Wednesday, May 15, 2013

pasal roti lagi





Kuala Lumpur: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd, anak syarikat makanan yang disenarai di Singapura, QAF Ltd, semalam menjelaskan harga produknya tidak dinaikkan.

“Sudah lebih setahun Gardenia menjadi sasaran siri penipuan yang disebarkan beberapa orang. Fitnah terbaru ialah harga roti kami naik.

“Ini fitnah semata-mata. Produk Gardenia di Semenanjung tidak dinaikkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yap Kim Shin dalam satu kenyataan. Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd beroperasi di Semenanjung Malaysia.

Minggu lalu, pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin mengenai kenaikan harga roti Gardenia.
Sebar sabotaj di internet

Khabar angin ini bermula di internet dan sejak itu tersebar luas dalam beberapa media perdana.

Kim Shin berkata, harga produk Gardenia di Semenanjung Malaysia stabil sejak beberapa tahun dan syarikat menyerap kenaikan kos pengeluaran.

“Syarikat yakin kenaikan harga hanya sebagai tindakan akhir jika semua aspek lain dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti, tidak dapat ditangani.

“Penipuan dan fitnah ini bertujuan mensabotaj Gardenia. Kami memberi jaminan kepada pengguna khabar angin ini tidak benar dan meminta pengguna mengesahkan kandungan yang dibaca di internet,” katanya.


BERNAMA



p/s : BERNAMA cakap bukan saya cakap

3 comments:

Unknown said...

As salam Kak Ina,

Apa khabar? Thanks kak atas ingatan & ucapan takziah...

Dorang ckp surat khabar menipu, TV menipu, seolah2 internet, blog, twitter, FB tu tak pandai ckp bohong...hikhik... sabar jelah...

MayaYunus said...

Byk lg brand lain yg murah yg boleh dibeli...hidup kn ada pilihan

ina's said...

betol...roti 1 Malaysia pon ada

makcik bawang