Thursday, September 20, 2012

muhammad solihin

Salam.....

Muhammad Solihin (lebih kurang bunyik ejaan) nama diberi
19/9/2012 jam 1 lebih Su lahirkan arwah Solihin secara normal
korang bayangkan la dari Ahad ke Rabu.... : (


doktor masukkan ubat yang terakhir pada hari yang sama pada pukul 6.30 pagi
dan dia start sakit pukul 7.30 pagi tu
puas la kawan tu menahan sakit
saya pun tak faham la kenapa pihak hospital ni bila patient ngadu dah rasa nak bersalin dorang asik dok kata.. "belum lagi tu..."
sikit2 belum lagi
macam la dorang yang rasa sakit nak bersalin
maaf, bukan nak ngata perkhidmatan hospital government ni teruk
saya sendiri pun bersalinkan dua2 hero saya kat hospital government
cuma tak puas hati dengan apa yang adik saya alami
akhirnya dah asyik doktor kata "belum lagi", Su bersalin atas katil didalam wad
ikut cerita Fairuz, Su bersalin dekat pintu wad
tak sempat nak bawak ke labour room
kesian adik saya....
dah la waktu melawat....
jadi tumpuan dia 




Ini Yoyoi masa dalam ari lagi...jangan salah faham yer.... saya tak snap gambar arwah
rupa arwah sebijik muka Yoyoi
saling tak tumpah
lebat rambutnya
nampak gaya arwah berkulit cerah macam Yoyoi atau lebih tepat lagi macam saya *mata ke atas
jari tangan runcing, kaki panjang dan kalau umur dia panjang mesti tinggi
dan memang rezeki Su dan arwah sebab ramai sangat jiran tetangga Mama datang lawat arwah
ada yang menangis sebab kesiankan Su
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
terima kasih makcik2 yang sudi lawat kami


saya masa mula2 tu rasa sebak aje
dan akhirnya saya kalah jugak lepas cium arwah T_T
paling buat air mata saya turun tak henti2 bila Yoyoi yang petah tu cakap :

"ayah..nape mata adik tutup"?

Fairuz jawap tapi saya tak dengar ape jawapan Fairuz

lepas tu yoyoi tanya lagi...

"bungkus adik ni dia nak gi mana"

Imam Ibrahim pun jawab...

"dia nak balik tempat asal dia"

dia tanya lagi...

"adik lagi satu mana...?"

mungkin dia ingat Solihin meninggal tapi ada adik yang lagi satu hidup sebab adik Iman tak mati macam adik dia *sebak

masa saya cium arwah, Yoyoi cakap ....

"ayah, kenapa adik tak sikat rambut..?"
"adik macam Yoiyoi jugak tak suka sikat rambut"

masa tu air mata saya dah laju
jiran2 pun kagum tengok Yoyoi tolong Imam kafankan arwah
siap baca Bismillah....
T_T


saya ikut sekali pegi kubur
masa nak balik tu Yoyoi cakap...

"babai adik..."
 Ya Allah..pilu hati saya..maklum la pelakon air mata

Malam tadi ada kenduri sikit kat umah Mama
cuma jemput orang surau aje
lepas kenduri masa OTW balik umah saya called Su
mana tau dia tak sihat nak jugak tau keadaan dia
dia kata dia tak buleh tido sebab dok terkenangkan arwah
dia kata lagi nak bersalin sakit bukan main lagi tapi bila anak keluar diam aje
macamana dia nak lena tido
saya faham situasi dia..kalau saya tak tak nak cakap
last2 saya cuma boleh cakap...sabarlah....takleh tido cuba jugak tido
time tu saya dah nanges dan sepanjang nak balik tu saya diam je

En.Papa faham dan dia pun diam jugak



semoga Su dan Fairuz sabar dengan dugaan ni
sesungguhnya ada hikmah dengan apa yang berlaku
Muhammad Solihin akan tunggu korang di syurga
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
Al-fatihah untuk Muhammad Solihin.......

1 comment:

MayaYunus said...

alfatihah,,, janji Allah swt tempatnya di syurga sana,,amin

makcik bawang