Friday, June 29, 2012
sedap dan rangup
mari ... mari...beli keropok ikang dari Ganu
sedap..sedap...tak gatal...murah...siap sos
hihihi
seronok jugak jual kopok ni
laku....
otomatik jadi pemes sebab orang asik cari nak kopok je
sepeket saya jual Rm2
tapi ada jugak komplen mahal
hek eleh...dah siap goreng pastu ada sos lagi pun kata mahal jugak
dasar...kan
tiap2 hari datang keje mesti penuh kiri kanan tangan saya
lepas tu gedik2 mintak En.Papa antar kat tepi lokap
nak lalu lobi malu sebab dah serupa minah Indon
hehehehe....
untung idak le sampai buleh beli BMW tapi buleh la buat duit tabungan
agak2 teringin beli kasut pakai la duit tabung tu
agak2 malas gi cucuk duit kat ATM duit tu jugak penyelamat saya
korang nak kopok???
: )
Thursday, June 28, 2012
membujang sekejap
Citer lama, tapi semangat menghapdat dah datang saya tepek jugak kat blog ni
kesian kan..baru arini nak masuk blog
padahal dah 2-3 minggu aktiviti ni berlaku
Indah (tudung pink baju hitam) nak berlanja kami semua makan
tapi bukan kat Seremban tau, dia ajak ke Wadihana, Bangi
katanya sedap sebab dia selalu ke situ
maklum la member kan amik PJJ kat UKM
jadi mane tempat yang sedap2 kat Bangi dia tau la
kami gi lepas opis dan naik satu keta
merasa la rasmikan Exora Bold baru si Emy
hehehe...
Kali pertama masuk Wadihana dah set kat kepala mesti makanan kat sini sedap
sebab customer buleh tahan jugak ramainya
kat sini ada western, ala kampung
paling best cucur bilis dia
pergghhhh sedap dap dap ko!!!!
macam biasa...gambar tarak...hihihihi : D
ni nachos
saya yang gatal order
saja nak try
not bad la
saya makan ni....^
nasi bujang lapok
lamb chop kot ni
banyak lagi gambar2 makanan yang kami order
tapi saya malas nak tepek
ada ciken wing, nasik tok mak
ayor buah
pendek kata kenyang sangat..sangat la
thanks yer Indah sebab belanja kami
aku doakan rajin2 la ko jadi OKB
tiap2 ari buleh belanja kami
Sebelum balik kena snap pic untuk kenangan
mintak tolong adik waiter tu snapkan
ada jugak mata yang dok pandang2 kami
mesti dia kata dari kampung mana la minah2 ni datang
riuh semacam : )
hehehe... untuk mengelak spekulasi buruk tentang kami, makanya kami buat2 la kata :-
"dik tolong tolong amik gambar kiteorang, kawan akak nak gi London nanti tak jumpa lagi"
hahaha...London la sangat ; p
sekali sekala membujang macam ni memang best
sampai umah dah pukul 8 lebih kot
Indah jugak yang hantar sebab umah kami area Senawang
thanks to Indah sebab belanja dan thanks to En.Papa jugak sebab bagi ke'ijinan' binimu ini untuk berjimba
muahhhhsss..mmmuuuuaaahhhhssss...
Tuesday, June 26, 2012
info kesihatan
Tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda mungkin normal bagi seseorang individu lain. Kebanyakan doktor mendiagnos tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan simptom-simptom yang dapat anda rasai. Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.
Tekanan Darah Rendah = Tekanan darah < 90/60 mmHg.
Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.
Cth: 115 ? 50 = tekanan darah rendah @ 85 / 70 = tekanan darah rendah
(normal) (rendah) (rendah) (normal)
Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup
PENYEBABNYA:
Mengandung: Disebabkan sistem peredaran darah wanita berkembang dengan cepat semasa mengandung, tekanan darah sangat cenderung untuk menjadi rendah. Dalam tempoh 24 minggu pertama, tekanan darah sistolik lazimnya menurun sebanyak 5 – 10 mmHg dan tekanan diastolik menurun sebanyak 10-15 mmHg. Ini normal bagi ibu mengandung. Tekanan darah lazimnya kembali normal selepas melahirkan anak.
Masalah Jantung: Masalah-masalah jantung yang boleh membawa kepada tekanan darah rendah termasuklah kadar degupan jantung yang sangat rendah (bradycardia), masalah injap jantung, serangan jantung dan kegagalan jantung. Keadaan-keadaan ini menghalang pengaliran darah secukupnya ke seluruh badan dan boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
Masalah Endokrin: Masalah kekurangan hormon tiroid (hypothyroidism) atau kelenjar tiroid yang terlebih aktif (hyperthyroidism) boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Selain itu, masalah lain seperti Ketidakcukupan Kelenjar Adrenal ( Penyakit Addison), gula dalam darah yang rendah atau penyakit diabetis boleh menyebabkan tekanan darah rendah.
Dehidrasi: Dehidrasi adalah keadaaan di mana badan anda kehilangan air lebih banyak daripada jumlah air yang anda ambil (minum). Dehidrasi boleh menyebabkan kelemahan,pening, dan kelesuan. Demam, muntah-muntah, cirit-birit yang teruk, terlebih menggunakan ubat diuretik (menyebabkan pembuangan air kencing) dan senaman yang berlebihan boleh menyebabkan dehidrasi.
Yang lebih serius ialah ”hypovolemic shock” (isipadu darah yang sangat rendah), satu komplikasi dehidrasi yang mengancam nyawa. Ia berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan kejatuhan tekanan darah secara mendadak dan mengurangkan bekalan oksigen ke tisu-tisu badan. Jika tidak dirawat, hypovolemic shock yang teruk boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa jam atau beberapa minit sahaja.
Kehilangan Darah:Kehilangan darah disebabkan kecederaan yang parah atau pendarahan dalaman mengurangkan jumlah darah dalam badan anda, membawa kepada penurunan tekanan darah yang teruk.
Jangkitan Yang Teruk (Septicemia): Septisemia berlaku apabila jangkitan di dalam badan memasuki saluran darah. Keadaan ini boleh membawa kepada kejatuhan tekanan darah yang mengancam nyawa. Keadaan ini dipanggil ”septic shock’.
Tindak Balas Alahan Yang Teruk (anaphylaxis): Anaphylaxis adalah serius dan berpotensi mengancam nyawa. Pencetus-pencetus anaphylaxis yang lazim ialah makanan,sesetengah ubat,bisa serangga dan bisa ular. Anaphylaxis boleh menyebabkan masalah pernafasan, kegatalan,pembengkakan kerongkong dan kejatuhan tekanan darah.
Kurang Zat Dalam Diet: Kekurangan vitamin B12 dan asid folik boleh menyebabkan anemia– keadaan di mana badan anda tidak menghasilkan sel-sel darah merah secukupnya lalu menyebabkan tekanan darah rendah.
Ubat-Ubatan yang Boleh Menyebabkan Tekanan Darah Rendah:
Diuretik: ubat darah tinggi yang menyebabkan kencing yang banyak.
Alfa-Blockers (ubat darah tinggi)
Beta-blockers (ubat darah tinggi)
Ubat-ubat untuk penyakit Parkinson
Sesetengah jenis ubat penenang (anti-depressant)
Sidenafil (Viagra), terutamanya jika digunakan bersama nitrogliserin (sejenis ubat jantung)
Jenis-Jenis Tekanan Darah Rendah:
Tekanan Darah Rendah Apabila Bangun Berdiri (Postural Hypotension)
Terjadi apabila anda berdiri dari posisi duduk atau bangun dari posisi berbaring. Graviti menyebabkan darah terkumpul ke kaki apabila anda berdiri. Bagi individu normal,degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah postural hypotension, jantung dan urat darah tidak dapat bertindakbalas secukupnya terhadap graviti- lalu tekanan darah menjadi rendah, menyebabkan simptom-simptom pening, pandangan kabur dan kadangkala menyebabkan pitam.
Tekanan Darah Rendah Selepas Makan (Postprandial Hypotension).
Selalunya dihadapi oleh mereka yang berumur. Sejumlah besar darah berkumpul ke saluran penghadaman selepas anda makan. Bagi mereka yang normal, degupan jantung akan bertambah laju dan urat darah mengecil untuk mengalirkan darah kembali ke bahagian atas badan terutamanya otak. Bagi mereka yang bermasalah, mekanisme ini gagal berfungsi lalu menyebabkan tekakan darah menurun.
Petua Mengatasi Tekanan Darah Rendah
1. Makan lebih garam dalam diet anda- tetapi jangan terlalu berlebihan kerana natrium yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan kegagalan jantung.
2. Minum lebih banyak air – terutamanya sewaktu cuaca panas dan ketika anda sakit seperti selsema. Ini boleh meningkatkan isipadu darah anda dan menaikkan tekanan darah anda. Air yang mengandungi kandungan natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan (cth: Oral Rehydration Salt, ORS).
3. Bersenam selalu untuk menggalakkan pengaliran darah.
4. Ubah posisi badan secara perlahan-lahan – Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang selama beberapa minit, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan.Setelah itu, barulah bangun berdiri. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.
5. Pakai stoking elastik (gut/ compression stocking) – memakai stoking ini pada kaki boleh mengurangkan darah turun ke kaki, lalu mengekalkan lebih darah di bahagian atas badan.
6. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap – kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.
Jika langkah-langkah di atas tidak dapat memperbaiki tekanan darah anda, anda mungkin memerlukan bantuan ubat-ubatan.
Ubat-Ubatan:
Fludrocortisone – sejenis mineralocortikosteroid yang berkesan untuk ’postural hypotension’ dan tekanan darah rendah. Ia menyekat penyingkiran natrium oleh buah pinggang, menyebabkan penahanan bendalir badan dan sedikit bengkak. Ini perlu untuk menaikkan tekanan darah. Akan tetapi, penyekatan natrium ini juga akan menyebabkan kehilangan kalium. Jadi, amat penting untuk anada mendapatkan supplemen kalium setiap hari jika anada mengambil ubat fludrocortisone.
Midodrine – ia berkesan memperbaiki tekanan darah bagi mereka yang mengalami postural hypotension. Ia bertindak dengan menyekat kebolehan urat darah untuk mengembang, justeru menaikkan takanan darah.
note : darah saya sentiasa low...cane eh...???
dari PD ke Melaka
Kita sambung lagi pasal stori karnival tak jadi tu eh
kebetulan ip (kertas siasatan) dah settle, makanya buleh la kita berblog yer
ok..lepas lepak2 kat teluk Kemang En.Papa ajak ke Melaka
ala Melaka pun bukan ke Bandar Melaka tu, tapi sekadar kat Pengkalan Balak
kalau korang nak tau, Pengkalan Balak adalah tempat favourite kami anak beranak
sambil tengok2 laut buleh tengok umah2 melayu Melaka yang comel2
kalau ada bawak polistren buleh la kami beli ikan buat stok barang basah
kalau si Iman dengan si Ammar dok bising nak mandi laut je
dah tentu ni planning saat akhir anak2 oiiii...
pandai pulak bagi cadangan beli aje t-shirt kat kedai
ewahhh..budak sekarang, kan
dia pulak ngajor kita
Hmmm kali ni kami beli lala
yum...yum..yum...
dah terbayang-bayang lala masak pedas
kami beli sekilo dan kami berdua jugak yang abiskan sekilo tu
hehehe.... tamak tak...???
Nenas madu pun ada
manis dan sedap..dap..dap..
yum...yum... *gigit nenas sambil kecik2 kan mata
masa dalam perjalan balik tu singgah beli ikan pulak
lepas tu beli ais kat 7E untuk letak dalam polistren supaya ikan tu kekal segar
tapi tu la..gambar lala masak pedas tak sempat nak snap sebab saya dah tak sabar2 nak menikmati lala tu
yum...yum...
dan sekian stori saya pasal karnival yang tak jadi tu
sampai arini saya masih taktau punca karnival tu tak jadi
gantung buntin sepanjang jalan tapi satu hapah pun tak jadi
ceh....
Monday, June 25, 2012
karnival yang tak jadik
Cerita semalam....
huuuuuuuuuuu....betol2 rasa tipah tertipu
kisah nya gini....seminggu sebelum tarikh semalam sya dah set2 dengan opismate saya si Mek nak gi karnival kanak2 kat kompleks sukan paroi
siap canang2 kat adik beradik ipar duai la
kiranya saya jadi duta lantik sendiri untuk karnival tu
yer la kalau ramai2 kan best
rasa meriah je
siap pesan2 kat Iman, kalau ada games mesti masuk
kalah belakang kira
kalau ada peraduan mewarna masuk jugak
nanti Ibu tolong
Iman pun angguk2 tanda setuju dan bersemangat walaupun saya yang paling over semangatnya tu
hahahaha...
awal pagi dah bangun nak settle kan kain baju
siapkan Ammar dan zasss...ke umah MIL sebab malam tu Iman tido umah MIL
sanggup tak sarapan sebab nak ke karnival punya pasal
Akan tetapi...alangkah keciwanya saya bila sampai2 kat Kompleks sukan tu sebijik karnival pun takde
yang ada khemah orang kawen, pertandingan taekwondo ke haper
called Mek nak kompomkan memang tarikh tu jugak - 24hb
pasal karnival ni bukan kami dengar khabar angin tapi kami baca kat bunting yang dorang dok gantung kat tepi2 jalan tu
tapi rasa kecewa tu bukan saya aja yang rasa tapi ada jugak parents2 yang bawak anak2 dorang ke situ
mungkin niat suci dorang tu sama macam saya...mungkin la...hehehe
last2 semua masuk keta ..... huuuuuu
kalau Iman toksah cakap la soalan dia
kalah peguam
dari A-Z dia tanya
last2 taknak hampa anak2 En.Papa bawak pegi PD
PD pun PD la janji ada aktiviti
kami kat Pantai Cahaya Bt.4
cuaca pun elok je panas
cuaca pun elok je panas
Pija yang konon2 nak ke Jasko akhir nye menyusul kemudian
dek sebab perut dah berkriok..kriok saya ajak En.Papa gi makan dulu
tak tau nak makan kat mana last2 lepak Teluk Kemang aje
lagipun makan kat situ ok aje
nak snap2 gambar tak sempat sebab saya memang dah lapar giler
lepak2 amik angin laut sambil layan budak2 naik keta kuda
bila agak2 dah boring kami berpecah
si Pija balik Seremban dan kami sambung ke Melaka
entry Melaka nanti dulu yer sebab jam dah pukul 5
saya nak balik...tataaaaa....
bowling
Tak pernah2 dalam sejarah perkhidmatan saya baik swasta atau gomen saya join bowling
takat main2 camtu aje pernah la
itupun sesama kawan rapat aje
nak bertanding semua ni langsung tak pernah
tapi, bila kawan2 ajak join nak pulak dapat geng yang terer2 laju aje saya setuju
hehehe...kalau harapkan saya memang kalah la jawapnya
tournament ni berlangsung 2 minggu lepas
biasalah la..trofi dah berhabuk baru nak update masuk blog
dan korang jangan tak percaya yang kumpulan saya dapat no 4 tau
antara 5 yang terbaik...huhuhu...ko ada...???
itu pun ada yang kata kalau saya tak banyak masukkan dalam longkang mesti kumpulan saya buleh dapat no 3 atau 2...alo lo lo..kita main ni suka2 aje bukan lawan peringkat antarabangsa pun akak oiiiiiii
lagipun ni pertandingan anjuran PERKEP lawan antara bahagian2 dan balai2 peringkat IPD Seremban
walaupun asik masuk longkang, takde la saya dapat hadiah markah tercorot
kira saya ni tahap yang sedang2 je la
nama kumpulan saya kump. angry bird
mula2 nak cari t-shirt gambar angry bird tapi size pulak jadi masalah
maklum la semuanya mak2 orang ; )
last2 baju purple belang2 jugak yang dorang pilih
saya tak kisah janji ada baju
group dari Bahagian Jenayah ada 3 kumpulan dan hanya kumpulan saya dapat mengharumkan nama bahagia....hehehe...saya bangga walaupun saya tau saya ni bukan penyumbang strike terbanyak ; p
minggu ni ada dinner dengan PERKEP lagi
jangan tak tau saya tengah teruja ni
tu entry kendian eh....
note : PERKEP - persatuan keluarga polis *walaupun jiwa saya half2 dalam polis...hehehe
Saturday, June 23, 2012
father's day di KL
Father's day aritu korang gi mane???
saya sefamily gi Aquaria KLCC
ekceli dah lama saya dan En.Papa janji dengan budak2
dan kebetulan masa father's day minggu lepas la baru tertunai janji kami kat dia
sebelum tu kami dah bagi syarat kat Iman
kalau exam dapat banyak A Ibu ngan Papa bawak jalan2
ala...korang, budak2 umur 5 tahun punya exam memang la senang nak score A
kiranya ni permulaan nak bagi semangat kat Iman la
lagipun perjalanan untuk Iman mencuba masih panjang lagi
tadika ni hanya permulaan
makanya saya tak buleh nak bangga2 kat kawan2 pejabat yang Iman terbaik
apa yang penting saya sentiasa doakan untuk dia
dari Seremban kami naik komuter
sengaja nak bagi anak2 merasa naik komuter walaupun sebelum pernah naik dari Senawang ke Seremban
tapi ini adalah pengalaman pahit untuk dorang bila perkhidmatan komuter amat mendukacitakan
patut perjalanan buleh jadi sejam dah jadi dekat 2 jam
dah la aircond rosak lepas tu bersesak-sesak mungkin sebab ari cuti, kan
fuhhhhhh sabarrrrr aje lah......berpeluh dahi berlecak ketiak
lepas ni idak ler kot
sampai KL Sentral terus brunch (brekfast + lunch)
sebab ape brunch??? sebab target buleh sampai awal
konon2 bekpes kat KL Sentral pastu Lunch kat KLCC
tapi nasib x elok sampai KL dah tengahari
makanya singgah mana yang sempat aje
settle semua terus amik lrt ke KLCC
hehehe...kredit untuk saya sebab En.Papa macam kagum kat saya sebab semua berjalan lancar
hihihi....memang awal2 lagi saya dah study macamana nak beli tiket kat stesen mana nak turun
kan dah menjadi agenda tahunan saya dengan As soping kat Jalan TAR
makanya semua berjalan lancar.....
Tempat pertama adalah di Aquaria
tengok hidupan laut
umat manusia punya la ramai termasuk geng rombongan budak2 sekolah
bila tengok pirana ni teringat muvie piranha
hehehe.... haip mesti korang teringat adegan pirana berebut nak makan dot dot dot, kan
hihihii....tak senonoh la pirana ni
peace dari Iman
kebetulan aritu nasib kami baik sebab dapat tengok secara ikan2 diberi makan
saya kagum betul tengok ikan2 tu jinak dengan 'tukang bagi makan' ikan2 kat situ
dasat betul la ayat saya sejak cuti panjang dari update blog
korang tak tau jenuh saya taip pastu delete pastu taip lagi
bila dah kagum tu mula la saya berangan nak belajar menyelam
bestnya bila ikan2 keliling kat kita rasa macam mermaid la pulak
hihihihi....ceh berenang pun tak tau ada hati nak menyelam
niat hati nak naik jambatan kat menara berkembar tapi tiket untuk aritu dah habis
nampak gaya nya kena datang lagi la ni
tapi mungkin bukan dengan komuter sebab Iman kata "tak best naik ketapi, panas"
kami lewat sikit je sebab sebelum tu saya gi tukar diaper si Ammar
dari pagi tak tukar2
pastu nyusukan dia, on da way nak ke menara 2 sempat pulak tengok fashion show
kat situ je dah baper minit
sambil tengok sambil berangan nak catwalk macam model2 tu
kagum kejap bila tengok perut dorang kempis
bila En.Papa dah bagi hint yang dia bosan kat situ baru la gerak
tapi tu la, takde rezeki nak naik aritu
nanti2 lah yer anak2
dalam planning nak ke Jalan TAR tapi dah macam lewat la pulak
ni semua salah komuter la ni
kalau tak lewat mesti saya dah sebat 5-6 helai kain ela *taknak kalah
ishhhh.....
Time balik amik lrt turun kat Pasar Seni
saja nak imbas kenangan masa bercinta dulu kami singgah Pasar Seni jap
hehehe...dulu2 masa cinta2 ngan En.Papa kami suka gi Pasar Seni
nak kata saya ni peminat seni takde la
lukisan pun kantoi : p
entah saya pun taktau kenapa buleh pi dating gi Pasar Seni
ada gak pi KLCC, KL Tower
tapi paling kerap Pasar Seni gak
hahaha...entah apa2....
Balik tu naik bas SKS
tak payah susah2 ke Puduraya
terus lintas jalan dari Pasar Seni terus naik bas
kalau korang nak tau, masa naik bas ni saya main belasah je
buat2 konfiden padahal tak yakin yang bas tu ke Seremban
tapi bila tanya memang betul pun
huuuuuuuuuuuuu lega....kalau tak kena kutuk 44 hari dengan En.Papa
tak tau tapi berlagak tau....hihihi
Tiket masuk ke Aquaria untuk dewasa RM35 (MYkad) dan kanak2 RM25. Umur tak pasti tapi kanak2 umur Ammar masih lagi free.
gi la tak rugi bawak anak2
macam2 jenis hidupan laut dorang buleh belajar
note : cantiknya Neelofa ni (drama Dibah Lori kat TV3) patut la Si Anzalna cari pasal dengan dia
*update blog sambil tengok tv
Friday, June 22, 2012
dapat biras baru
Citer dah basi tapi nak jugak jadikan bahan bercerita dengan korang
nak bagitau nih yang saya dah dapat biras baru
dari Pontian, Johor makanya kena la kami mengantor sampai ke Pontian, nun
Dorang bertunang tahun lepas lagi (entry bertunang takde)
Bertolak dari Seremban hari Sabtu 26.5.2012 tido semalaman dan majlis nikah dan bersanding dijalankan serentak pada Ahad 27.5.2012
kiranya pagi nikah pastu sandingnya lepas Zohor
senang, kan
senang untuk rombongan yang jauh macam kami
Mama pun ikut
adik beradik belah saya yang lain tak ikut sebab faktor kesihatan dan masing2 kena keje
belah pihak perempuan dah siapkan 2 homestay untuk rombongan dari Seremban
homestay yang terbaik dan selesa sangat2
Kat Johor tema nya pink purple
paling saya puji adalah nasik minyak dia yang sedap sangat sangat sangat dan sangat...rasa nak repeat lagi...*buleh ke Ain...???
hehehe...
sampai Seremban malam dan esok tu saya amik cuti
Untuk belah kami pulak tema hijau jadi pilihan
kami tak amik khidmat katering
semua nya secara gotong royong
dari hari Khamis lagi dah tungkus lumus siapkan semuanya
hari Sabtunya pulak majlis bertandang
dan sekarang menantu MIL saya pun dah bertambah
makanya raya tahun ni kena la tambah lagi sekor ayam untuk buat rendang sebab saya sorang je dah sekor ayam
hehehe....
untuk Ain dan Anip..cepat2 dapat kawan untuk Ammar dan Iman yer
hehehe
Thursday, June 21, 2012
lama nya tak update
Salam..korang
Haiiiiihhhh.... lama tak update blog. Rindu jugak nak tepek2 gambar nak stori mori kat korang. tapi apakan daya..masa sangat cemburu dengan saya *cemburu ke???
Last update bulan April lepas...kalau orang bersalin dah abis pantang kot....hahaha haip..jangan kata saya pregnant pulak. Saya belum ready untuk tambah ahli keluarga lagi.Nanti-nanti lah... : )
Cis la broadband ni..baru nak update line selow pulak... dari bersemangat terus hilang semangat saya ni. Potong betol la...kadang2 jeles pulak tengok blog orang yang ada macam2 cerita, macam2 gambar. Camne eh dorang dapat idea bernas macam tu??? saya ni pulak bergantung dengan mood dan keadaan semasa. Kalau ke laut nampak gayanya nak update takde lah. Pesbuk pun dah jarang bukak. Oho...satu lagi punca tak update bila saya lupa nak bayar bil broadband. hehehe.. tu salah sendiri tapi maxis pun berkira sangat dah la line selow pastu masuk 2 bulan je terus potong line.Apa la.....
Hmmmm..doa2 la lepas ni saya jadi rajin yer. Hehehe...ayat yang sama akan keluar bila blog dah lama terperam...sabar aje lah makcik.
Haiiiiihhhh.... lama tak update blog. Rindu jugak nak tepek2 gambar nak stori mori kat korang. tapi apakan daya..masa sangat cemburu dengan saya *cemburu ke???
Last update bulan April lepas...kalau orang bersalin dah abis pantang kot....hahaha haip..jangan kata saya pregnant pulak. Saya belum ready untuk tambah ahli keluarga lagi.Nanti-nanti lah... : )
Cis la broadband ni..baru nak update line selow pulak... dari bersemangat terus hilang semangat saya ni. Potong betol la...kadang2 jeles pulak tengok blog orang yang ada macam2 cerita, macam2 gambar. Camne eh dorang dapat idea bernas macam tu??? saya ni pulak bergantung dengan mood dan keadaan semasa. Kalau ke laut nampak gayanya nak update takde lah. Pesbuk pun dah jarang bukak. Oho...satu lagi punca tak update bila saya lupa nak bayar bil broadband. hehehe.. tu salah sendiri tapi maxis pun berkira sangat dah la line selow pastu masuk 2 bulan je terus potong line.Apa la.....
Hmmmm..doa2 la lepas ni saya jadi rajin yer. Hehehe...ayat yang sama akan keluar bila blog dah lama terperam...sabar aje lah makcik.
Subscribe to:
Posts (Atom)