keadaan meja saya
bersepah kalah CEO
macam bizi je kan
dan jangan tiru cara keje saya
bersambil-sambilan tengok internet
takpe asal keje jalan
tak menyusahkan orang
kadang2 sambil keje gelak
sebab baca status kat FB
ada yang meroyan
percayalah sesungguhnya apa yang saya letak kat status tu sekadar nak sembang2
bukan nak cipta glemer atau provokasi
kadang tu siap cakap kat kawan2 rapat..

"aku letak status bla bla bla eh..tengok baper ramai meroyan"

dan si kawan pun kate...

"letak la..nanti aku like..aku komen.kita tengok panas x..."


lepas tu sama2 gelak
memang kadang2 saje nak perli orang dan saya tau itu salah
nanti kerana status badan binasa
hilang kawan
so lepas ni..start arini saya cuba..C.U..B.A yer
taknak letak status menyakat lagi
bak kata orang "baik aku main game"
lagi rileks
ini azam saya sempena bulan Rejab
doakan saya tunaikan janji tu


tadi nampak tak ada novel kat meja bersepah saya tu???
ni dia novel pemberian Indah
dia dapat baucer buku 1Malaysia
dia kan student
dan saya doakan dia berjaya dapat pointer terbaik sebab ini tahun terakhir dia
tak silap ujung tahun ni dia "grad"
terima kasih kawan
tak sia2 saya pilih novel ni sebab isi dia memang tak membosan kan
memang best sampaikan tak sabar nak abeskan
ikut tarikh yang saya catat kat buku ni 16hb April Indah belikan
dia kata pilih mana ko nak
yabedabedu..jadi tak tentu arah nak pilih
dah banyak tangan jugak pinjam novel ni
memang best dorang kata
korang try beli dan baca


p/s : jangan lupa bagi nyawa kalau saya mintak yer terutama candy crush dan pet resque..kihkihkih

nota peringatan : KAWAN tu bermaksud KAWAN pejabat atau KAWAN cemolot

1 comment:

Anonymous said...

most welcome... ;-)

makcik bawang