Tuesday, October 30, 2012

corat coret aidiladha

Sindrom kemalasan melanda tu sebab entry untuk aidiladha saya tertangguh
lagipun sekarang ni saya tengah ganti puasa
nak pulak keje berlambak2 buat saya bizi ngalahkan menteri


Aidiladha kali ni sambut kat belah saya
semua adik beradik saya ada
jadi meriah la walaupun family saya kecik
saya pakai baju raya puasa aritu sebab raya haji ni sambutan dia biasa2 aje
Iman je pakai jubah sebab dia kata dia nak jadi Imam Muda..aminnn

Lepas sembahyang raya, kami makan ramai2, bergambar lepas tu kami ke umah MIL saya
Su aje tak join sebab dia nak ziarah kubur Solihin pastu terus ke umah MIL dia
kat umah MIL pulak semua yang dah kawen beraya kat umah suami / isteri masing2
Tinggallah yang bujang2 dan Kak Lang aje
oh..yer..kak Lang dah bersalin
kalau ikut sekarang ni dah seminggu la
dia dapat baby girl
untung ler dapat sepasang...  : )

Rendang ayam, nasik Ayam, nasik impit dan lemang jadi menu pilihan kat umah Mama
kat umah MIL lak macam biasa - rendang ayam ngan nasik impit dan kuah kacang
dari pagi bawak ke malam keje saya makan aje
sampai sendat perut ni


Su n Yoyoi... pink


saya dan En.Papa

Lepas sembahyang Jumaat kami balik Kuala Pilah kejap
dan sebelum maghrib kami dah balik Seremban
tak buleh nak tido kat kampung sebab esok tu Mama ada buat korban
kiranya korban antara kami anak beranak la


sekor lembu dah tumbang...


pakcu pun ada...

seharian saya jadi orang dapur
nasib baik ada maksu kesayangan *bodek
dia la yang tolong saya dari pagi ke malam
Su masih dalam pantang lagi
Gee pulak dah sarat dan kadang2 Adam meragam
jiran2 Mama saya memang terbaik...
saya puji semangat kejiranan dorang
dari pagi tu ramai2 dorang gotong royong sampai la abes kenduri malam tu
terima kasih semua....

**************************************************************

sekian entri tentang Aidiladha saya
rasa nak lempang diri sendiri je bila baca entri ni balik
layannnn.....

spaghetti pertama saya


hihihi....ini la hasil air tangan saya
percubaan pertama saya
jangan ditanya resepinya sebab saya sendiri refer dari blog cik puan cuma di olah dengan cara saya sendiri

Monday, October 22, 2012

Alahai anak Ibu


Satu pagi masa saya siapkan Iman ....


Iman : Ibu.... kawan Along ......  ngan ....... (nama dirahsiakan) kata Along kecik macam budak 4 tahun
Ibu : Along cakap la Along dah 5 tahun
Iman : Along cakap Along 5 tahun bukan 4 tahun
Ibu : takpe...walau Along kecik tapi Along pandai, comel, baik (ayat bagi semangat kat dia)
Iman : a'ah kan Ibu, Along taknak kawan dengan ....... Along kawan dengan ....... je sebab dia sama kecik macam Along
Ibu : Tapi Along jangan buat orang tau biar orang ejek tapi Along jangan buat dia..nanti Ibu dia datang sekolah marah Along


Hmmmm...budak2 sekarang pun dah pandai main ejek2..ingat lagi masa saya sekolah rendah. Pernah dapat soalan dari kawan2...

Kawan : ko takde ayah eh....

saya tak ingat jawapan saya cuma balik tu ngadu ngan Mama je.
cuma bila dah dewasa baru saya terpikir ada mak ke ada ayah ke takde mak ke takde ayah ke...yang penting pembawakan diri masing2...betol tak...??

Friday, October 19, 2012

katakan TIDAK pada kolestrol


Minggu lepas saya buat pemeriksaan kesihatan tau
sekali cek ..... HAMBEK.... kolestrol tinggi
jangan ingat badan langsing takde kolestrol *langsing ke??
saya tanya la Sarjan kat tempat saya ni
badan dia adalah dalam size XL gitu
bila dia cek....langsung takde kolestrol
maknanya....kolestrol tak kira kurus ke gemuk ke
Encik yang buat pemeriksaan tu nasihatkan saya minum susu Omega Plus
dari keluaran NESTLE
dia kata susu tu memang elok untuk turunkan kolestrol
sekarang ni dah seminggu saya minum susu ni
sehari saya amik 2 mug
mula2 tu rasa macam t***k lembu
tapi bila dah lama2 rasa sedap pulak
sebelum ni saya minum susu Everyday
sedap jugak tapi better amik Omega plus yang ada gambar pompuan jogging
lepas habis satu peket ni saya nak gi cek balik tahap kolestrol saya


berikut adalah kebaikan susu Omega Plus ;-

1.Ianya mengandungi sterol dari tumbuhan yang membantu mengurangkan kolesterol. Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah.


2.Ianya tinggi dengan kalsium yang sememangnya kita tahu bagus untuk tulang.

3.Ianya mengandungi 60% kurang lemak berbanding susu penuh krim. 

4.Susu ini mengandungi Omega 3 dan Omega 6, iaitu sejenis asid lemak yang kita perlukan, tetapi tidak dihasilkan oleh badan dan harus diambil daripada makanan harian. Sumber baik Omega 3 dan 6 ialah minyak jagung dan minyak biji sesawi.

5.Susu ini boleh membantu mengekalkan tahap karotenoid kepada orang-orang yang mengamalkan diet buah-buahan dan sayur-sayuran. Apa itu karotenoid? Karotenoid itu ialah sejenis pigmen yang selalunya terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna dari warna kuning hingga merah (seperti lobak, tomato, betik). Karotenoid membantu membekalkan vitamin A, antioksidan, dan juga meningkatkan fungsi sistem imun badan kita. Malah membantu sistem pembiakan kita agar berfungsi dengan lebih baik.


selain tu, nak 'uk uk' pun senang
lawas sangat2...
korang pun tau kan kolestrol ni tak elok untuk jantung
sekarang ni penyakit jantung adalah antara penyakit yang merbahaya
dia serang tak ikut umur, jantina, bangsa ataupun pangkat
tengah main bola pon buleh kena serangan jantung tau
so..lebih baik mencegah daripada mengubati
sayangi jantung anda and say NO to cholesterol


Wednesday, October 10, 2012

ultraman..

Salam...yuhuuu...

Arini kan saya nak stori pasal ultraman
ekcelikan, ultraman ni memang rancangan kanak2 dari zaman saya berhingus sampai la sekarang ni
saya pon heran kenapa la ultraman ni tak tua2
sampai sekarang gagah perkasa
hihihii.....abaikan persoalan tu sebab tak penting pon


Punca saya buat entri pasal ultraman ni sebab semalam saya layan anak2 saya tengok ultraman
kelakar pun ada bila dengar cerita Iman tentang salasiah family ultraman
mana ultraman yang power dia lebih, mana yang hebat...pendek kata dari A-Z la
saya pon layan aje la...

Meh kita semak satu persatu keluarga ultraman ni
gambar adalah ihsan google

 ni ultraman tiga
saya taktau kehebatan ultraman tiga ni
tapi anak2 saya selalu suruh saya dandankan rambut dorang macam ultraman



 ni ultraman cosmoc
kurang lebih tiga aje tapi nampak gagak sikit kot
hahaha


yang ni ultraman mebius
paling fames sebab selalu jadi sebutan anak2 saya
agaknya mebius ni idola dorang kot sebab nak buat rambut pacak2 pun macam mebius
mengikut kata Iman, dia ni lagi power
walaupun lampu dia dah 'te tot te tot' dia buleh kalahkan raksasa
dan hero yang bawak watak Mebius ni hensem giler tau
tak caya bukak channel 611 setiap hari pukul 7.30
hahaha..time maghrib layan ultraman *istighfar


ultraman max...
kurang femes dikalangan anak2 saya


ni ultraman nexus
pon kurang femes


ultraman Taro..senior kepada Mebius kot
Semalam dia berganding dengan Mebius untuk lawan raksasa
Taro banyak bagi nasihat kat Mebius
guna kuasa yang ada dengan sebaik nya
hahaha...gile ah...dah tua bangka layan ultraman



ni semua family ultraman
Yang bertanduk macam kerbau, macam telinga goofy pun ada
Iman kata yang bertanduk ni hebat jugak
Yang bertanduk ni kira ketua la
Kalau lampu dah 'te tot te tot' tu tanda power tinggal sikit
Ultraman ni buleh jadi besar buleh jadi kecik..
bergantung pada keadaan musuh iaitu raksasa

hahahaha......anak punya pasal kena la study pasal ultraman ni
saya dah janji dengan Iman dan Amat nak belikan patung ultraman dan buku mewarna ultraman
demi mu anak...janji korang nak belajar





Saturday, October 6, 2012

seorang budak bernama Ammar Hazif


Salam Sabtu..
Buat ape tu..?? bace blog saya eh..?? tima kasih..tima kasih...almaklum la blog ni untuk kenang-kenangan aje. Idak ler sepemes blog2 lain...meh siom sikit tanda tima kasih..hihihi

Dah masuk bulan Oktober pun. lagi 2 bulan dah masuk tahun 2013. Ammar pun dah makin besar. Sekarang ni pun dia dah 2 tahun 8 bulan. Cepat nyer anak Ibu membesar : )

Psstt..korang...masa saya taip entri ni, Ammar ada kat sebelah saya. Dia tak tau pun saya buat entri ni khas untuk dia..hihihi..dia cuma kenal gambar dia aje...

"ini Amat.."

Ammar bahasakan diri dia AMAT. penat tau saya pikir nama sedap2 untuk dia last2 dia pilih AMAT jugak.
Amat dah petah bercakap. Kadang2 tu ayat dia tak macam budak umur 2 tahun. Mungkin ada abang kat atas dia dan dia selalu borak2 ngan Iman tu buat dia petah. Macam pagi tadi, saya bagi dia ubat selsema ngan batuk dia buleh komplen kat saya....

"ubat ni tak tedap la bu.."

kadang2 tu bila gi kedai makan dia dulu yang order.

"Amat nak acik oyeng, cotong."

Bila tanya nama pulak, dia akan jawab...

"Amat Ajif...umor uwe (dua) tawon."
hehehe..comel je bunyik dia.

Cuma satu je yang dia tak reti2 nak bercakap time dia berak. Bila hangin saya datang saya bebel la kat dia..

"Adik ni cakap pandai, time berak tak reti pulak nak cakap"

dan dengan muke selamba je dia cakap...

"ye yah (lah)"




Ammar ni senang je nak bagi makan. Dia tak memilih. Bagi ape saja dia nganga mulut dengan luasnya. Susu pun buleh tahan jugak. Asal nanges nak susu. Asal naik keta nak susu.

"Ibu..Amat nak tutu"

Paling best kalau dia membebel. Dengan mimik muka sekali. Pernah sekali air tumpah dalam keta. Itu pun sebab En.Papa terlebih kona...

"ishhh..Papa ni..engok..dah tumpah ni...Ibu. toyong (tolong) amik titu (tisu) Amat nak yap (lap)"


Dalam usia 2 tahun 8 bulan ni Ammar dah hafal doa makan dan doa nak tido. Tapi pelat la...
Ammar jugak suka baca buku Peter and Jane. Saya lah yang jadi mangsa bacakan untuk dia.
Kelakar bila dia baca dalam bahasa inggeris dalam versi pelat. Contoh :

Saya : Peter and Jane
Amat : Eter and Jane
Saya : shop
Amat : cop
Saya : toys
Amat : cois

hehehe...



Bantal busuk memang tak buleh dipisahkan dengan dia. Kalau basuh arini lusa dah ada bau. Saya suka bau bantal busuk Amat. Bau peluh dia yang bercampur dengan bedak baby Johnson.hmmmmm....best..hikhikhik
Kalau dulu Amat suka cakap terbalik. sekarang ni ada sikit je perkataan yang terbalik tu.

Contoh :

Amat antai (bantal)
Amat ikai (basikal)
Amat oya (bola)

Lagi best bila dia meng'eksen' sesuatu kat Iman

"Iman takde ni hmmmm...Amat ada...ha.."

Ayat.."ha" tu tak buleh blah. Kalau nak tau lagu Ombak Rindu tu lagu favourite dia. Penuh semangat dia nyanyi kalau lagu tu keluar kat radio. Selain Timmy time, Boboiboy, Upin dan Ipin, Amat suka tengok ultraman. Sebenarnya saya tak berapa nak galakkan anak2 saya tengok ultraman. Tapi dah budak, kan. Kalau dia nak tengok dia tengok juga. Cuma lepas abes je Ultraman mesti dia sakan berlawan sesama dia. Siap ada bunyik "hiaahhh..hiahhh"

*sekarang Amat tengah ralit tengok Hi 5*


Dalam dok sedap taip entri pasal Amat baru saya ingat yang saya belum suap dia makan lagi. Arini saya masak Tom Yam. Amat keseorangan sebab Iman kat umah Uwan dia. Petang ni saya nak balik K.Pilah.
Dan sekian entri untuk seorang budak bernama Ammar Hazif a.k.a Amat.


note : Ibu sayang dua2 anak Ibu..Iman dan Ammar....

Friday, October 5, 2012

pengalaman kena ciken pox

Saper pernah kena ciken pox??
rasa down, kan
dah la miang2..badan sakit2..makan pon kena catu
seksa sangat2, serba serbi tak kena


saper yang kena time kecik2 tu untung ler
parut tak ketara sangat
cuba dah tua baka, dah beranak pinak
maunya nanges meratap nasib
macam saya..lagi seksa
masa mengandungkan Iman
tak silap saya masa tu dah 7 bulan
bayangkan la dengan perut memboyot tu
2 minggu saya tahan sakit
dugaan sungguh....

Mula2 dapat tau kena ciken pox tu masa saya nak tukar baju
sekali tengok ada bintik atas perut
saya tengok macam jerawat, tapi lain macam pulak "jerawat" tu
tanya En.Papa dia kata macam ciken pox
ahhhh... sudahhhh...hilang la kejelitaan lepas ni
hehehe tipu
saya risau keadaan Iman dalam perut masa tu
macam2 dalam fikiran ni
mulalah terlintas benda yang bukan2..biasa la korang..orang perempuan ni fikiran dia jauh ke depan
pegi klinik memang sah....ciken pox
doktor arah masuk wad..uiisshhh lagi cuak la makcik
dan bila sampai je hospital doktor rejek sebab dia kata orang ciken pox tak leh dok wad
takut nanti berjangkit dengan patient

*iklan*

***********************************************************************

Iklan tu maksud saya Tuan haji sorang ni mintak benda2 diluar kemampuan saya
nak ku tampar sedas ...pikir dia Pegawai je
abaikan beliau
meh sambung cerita saya

masa doktor rejek tu sedih nya bukan kepalang lagi
tak tau apa nasib saya lepas ni
tapi saya tak nangis time tu sebab kes ciken pox bukannya kes berat
kang nanges2 depan doktor silap aribulan kena maki free je
last2 doktor bagi appointment suruh gi KK je
dan bermula la rutin dok ngadap doktor dan nurse selang seminggu
bila datang klinik saya diberi keistimewaan atas sebab takut ciken pox saya ni berjangkit dengan patient lain
datang lambat pun dapat layanan pertama
ko mampu???

En.Papa la jadi chef saya
dia jugak jadi doktor dan nurse saya
jadi tukang sapu ubat kat badan saya ni
tahan dengan karenah saya yang kadang2 mengada-ngada kalah budak umur 2 tahun
bila En.Papa tinggalkan saya sebab ada urusan keje tinggallah saya sorang2 kat umah
nak gi umah Mama atau MIL tak buleh sebab nanti mesti berjangkit kat adik2 yang lain
seingat saya la, adik2 saya belum pernah kena ciken pox lagi
hahahaha (gelak setan) jaga lah korang
bila kesunyian tu mula la saya nanges meratap nasib
rasa terpinggir la, rasa hodoh la
nak ubat rasa kecewa tu saya kemas la umah
orang kata kalau kena ciken pox ni jang berpeluh sebab nanti miang
dan memang betol pun..miang dan gatal silih berganti
hadoiiii.....
seminggu lebih jugak saya tak mandi
hahahha..syyyyy rahsia tau
jangan bagitau orang saya tak mandi seminggu
eheh...
En.Papa jahat tau, dia kata bau saya dah serupa orang giler
ceh...tapi saya tak marah pun sebab saya rasa terharu dengan layanan dia tu
rindu pulak dengan lauk singgang En.Papa tu
rasanya sekarang ni tak mungkin kot
kecuali saya berlakon konon2 saya demam
buleh gitu...????
beberapa minggu lepas elok je ciken pox tu saya pun bersalinkan Iman



 parut toksah cakap la...


Lepas keluar dari labour room..

terukkan parut ciken pox tu?
saya sendiri menyampah nak tengok muka saya masa tu
alhamdulillah Iman sihat je walaupun ada yang bermulut longkang kata anak saya mungkin akan cacat
coiiii.....



masa ni pun teruk jugak tapi beransur pulih lepas saya buat treatment kat SPA kakak kawan En.Papa
takde SPA mahal pon, korang yang biasa2 je
cuma saya guna produk Nouvelle Visages je
memang bagus dan berkesan sangat2
saya setia pakai produk ni sampai kulit muka saya pulih sedia kala
walau ada sedikit kesan "kawah" kat pipi ni
biar mahal asal kejelitaan saya dikembalikan
eceh....
terima kasih Nouvelle Visages *dengan harapan dipilih sebagai duta produk..hahahaha
Al-fatihah untuk pengasa produk ni...


masih dalam proses pemulihan


dah beransur pulih dan semakin jelita
rasa nak lempang saya tak???
hahahha
dah menjadi lumrah manusia...kacang lupakan kulit
bila dah jelita produk Nouvelle Visages diketepikan
dan saya beralih ke produk lain pulak
saya lupa produk ape yang saya pakai tu tapi yang pasti sekejap aje
biasa lah..saya kan tak tetap pendirian... ; p


setahun selepas itu.....

pun masih jelita jugak... *huh
eh..En.Papa kurus betol time ni
hehehe...bini dia jugak yang membesar bagai johan


masa mengandungkan Ammar


beberapa bulan yang lepas...

kejelitaan telah menjadi milik saya seratus peratus
hahaha... mesti korang rasa loya masa baca entri ni
gambar ni masa saya ada dinner PERKEP
siap buat fashion show lagi...ko mampu??
sekarang ni saya guna produk Tia Emelia...tiada pengelupasan
kadang2 aje jerawat tumbuh kat muka saya ni
takpe masih boleh dimaafkan


tapikan, kenapa dipanggil ciken pox..??
hmm...i hate u ciken *tiba2

nasihat dia

*gambar lama *

Salam...gambar kat atas menunjukkan saya sedang memikirkan sesuatu
sesuatu tu maksud saya kata2 En.Papa pagi tadi sebelum saya ke opis
dalam sungguh kata2 dia tu dan saya sokong 200% kebenaran yang ada dalam setiap patah kata2 dia


gini kisahnya......


seseorang called saya tanya nak bekpes apa pagi ni
saya kata la tak kisah  la sebab saya terlambat lagipun saya nak kejar punch card
maklum la pekerja cemerlang...*hoh
lepas saya simpan enpon dalam enbeg En.Papa pon kata.....


En.Papa : naper??
Saya : .......... (nama dirahsiakan) tanya nak kirim ape.
En.Papa : caya sangat dengan orang. Dah tau orang tak suka kat dia, suka dengki2 kat dia, bermuka2 kat dia..nak jugak kirim2 makanan
Saya : orang lain la
En.Papa : tak kira la orang lain ke sape2 pon.Dah tau orang dengki2 sape2 pon jangan percaya
Saya : biasa la bang..orang cantik memang macam ni *ayat penyedap
En.Papa : cantik la sangat....

nak tutup cerita saya cepat2 salam2...siom2 (cium), salam Ammar, siom Ammar terus turun keta cepat2
tapi masa saya turun tu En.Papa masih buat muka tak puas hati
saya tau dia risau dengan saya
semalam pon panjang lebar dia dok ceramah kat saya
itu pon sebab segala mak nenek barang mekap saya tertinggal kat opis
dia kata kalau orang dengki letak ntah ape kat dalam tu macamana

Hmmmm..... nasihat En.Papa tu saya hargai
takde yang salah dengan ape yang dia cakap tu
segala apa masalah saya dengan orang keliling saya semua saya cerita kat dia
dan sebagai orang yang paling dekat dan rapat dengan saya, dia taknak saya teraniaya

Tapi tak semua orang macam tu
cuma dia nak saya hati2 saja
bak kata pepatah...
buat baik perpada-pada buat jahat sekali sekala
eh..hahahha..pandai2 je ubah

thanks En.Papa...
lepas ni saya akan berhati-hati dengan orang keliling saya

Tuesday, October 2, 2012

baru teringat

La...baru teringat yang saya ada hutang entri pasal jamuan kat opis lama
hik hik hik...faktor usia..maafakan saya

Monday, October 1, 2012

adam putra dah setahun


Hepi besday si bulat2 Adam Putra
dah setahun pun dia
ekceli besday dia 24.9 aritu tapi semalam la majlisnya
kek no. 1 untuk Adam
ditempah dari opismate saya...Emy
cheese mable chocolate cake...yer kot..kalau salah sori le
tapi rasanya betul..hehehehe
ramai kata sedap..saya ni bukan la pencinta kek so tak dapat nak komen lebih2


Adam dengan nenek


Adam, Ibu dan Ayah dia
bulan 12 ni Adam nak dapat adik
wah....lepas ni kena panggil Abang Adam la


saya hanya dapat bawak perut aje
ada laksa, nasi impit, rendang , roti jala, bihun goreng...
macam2 lagi la
meriah dengan makanan


Gee (adik ipar) kata Adam dah buleh berjalan 2-3 hari lepas umur dia genap setahun
gambar kat atas tu dia tunjuk skill dia la tu
poyo la Adam...cubit kang

Maklong ucapkan Hepi Besday semoga Adam jadi anak yang soleh
meh cubit sikit meh....
hehehe...Adam selalu jadi mangsa cubit saya
kadang2 dia tak kisah dan kadang2 dia nanges jugak
gerammmm....

makcik bawang