Hari ni saya EL..eh tak mula2 je EL tapi pas goda2 doktor Dhillon mintak MC terus dia bagi
Ammar kena muntah2 dan cirit birit pastu dia demam. Dr.Dhillon kata Ammar kena jangkitan kuman apekebendantah. Yer la kan kuman ada kat mana2 je..melalui pernafasan nak pulak cuaca sekarang panas lain macam. So, ubat bontot dan ubat tahan muntah telah dibagi dan Ammar hanya buleh minum air suam dan air garam je. Dan bila selepas 4 jam tak muntah lagi, baru lah buleh bagi susu yang dibancuh cair dan makan bubur. Sekarang ni pulak Abang Iman dia pulak demam. Cis la ko kuman..gi la jauh2..anak aku jugak ko nak tenggek..hehe..kuman jadi mangsa
Saya bukan nak cerita pasal kuman apekebendantah tapi nak cerita pasal ketam masak pedas. Dah seminggu cari ketam tapi baru hari ni jumpa ketam. Tadi lepas balik dari klinik singgah pasar tani kat Ampangan. Nampak ketam terus sambar 3 ekoq....huuuu nikmat oh biler dapat ketam masak pedas. Aritu makan kat Amimies tak puas sebab dia bagi sekoq yang dibelah 2..so hari ni nak makan puas2.
Puan ketam bersama rakan2 beliau. Kenapa saya panggil PUAN..?? hehehe..pakcik jual ketam tu bagitau ni ketam betina...hak jantan ada sekoq so saya takmau terjadi tarik menarik rambut di dalam kuali makanya saya beli kesemuanya betina..hikhikhik...nanti terjadi kes rebut pakwe pulak....
Ni resepi ketam masak pedas cara saya. Saper nak tiru silakan tapi kalau cara kita berlainan buleh la kita bertukar-tukar resepi.....
Bahan-bahan :-
Ketam (ikut suka nak jantan atau betina tapi better betina sebab banyak isi ~ En.Papa cakap)
cili api (tumbuk)
cili kering yang di blender
bawang merah sebijik (untuk manis kan kuah) ~ tumbuk
bawang putih (hiris)
serai (hiris)
daun limau purut (hiris)
sos cili dan sos tiram
garam (aji2 tak main)
minyak
Cara-cara :-
Tumis cili api dan bawang merah yg ditumbuk tadi dan masukkan hirisan serai,daun limau purut dan bawang putih. Naik bau je ubuh cili kering,sos tiram dan sos cili. Agak2 cili tu dah garing masuk ketam. hah jangan luper letak garam. Tutup ketam ngan tudung periuk. nak kuah ubuh ayor sikit..bukak tutup periuk tu dan tutup api..slllllllllllrrrrrrrrrrrrpppp sedap nyerrrrrr
Akan tetapi, apa kejadahnya jika ketam masak pedas tu sedap sehingga kulit beliau hancur digigit kalau makan sorang2..isk..T_T
En.Papa ada koje, makanya hadap la sorang2 ketam tu....nak sentap bukannya pakcik tu nak pujuk sebab bukan salah dia. Dah nama koje.. Nak ajak korang kang korang abiskan...hehehe
Ikutkan hati nak je abiskan..pakcik tu pulak yang sentap..koser nak pujuk...hahaha..pulang paku buah keras..errrr betol ke peribahasa ni...???hahhaha
Tadaaaaaaaaaaaaaaa..... ketam masak pedas cara saya
dipadankan dengan kangkung goreng ikan masin...sllllrrrrrrrrrpppp nak pulak ada telor dadar...kalah Amimies....hehehe
Sekian resepi chef untuk hari ini..selamat mencuba kawan2....ada lebih meh hantaq kat saya...
note : ketika entry ini ditaip penulis masih belum makan sebab setia menunggu sang suami pulang (eceh). Kata isteri mithali....harus lah tunggu laki balik. En.Papa kata otw balik umah..tak siok makan sensorang sebab takde regu ibarat Datuk Lee Chong Wei main badminton sorang2 tanpa lawan..hikhikhik..orang melalut sebab lapaq....
4 comments:
wahwahwahh..ketam oh ketam..nape la ko x smp ke ipd ketam oi..
nakkkkk!
semalam pun ain masak ketam masak lemak cili api....dah 2 minggu makan ketam je..
cik aien-ketam jln lmbt la ain
ietams-meh dtg umah aku
aien-ketam sgt besh
Post a Comment