Tuesday, January 25, 2011

kaum wanita lebih banyak alami stres mental???

Salam semua...

saya petik dari mingguan malaysia bertarikh 23 Januari 2011
setuju dengan apa yang wartawan tu tulis..setuju 200%...
meh saya ringkaskan apa yang ada (untuk yang tak bace mingguan malaysia)

TAHUKAH ANDA...... pesakit mental yang menerima rawatan di Hospital Awam meningkat ke 15.6% sama dengan 400,000 orang...ramaikan....terkejut tak dengan angka tu??? hmmmmm fikirkan....


antara penyebab kita sebagai kaum wanita mengalami stres mental adalah :-


DWI KERJAYA....maksud nya individu tersebut mempunyai dwi kerjaya atau lebih senang citer mempunyai lebih dari satu keje..sebagai contoh..saya..hmmmm mungkin korang jugak...keje di pejabat dan keje di rumah..korang ada dua peranan...8-5 adalah masa untuk di pejabat atau kat mana sahaja korang bekerja....selebihnya di rumah....korang terpaksa membahagikan masa yang betul2 antara di rumah dan di tempat kerja....penat??? toksah cakap....stres??? lagi la...mana dengan karenah orang atasan..bawahan yang tak sedar diri...dan jugak keje2 yang perlu dateline tertentu...memang stres...tak kira apa jugak jawatan yang disandang....bebanan keje tetap ada...betol tak kawan2...???kadang2 kat rumah pun terpikir-pikir pasal keje..so stres la kita...


STATUS KESIHATAN.... daripada kajian 1000 orang wanita bekerjaya, didapati 55% dari mereka mengalami lebih daru satu bentuk masalah kesihatan...antara masalah yang dikenalpasti ialah :-

* kencing manis
* sakit lutut
* migrain
* sengal2 badan ~ saya la tu
* insomnia
* pening ~ saya jugak
* sakit pinggang ~ saya
* kemurungan
* sering selsema
* demam
* rasa kebas pada bahagian tertentu
* darah tinggi


korang ada tanda2 macam tu??? mesti ada..tak banyak sikit...baik ngaku....hehehe


KONFLIK DALAMAN......secara terperinci wanita dwi kerjaya ini menghadapi konflik dalaman disebabkan oleh pelbagai permintaan dari ahli keluarga, iaitu suami,anak,ibu bapa dan tidak ketinggalan majikan tempat kerja...saya nak tambah..kawan dan orang sekeliling...Kajian menunjukkan hampir 70% mengatakan ia berlaku kerana berkejaran untuk menghabiskan kerja pejabat dan kerja rumah.


MASA TIDUR....seramai 34% terpaksa mengorbankan waktu tidur mereka untuk memastikan kerja rumah mereka dapat dibereskan.Malah ada yang bangun seawal 5 pagi dan tidur lewat 1 pagi setiap hari.Wanita tidak terdaya untuk menjadi superwomen yang perlu menggalas hampir semua tanggungjawab dirumah di samping mengejar kerjaya.


KERJA RUMAH....lebih 80% mengaku bahawa mereka terpaksa melakukan kesemua kerja rumah secara sendirian.hanya 17% sahaja suami yang sedia membantu isteri membaut kerja2 rumah...ini membuatkan kaum wanita menjadi lesu ketika berada di tempat kerja..masalah di rumah juga kemungkinan penyebab kepada stres dan bahang stres itu dapat dirasai rakan sekerja....so, untuk mengelakkan kelesuan..minum la Cocoa Colagen Power Plus...hahaha..motif????


Tunggu sambungan yer..... macam biasa la...mood citer bersambung..korang kena paham tu...


rumusan saya adalah...saya memang mengalami apa yang tertera kat atas tu..tipu kalau kata saya tak stres...kadang2 tu...jadi blur..mana nak usik dulu..belah dapor ke..belah ruang tamu ke..bilik ke....rumah saya tu nak berkemas kilat milat kena tunggu hari minggu...hari keje Isnin sampai Jumaat adalah sangat kelam kabut
kadang2 ruang tamu kemas je..dapur pulak yang bersepah..kadang tu dapur, ruang tamu kemas...bilik Iman pulak bersepah.....bertambah stres jadinya....dan bertambah stres sejak pindah Seremban ok lah..tapi bukan badan yang penat tapi hati dan perasaan yang penat....stres saya adalah peringkat sementara sebab bila tengok anak2 otomatik saya jadi happy..nak pulak dengan gurau senda dorang tu....huuuuuuuuuuuu.....tunggu sambungan

3 comments:

ietams said...

betul juga kan..
pempuan & stress macam tak buleh di pisahkan

MayaYunus said...

giler x stres,,!! sress woo,,,

Anonymous said...

stress...stress...apakan daya..

makcik bawang