Friday, November 5, 2010

tips pilhan warna untuk si manja

dicilok dari majalah seri dewi dan keluarga keluaran November 2010




Gambar hero2 saya ni adalah sekadar hiasan dan contoh
meh kita tengok tips2 yang berguna untuk pemilihan warna untuk merangsang minda anak2 kita


PUTIH

.....melambangkan kesucian dan kebersihan. Penggunaan warna putih juga sesuai untuk semua jenis bilik. Namun begitu, untuk si kecil warna ini mungkin terlalu polos dan tidak begitu ceria, terutama dalam usaha menjana minda si kecil. Usah bimbang, anda yang masih ingin mengekalkan sentuhan warna putih dalam bilik si kecil masih boleh melakukannya. Cuma tambahkan sedikit warna yang lembut seperti warna krim ataupun biru lembut untuk memberi sedikit kepelbagaian pada bilik si kecik.

HIJAU

...... seringkali dikaitkan dengan alam semulajadi. Sebenarnya, warna hijau merupakan simbolik terhadao kedamaian dan keindahan serta mampu memberi impak yang menyegarkan pada minda si kecil. Jadi, bagi ibu bapa yang inginkan sentuhan kedamaian dalam jiwa si kecil, inilah warna yang paling sesuai.

MERAH

.... bagi si kecil yang agak pasif, sedikit sentuhan warna merah mampu membantu menjana mindanya untuk lebih aktif beraktiviti. Ini kerana warna merah seringkali berkait rapat dengan kuasa dan kesungguhan. jadi apakata ceriakan bilik si kecil dengan sedikit sentuhan warna agar dapat menjana tenaga si kecil untuk kekal bersemangat untuk berekplorasi.

JINGGA

... warna yang aktif dan ceria. Si kecil yang gemarkan warna ini pastinya mempunyai perwatakan ceria dan mudah didekati. jangan di tambah terlalu banyak warna jingga kerana ia berupaya menjana tenaga aktif hingga menyukarkannya untuk tidur.

BIRU

... seringkali dikaitkan dengan ketengan. Berupaya merangsang minda untuk sentiasa ceria dan rileks. bagi si kecil yang sukar tidur, warna biru sememangnya sesuai untuk merangsang minda si kecil untuk berehat dam memudahkannya tidur.

note :

kebetulan pulak saya pilih warna bilik budak2 ni..oooohhh patut la Iman kalau tido mesti berjam2 sampai saya pun buleh tertido sama...terrrr katanya... jadi nya...ibu2 sekelian pandai2 la memilih warna yer...

No comments:

makcik bawang