Wednesday, June 25, 2008

Citer pasal resepi

Arini saya xtau nak citer aper. Buleh x kalu saya tepek resepi jek?? X dapat raser dapat tgk pun jadi ler. Nak tunggu saya buat tu buleh tapi tunggu maser yg betoi2 free. Layannnnn...............


Sotong masak szechuan

Bahan-bahan ( seisi kuwarge )

Sotong
B.putih, b.besar
Cili kering, daun bawang
Minyak bijan
Bancuhan tepung jagung
Sos tiram, kicap pekat
Gajus

Cara-cara

Panaskan minyak dan masukkan sedikit minyak bijan(sesame oil).
Goreng cili kering yg dipotong pjg hingga garing, asingkan.
Tumis bawang putih, masukkan sotong, sos tiram dan kicap pekat. Kacau seketika.
Bila sotong hampir empuk masukkan gajus dan cili kering yg diasingkan tadi.
Untuk kuah yg lebih pekat, masukkan bancuhan tepung jagung dan diikuti bawang besar yang dibelah empat.


Udang masak nenas

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

12 ekor udang besar
3 potong nenas dlm tin (pakai nenas fresh pun sedap)
4 cili kering dikisar halus (sapa yang tak makan pedas boleh guna cili besar merah)
2 ulas bawang putih dimayang
1 diji bawang besar dimayang
Cili sos
Daun bawang
Gula dan garam

Cara-cara

Panaskan minyak. Goreng bawang merah dan putih hingga kekuningan, kemudian masukan gili masak hingga naik minyak.
Masukan udang dan sos, kacau seketika. Selepas itu masukan nenas yang di potong kecil kecil bersama sedikit air. (sesiapa nak kuah banyak boleh letak lebih air)
Akhir sekali masukan daun bawang, gula dan garam. Masak untuk seketika hingga kuah mendidih. Sedia untuk di santap.

Sotong Goreng Berempah Tomyam

Bahan-bahan

400gm sotong (dihiris bulat)
Serbuk kunyit
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Setengah ulas bawang besar (dihiris)
Sedikit halia (ditumbuk)
Serai (dihiris)
Daun limau purut (dihiris)
1 sudu makan pes tomyam
Sedikit air
Sedikit perasa

Cara-cara

Goreng sotong tanpa minyak untuk buang air sotong dan hanyir sotong sehingga kering.
Kemudian perap sotong tadi dengan serbuk kunyit dan kemudian goreng dengan minyak.
Tumis bawang putih, halia, bawang besar dan serai sehingga naik bau kemudian masukkan pes tomyam dan hirisan daun limau purut.
Tuangkan sotong tadi dan kacau. Tambahkan sedikit air. Kalau kurang masin, bolehlah tambah garam dan perasa.

Kerabu kedondong


Naper saya letak gambor buah kedondong?? Sbb saya nak bg resepi Kerabu kedondong. Tedap tau. Resepi nih kwn saya Kak Pah yg bagi. Saya lum try wat lagik tapi dah try makan.he he he : p

Bahan-bahan

Buah kendondong
Cili api
Bawang besor
Ikan bilis
Limau nipis

Cara-cara

Ikan bilis tu goreng tanpa minyak kendian tumbuk @ blender kering (tu pun kalu U all malas)
Pastu buah kedondong tu racik2. U all tau ker makner racik. X tau gi selak kamus. X dapek den nolong.
Pastu bawang besor ngan cili api tu pun hiris.
Pastu... bape banyak pastu daaaa
gaul semua bahan sambil perah limau tu tadi. Jgn luper masukkan garam secukup raser lidah U all. pak aji x men haaaa..



~ Selamat mencuber. Biler dah sukses bagi saya raser ok.

No comments:

makcik bawang