Friday, March 18, 2011
filem kita wajah kita
Ini adalah lakonan orang takde keje tapi buat2 ada keje
kalau orang lalu mesti ingat saya tengah bizi giler
drama mesti hebat beb..skrip mesti bagus...mimik muka harus real....dan yang penting tau apa peranan kita..heheh...
itu cara saya berlakon bile takde keje, tapi tahukah korang lakonan orang yang tak tahu berlakon tapi pura2 hebat dalam lakonan..??? tapi bile lakonan dia tak menjadi, 'odien' menyampah dengan lakonan itu, maka meroyanlah si pelakon. Kenapa meroyan..??? hahaha..ofcoz sebab lakonan kurang menyengat...nak genggam trofi pun tak dapat....nak kata genggam, cuit sikit pun tak merasa...maka...tercipta satu lagi lakonan yang lari dari skrip asal...
apa kes saya ni asyik citer pasal lakonan??? hmmmm...agaknya terlebih berangan kot..atau.... bercita-cita nak jadi pelakon yang hebat macam Fauziah Nawi?? atau Fauziah Ahmad Daud?? hmmm mungkin Fauziah Ghaous..??? tidak...saya bukan nak jadi pelakon tapi saya jadi kelakar dengan filem2 disekeliling saya ni...filem aper korang nak??? semua ada...ni antara filem yang sedang hangat dimainkan di sini :-
~ Kekasih gelapku walaupun dia seorang yang cerah
~ aku tak pandai buat keje tapi berlagak pandai
~ Hantu Kak Limah gi kursus (box office untuk minggu ini)
~ tikam menikam
~ lalang
~ Abang Manja vs Adik Manja
hahaha...bestkan tajuk2 tu..tapi paling saya suka tengok filem HANTU KAK LIMAH GI KURSUS... i like... mak suker nyah...mak suker..... tu sebab dalam minggu ni status kat FB tak meroyan..make-up pun maintain sampai petang..huhuhu...tu nak bagitau betapa suker nyer saya menonton filem sebegitu..harap2 lepas ni ada sekuel untuk filem tu...dengan tajuk....HANTU KAK LIMAH DAH PENCEN....mau nyer saya gantung pisang kat pintu masuk panggung...hahaha..lain2 filem tu saya malas nak tengok sebab buang masa dan filem dia menjela-jela nak pulak pelakon bukanlah pelakon yang lahir dari PILIH KASIH atau ANAK WAYANG mahupun Raja Lawak. Membosankan.....buleh terkoyak mulut sebab asyik menguap je tengok filem2 macam ni.
nak tau ke sinopsis filem2 kat atas tu..??? betol ke nak tau...?? saya citer sikit je yer..nanti pengarah marah sebab korang dah tau jalan cerita dia. Nanti tak dapat nak pusing modal sebab kurang dapat sambutan. sapa yang kena...??? makkkkk jugakkkkkkk, kannnnn....ok..ok..sebelum Melodi terjah buat preview filem ni biar saya jaja sinopsis kat sini. ..hohoho...
Kekasih Gelapku Walaupun Dia Cerah ~ mengisahkan percintaan antara Abang Sayang dan Adik Sayang yang bercinta secara senyap2 sebab si Abang dah mempunyai isteri dan ofcoz si Adik adalah orang ketiga dalam hubungan suami isteri si Abang....filem ni dalam genre romantik plastik. Langsung tak kelakar, dan saya pasti dari mula filem ditayangkan hingga ke akhir penonton akan mencebik manjang. Apa2 pun mari kita ramai2 menonton filem romatik plastik sehingga habis...happy ending ka..... sad ending ka......tergantung ka...sama2 la kita tunggu. Pelakon pun tak berapa nak femes sebab hero bukan muda mana pun....cuma beliau bajet Ricard Gere..hahaha....
Filem Aku tak pandai buat keje tapi berlagak pandai ~ tajuk memang panjang.... tapi tak best pun..membosankan...mesti kat tengah2 filem tu korang tido. kisah macam ni la..bak kata orang tua2...BERUK MENGAJAR ANAK ITIK BERENANG...ha gitu la lebih kurang...pelakon semua adalah jenis plastik. Genre filem adalah komedi bodoh alang....hehehe
Hantu Kak Limah Pegi Kursus ~ tak perlu sinopsis sebab dah box office. pat juta kali saya tonton filem ni. kalau korang tak sempat nak tengok, tunggu je DVD keluar takpun gi download kat internet hehe...kategori filem adalah seram campor saspen. Dijamin best sebab korang akan geram dengan watak Kak Limah tu. Rasa nak seligi je...huuuuuu
Lain2 filem macam Lalang, tikam menikam dan Abang Manja vs Adik Manja tu biasa2 je. Tak tengok pun takpe sebab filem mengarut di abad ini..hehehe...tapi saya harap filem Abang Manja vs Adik Manja tu bukanlah the making kekasih gelapku walaupun dia seorang yang cerah. Jangan cari pasal dik...kang makan diri..
ok tu je la kot ..... satu je pesan saya, nak jadi pelakon bukan la satu keje senang, sebab lakonan yang kita lakonkan tu belum tentu menjadi dan kalau betol2 nak berlakon pastikan skrip korang hebat...hahaha...ntah apa2 la saya mengarut. Sebenarnya.... saya tengah meluat dengan keadaan sekeliling saya ni, tak sudah2 dengan drama sana sini. Penat la wok..penat sebab tengok lakonan yang dibuat-buat tu...huhhhhh....
yang penting kita happy walaupun kita adalah PELAKON TAMBAHAN..kan...eheh ; p
jujur dalam perbuatan adalah kunci kejayaan dalam hidup dan saya sentiasa guna prinsip ni
~~~ ADA MATA PANDANG, ADA TELINGA DENGAR, ADA MULUT DIAM ~~~
note : tak caya pada sesiapa di sini kecuali diri sendiri......adios
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hehehe..
panjang entry ko puan.
idea mencurah...masa ni la nak hentam...kalau ikut mlm td lagi panjang tapi tu la..berokben buat hal
Makan dalam ni....kisah benar ke?
inas:mar-yer mar....realiti
weldan bebeh,,
Post a Comment