Wednesday, July 27, 2011

sports day


Sabtu lepas adalah hari sukan tadika Iman. Selain Iman, saya jugak adalah orang yang paling tak sabar nak join hari sukan ni. Bukan apa korang, kan apa2 hal kat tadika je mesti saya la paling kecoh dan over exctied...hehehe


3 minggu sebelum hari sukan tu teacher dah bagi memo siap2 bagitau bila sekian tarikh untuk hari sukan dan mintak parents bawak sikit makanan untuk pot luck. Dek semangat punya pasal, abis je baca memo terus ting...ting..ting..idea sudah mari..tersu decided nak baut sosej roll. Ala korang sosej yang digulung dengan roti pastu celup telur pastu goreng. Paling senang.



Saya ..... (sekarang)

makin bulat dan kulit muka makin teruk. Inilah akibatnya makan tak jaga. Main belasah ikut sedap tekak je..


Acara start dalam pukul 9 gitu. Mula2 acara senaman ringan yang dibuat oleh budak2 kelas Iman dan kelas Crystal. Saya tak snpa gambar sebab Iman taknak buat langsung apa yang instructor tu ajar. Dia buleh buat muke selamba badak je. Puas la saya panggil2 nama dia suruh ikut. Haiiiihhhhhh...Iman...Iman...nak buat sesuatu pun kena ada mood : )


Abis je acara bduak2 umur 4 tahun acara untuk 5 dan 6 tahun pulak. Kali ni dorang main alat muzik macam kastenet, kompang locng dan macam2 lagi la. Mungkin budak ni dah ada experience masa umur 4 tahun dulu makanya persembahan tu jadi cantik. Saya ni macam biasa la korang, orang yang paling depan sekali tengok persembahan tu.


Masa acara sukan pulak, untuk budak2 4 tahun ni ada 2 acara je. Satu acara lari bawak bola dan satu lagi lari dan masukkan pin bowling dalam bakul. Sooooooooooo....comel.....bila tengok dorang lari terkedek-kedek. Saya and the geng terpekik terlolong bagi semangat kat anak masing2 ; ) sampaikan DJ tu tegur dengan semangat kiteorang...huhuhu



Yeayyyy...Iman menang... Perak untuk acara bawak bola dan Emas untuk kutip pin bowling masuk bakul.



Ammar takut dengan Papaya (clown). itu aje untuk laporan arini..sekian terima kasih...hehehe



*iklan banyak tu sebab ayat tunggang langgang...soriii

rindu blog

Arrrggghhhhhhhhhhh rindu giler nak update banyak2 tapi apakan daya sejak tukar bahagian ni rutin keje makin sibuk. Kalah pegawai Polis yang berpaku-paku. tapi saya enjoy dan takde rasa nak merungut atau menangis pun. Mungkin kena dengan jiwa saya. lagipun kat sini ada sifat tolong menolong.Itu yang penting dan saya harapkan.


Banyak cerita yang terkini dan jugak cerita mengarut nak saya coretkan untuk tatapan kawan2. Tapi tu la....bizi manjang. Acik torai yo untuk luangkan masa. MUngkin masa bulan puasa ni tak kemana-mana dapat la saya update masa rehat tengahari. Ape2 pun saya rindu untuk mengarang dan mengarut...tatatititutu

Thursday, July 14, 2011

cucu uwan bibah yg ke-6


Korang... ini la Pokmi junior. Kan semalam saya bagitau yang adik ipar saya dah bersalin. Setakat blog ini ditaip, saya masih belum tau nama dia. En.Papa kata letak je Mohd Ben10 sebab mak dia dok dalam labour room 10 jam. hahaha..memandai je

Baby boy ni berat dia 3.5 kg. besar kan????



baby comey dengan mak long yang comey...hahaha


Wednesday, July 13, 2011

dapat anak buah lagi

haluuu...sekarang ni novel diketepikan dulu. Saya nak aktif berblog balik.nak update tapi kamera lupa bawak..ape kejadahnya kan so ni baru permulaan la.

Semalam bersamaan 12 Julai pukul 6.34 petang, adik ipar saya, dah selamat melahirkan baby boy. gambar belum dapat disnap sebab masa saya datang petang semalam beliau masih di labour room. Makanya kalau sempat malam kang yer...sabar yer..semangat nih..semangat..berukben ini dah dapat diguna di pejabat dan tak perlu angkut lappy lagi...ehem....

Friday, July 8, 2011

sepi

~ salam...blog ini akan sepi buat sementara waktu sebab tuan punya blog tengah kemaruk bace novel. Dan setiap hari tuan punya blog pegi keje dalam keadaan mengantuk sebab layan novel sampai pukul 1 pagi. Si suami hanya geleng kepala sebab hidup bini dia makan novel, tido novel dan segala-galanya novel...~ layan.......



sekian terima kasih : )

Sunday, July 3, 2011

Hari bapa aritu



Cerita sempena hari bapa. Takkan basi sebab saya dah bagi ubat paling mujarab supaya ianya tak basi...hahaha....kami pi celebrate kat Desa Water Park dan kali ni saya puas hati sebab dapat main air sepuas-puasnya. Lama giler wei tak main air. Bila pi je penyakit pompuan mai pastu peknen kan Ammar. So, masa hari bapa aritu saya lepaskan gian saya tu...thanks En.Papa..lebiu

pengalaman pertama mereka

Haluuuu..rindu dengan saya??? hahaha sape ko nak orang rindu rinduan...??? bajet blogger terpemes sekejap...Lama kan saya tak update. Bukan takde idea tapi sekarang ni tengah sibuk mentelaah novel Stanza Cinta. Lama giler nak kasi khatam itu novel tapi sekarang dah abis satu novel dan saya sambung ke novel baru pulak - PERGILAH AIR MATA...terbitan kaki novel dan tulisan Hanni Ramsul.

Best jugak la novel Stanza Cinta, part sedih tu sampai meleleh ayaq mata ni. Biasalah korang, saya kan drama queen...hehehe


Ok..ok nak citer pasal pengalaman pertama anak2 saya naik komuter. Citernya semalam la. Nak dijadikan citer, En.Papa takde kat rumah sebab 2 hari beliau out station. Bukan atas dasar tugas untuk negara tapi untuk hobi beliau..huhu...macam biasa la korang, main scrambler masuk utan belantara sambil camping. Saya ni bila laki takde umah otomatik otak ligat cari idea nak bawak anak2 berjalan. Bila laki ada otomatik jugak saya tak tau macamana nak hidupkan enjin keta dan tak jumpa tang mana gear tu duduk..hehehe....



Sebelum keluar awal2 lagi saya bagi budak2 tu makan. Siap ugut lagi kalau tak makan takleh jalan. Kemain laju je masing2 nganga mulut. Dah siap segala terus je ke stesen Senawang. Bagus jugak ada stesen komuter kat Senawang ni. Kot la sesiapa yang keje kat tengah2 bandar Seremban tu tak payah nak drive harung jammed, parking kat stesen Senawang naik komuter dan turun je kat stesen Seremban. Jalan kaki sikit, sambil tu buleh kuruskan badan....hehehe....kalau ada la stesen komuter atau LRT kat Seremban 2 tu dah lama saya buat gitu....; p


Dan saya suka sangat sebab kat stesen Senawang ni parking pun senang, tambang untuk saya dan Iman hanya RM1.50 je untuk perjalanan sehala.




Kami yang purple.... : )

Nampak bulat kan pipi saya tu...mungkin faktor tudung kot ; p
Beg sandang tu adalah persiapan kot2 si Ammar mintak susu. Ada jugak makcik2 yang sama2 tunggu komuter dengan kami dok pandang2 lain macam je. Mungkin jugak dorang ingat saya lari dari rumah...hehehe..ape2 la makcik...





Suka betol2 budak dua orang ni bila dapat naik komuter. Walaupun jarak perjalanan tu dekat tapi dah cukup buat budak2 ni melompat2 suka. Dan sebagai hadiah di atas sikap dorang yang tau duduk diam, dengar cakap dan pendek kata budak paling baik untuk hari semalam, saya bawak pegi Giant pulak. Apa saja dorang mintak saya belikan tapi dengan syarat hanya makanan saja. Mainan dilarang sama sekali...hehehehe. So, En.Papa kalau nak masuk hutan amazon sekali pun saya tak kisah asal duit belanja di 'up' kan sikit....

makcik bawang