Tuesday, May 26, 2009

cerita sabtu

Apdat ala-ala jer tapi dah macam karangan
so, sila melayan
Sabtu lepas kan umah MIL saya ada kenduri doa selamat
tapi kenduri tu lepas Isyak
so subuh-subuh 'sapie' lagi kami dah ke umah MIL
sebabnya nak tolong-tolong apa yang patut
kata menantu 'mitali'
bukan mithali yer.... : p


dalam tengahari tu kami larikan diri kejap nak pi 2 kenduri sekali gus
satu kat sikamat satu lagi kat PD
semua secara express
yang kat sikamat tu umah pak sedara Papa Iman
dia ni pun nak pi Umrah ngan MIL saya jugak
so, kami la wakil kepada MIL saya
yang kat PD tu pulak umah technician MPS
tau ker korang MPS tu ape??
MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
bukan MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG yo


ooooo...sebelum tu entry kali ni macam karangan sikit
nak tengok gambor kena scroll kat bawah la
nasib korang la....


demi menjaga bentuk badan yang ala-ala nak kurus taknak kurus nak gemuk taknak gemuk ni
saya tak makan pun masa kat PD
sebabnya masa kat sikamat saya dah melantak sampai tak hengat
bukan apa... lauk sangat sedap rugi woooo kalau tak menikmati nya
yang bestnya kenduri kat PD ni, tetamu yang terpilih akan di bagi pokok bunga hidup
bukan bunga ros sejambak tau tapi sepasu lagi
macam-macam jenis ada
dari jenis keladi, jenis kekwa la
sampaikan saya merengek-rengek kat telinga papa Iman suruh mintak kat pengantin



"bang, nak jugak"
"ishhh... malu la"
"gi la mintak"
"tak payah la"
"taknak balik selagi tak dapat pokok tu"



kesudah nya balik ngan tangan kosong
mencikkkk....
Papa Iman tak menyokong langsung
korang tau sebab apa pengantin bagi sepasu pokok hidup??
sebabnya dia keje kat bahagian landskap
hurmm...patut pun


ok..dah penat taip.. sila layan gambor
tapi sebelum tu nak bagitau bahawasanya gambor pengantin nggak ada sebab kamera dalam keta

sebab apa dalam keta???
sebab masa mula-mula sampai Iman tido
jadinya malas nak berhandbag bagai
dah nak balik baru ada amik gambor










bunga manggar kat tangan Iman tu sebagai bukti pi kenduri
dan gambor atas tu adalah bahagian untuk penanggah
janji ada gambor kan

No comments:

makcik bawang