Monday, July 13, 2015

cerita menjelang raya

Salam...

Lebih kurang 3 hari lagi kita nak sambut raya..excited kan
gila tak excited..huhuhu
dalam excited tu saya tetap bersederhana
keperluan anak-anak diutamakan kemudian baru kami laki bini
tahun ni kami pilih merah
waahhh...merahnya makngah di pagi raya
langsir ke sofa ke memang tak tukar
semuanya masih elok lagi
ye la segala benda GST..pendek kata kau langkah setapak je dah ada GST
takpe,.. katanya demi kesejahteraan rakyat : p

korang,

nak bagitau ni...selama saya kawen, tahun ni la 1st time saya buat kuih raya
korang caya tak?? caya ke tak caya?? tapi sila percaya tau
bukti gambar ada tapi esok2 saya tepek kat sini
hihihi..saya pon macam tak percaya je
sampaikan En.Papa kata dia macam nak pengsan bila saya nak buat kuih
kuang ajar sangat kan...hihihi
saya tak buat sorang tau saya share dengan adik ipar saya
ada la 3 jenis kuih.. macam biskut suji, cornflakes madu dan dahlia susu
resepi harus la tanya pakcik gooogle
memula tu macam terkia-kial nak sukat tepung la gula la
tu belum lagi menerap tepung dalam acuan : D
bila dah jadi rasa nak melompat je pastu mula la keluar ayat..."wah ada bakat jugak aku ni.."
kikiki...


tahun ni saya raya kat Seremban je sebab Mama dah bawak nenek dok Seremban
so mak dan pak sedara saya datang sini
nenek saya dah uzur..Mama la yang jaga sebab dia tak boleh nak urus diri sendiri
kadang2 nenek ingat kadang dia lupa
ada ke dia kata saya ni kawan dia masa sama2 nuai padi
nak buat macamana kan.. tu bahagian dia
kita ni tak tau apa akan jadi masa akan datang
makanya..beringat la..sentiasa berpijak di bumi yang nyata
sentiasa muhasabah diri
hehehe..tazkirah petang

ok lah korang tu je nak citer
nanti kita sembang lagi ek
tata

No comments:

makcik bawang