Monday, November 19, 2012

jelajah perak


Salam..haiii..lamanya tak update
lama mane saya cuti lama tu jugak blog tak ber'update'
biasalah..kalau dah cuti..segalanya pun cuti
hehehe..dasar

seminggu saya abiskan masa kat Perak
best nya toksah cakap la
rasa macam nak sambung lagi sebulan je
hmmm simpan aje angan2 tu


Siri jelajah Perak kami start dari Jumaat lepas
dari highway Guthrie turun ke jalan lama
tak silap saya kat Sabak Bernam kot
sori..saya ni jenis buta jalan
main agak2 je..heeeee
seronok gile bila tengok kampung2, sawah padi, dan jugak perkampungan nelayan
dan dah macam kebetulan pulak sebab cuaca sangat2 mengizinkan siri jelajah kami
alhamdulillah....

mula2 tu sesat jugak la
jalan punya jalan sekali jumpa laut
hah gelabah sekejap dan dan tu jugak salahkan GPS
rupanya kami tak masuk simpang ke Teluk Intan tapi terus ke Bagan Datoh
kalau ke Teluk Intan, tempat pertama yang kami singgah ofcoz la ke sini.....


Menara Condong
Kami kat sini tak lama turun sekadar nak bergambar aje
buat kenang-kenangan.... : )


buku pelawat sebagai bukti kami ke sini
sebenarnya..kami ke Perak ni pun sebab ada jemputan kenduri kawen
alang2 tu kita jalan2 la jelajah negeri Perak
nasib baik jugak la baki cuti banyak lagi
kalau tak...gigit jari pendam perasaan...huuuu
En.Papa pun drive ala2 sepoi sepoi bahasa gitu
dah kata siri jelajah Perak kena la menikmati pemandangan alam semulajadi
keadaan jalanraya masa tu pun ok aje...kiranya dari cuaca sampai la keadaan sekitar
sangat2 merestui perjalanan kami



selalunya kalau balik Perak mesti ikut highway
dari highway mesti nampak Gua Tempurung
tak tau pulak Gua Tempurung ni dijadikan tempat rekreasi
tapi tu la...dah sampai pun lewat jadinya tak rezeki kami nak masuk ke Gua Tempurung
harga nak masuk ke Gua tempurung ni ikut kategori dia
ikut kemampuan korang nak masuk dalam kategori mana
kalau setakat jalan2 jelajah dalam tu kira2 45 minit pergi dan balik cuma Rm6 untuk dewasa
untuk kanak2 dan warga emas hanya Rm1.50 aje
murah, kan
saya nak promot lebih2 pun tak buleh sebab saya tak merasa masuk ke dalam
limit masa operasi Gua ni dari pukul 8.30 hingga 4.30 petang
kalau korang nak tau lebih lanjut try google Gua Tempurung
nanti kalau ada kesempatan dan rezeki kami nak masuk ke Gua Tempurung ni
Insyaallah...

Lepas lawat2 kawasan kat Gua Tempurung ni kami terus keluar ikut highway untuk ke Gerik pulak
takut nanti hotel penuh
sampai kat Grik pun dah mahgrib
kat Gerik ni hotel2 bajet memang banyak
jadi tak payah la risau nak tido kat mana


Siap2 check in kami ke umah Abah
kena la tengok2 ape yang patut
takkan datang saje kot...


ni la pengantin nya
Along (adik tiri saya) dan suami
kenduri nya sederhana tapi meriah
dorang pilih warna merah sebagai warna tema
untung la En.Papa sebab dapat t-shirt free
pengantin bersanding agak lambat sikit sebab Along ada exam untuk SPA pagi tu
kat Ipoh lak tu...kira jauh jugak la dari Gerik
rugi kalau tak pergi sebab mana la tau rezeki lepas kawen dapat pulak keje gomen



Hero2 saya langsung tak pedulikan saya sebab dia jadi perhatian kat makcik2 dia
kejap orang ni panggil kejap naik motor ronda2 kampung
hamboi lupa kat Ibu eh

Esoknya tu (ahad) kami ke Lenggong pulak
lauk2 kat Lenggong memang sedap2 belaka
sampai arini saya dok teringat kat rojak buah buatan Lenggong
Kami tak tungu lama pun sebab plan asal nak ke Kelantan tapi last2 pusing balik terus balik ke Bagan Serai
kiranya cuti saya kali ni memang pusing satu Perak la
memang puas hati bila dapat cuti macam ni
tenang je hati ni..soal keje memang saya lupakan
sampaikan En.Papa kata sepanjang percutian ni muka saya berseri2
eheh...kalau En.Papa nak saya sentiasa berseri..sila la bawak bini mu ini bercuti
InsyaAllah tahun depan kami nak jelajah satu Malaysia pulak
mana2 daerah yang ada umah sedara mara kami jadikan hotel
kat situ dah save bajet
hehehe......
dari dok bangga gi negara orang baik kita bangga negara sendiri sebab Malaysia ni memang cantik dan nak bercuti pun tenang
kalau nak dibandingkan dengan negara lain Malaysia lagi best
tengok rakyat Palestin tu..kesian dorang
meh kita doakan keselamatan dorang dari kita doakan kejatuhan sesama bangsa kat Malaysia ni
K.O ISRAEL.....ni baru betol

2 comments:

ietams said...

kan..
jenjalan dlm Malaysia lagi selamat,
jimat dan damai.

ietams said...

cek puan ooo cek puan..
meh buat tag aku
http://ietams.blogspot.com/2012/11/mini-gempak-giveaway-by.html

makcik bawang