Tuesday, May 31, 2011

posing stended orang bertunang


Ni gambar contoh tau. Dan saya akui memang posing gini la yang selalu orang2 yang bertunang buat. Hah !!! Jangan tak mengaku. Kiranya posing paberet la. Satu lagi kalau bergambar mesti nak pegang hantaran. Kiranya mau kasi tau "lihat la dunia....hantaran ku yang cantik hasil rekaan aku sendiri .... hahaha (gelak setan)" Saya ada posing gitu tapi tu la..nak geledah satu umah nak cari album bertunang satu hal la pulak. Buat masa ni saya tunjuk yang ni dulu. Nanti2 dah rajin saya tepek yer.


Masa saya bertunang ni tahun 2005. Pelik kan baju kaler putih krim, hantaran kaler merah dan langsir kaler biru. Akceli saya bertunang serentak dengan Su. Masa tu sama2 gatal nak bertunang makanya Mama tunangkan serentak. Tapi kenduri kawen lain2 tahun. Koser nak sama2. Kang tergugat saham acik ; p


Si Su pulak pilih biru sebagai tema dia dan itu pasal la langsir kaler biru. Dah dia yang beli langsir, makanya saya kena redha. Nanti saya tepek gambar Su yang serupa Hakim Mahkamah Tinggi yer. Hikhikhik...mak andam pakaikan rambut "pelesu" serupa Hakim. Tensen makcik tu sebab sedara mara perli dia. Saya jugak selamat sebab bertudung : D
Hantaran tu kan saya buat sendiri tau. Balik keje je buat la sikit2. Semangat punya pasal. Time saya tu idak ler glemer macam sekarang ni.


Sambung balik kisah posing stended. Paling tak buleh blah bila kena lama2 cium tangan bakal MIL. Dah la acik jenis nebes. Disuruh pulak cium lama2 semata untuk tatapan abadi. Katanya untuk anak cucu. Tapi bila pikir iyer tak iyer jugak. Pernah tunjuk kat Iman dan dia tau tu Uwan dia. Tapi soklan kata mana dia masa tu yang buat lutut saya lemah tu. Lepas settle sarung cicin disuruh pulak sarung semula atas permintaan kameramen. huhuhu....tapi ok ape walaupun gaya bergambar tu semua orang buat tapi atlis ada gak la kenangan, kan........... La ni lagi la canggih. kameramen sekarang kreatif belaka. macam2 gaya disuruh. Tapi duit dia pun canggih wok oiiii.

cuti sekolah..cuti masak : )


Kasi tunjuk gambar perantin. Tema perantin adalah itam-merah. Kawan saya adalah si perantin lelaki a.k.a Shah bukan nama sebenar. Eceh..poyo.... nama dia Ramshah. Patut la masa saya pakai baju ni dia suh pakai masa dia kawen nanti. Rupanya ada makna....Dan korang pun tau kan, bila cuti sekolah menjelma makanya berlambak-lambak la jemputan kat sana sini. hehehe....bila dah banyak jemputan saya pun cuti masak. Bukan cuti panjang tapi cuti setengah hari ; p


Rumah si perantin lelaki ni kat Kg. Rambai Baris, Jelebu N9. Hehehe...alamat lengkap tu. Mula2 saya nak pegi sendiri2 je sebab taknak la menyusahkan orang tunggu saya. Maklum la saya kan ada anak kecik. Nak suruh mandi sekian. Nak pakai baju kena bersilat gayung bagai. Dari janji pukul 12 jadi 12.30. Kan hangin je orang nak tunggu kita. Tapi tu la, awal pagi lagi Sarjan Umi tipon nak pegi sama. Katanya dia tak tau kampung si Ramshah ni. Makanya berkonvoi la antara family saya, Sarjan Umi dan Kak Dila. Tu pun terlambat 10 minit. Hehehe..nasib baik dorang faham sebab masing2 pun ada anak. Apa tak lambat nyer korang, dah masuk kereta baru la teringat kad jemputan tertinggal (kes nak baca pelan). Kamera la tertinggal. Macam2 hal la. Saya ni bukan ape, tak suka menunggu dan ditunggu. Bila tau kita ditunggu mula la tak tentu arah. Kesian kat orang yang menunggu tu.



Iman bajet otomen masa kat umah kenduri. Bajet otomen takpe jangan bajet hensem. Tapikan korang, lauk dia memang sedap. Kena dengan selera saya. Dalam dok sedap tu baru semalam saya dapat tau yang rendang tu rupanya rendang daging kerbau. Saya tak makan daging kerbau la korang. Nak buat macamana, dah masuk ke usus saya pun ; p




Akhir entry, inilah gambar saya dengan opismate saya. Sekian, terima kasih.

Monday, May 30, 2011

Nur Kasih


Kan kat FB saya ada bagitau yang saya nak pegi tengok Nur Kasih. Nasib baik dapat green light dari En.Papa. Makanya membujang la saya di antara pukul 7 hingga la ke 10 lebih.



uiissshhhh best giler ok filem Nur Kasih ni. Dari mula sampai abis dok meleleh air mata ni. Memang best jalan citer Nur Kasih ni begitu jugak cinematografi dia. Kalau tak menang untuk Festival Filem tahun ni tak tau la nak habaq lagu mana lagi.

Korang tau tak, sampai arini saya dok rindukan filem tu. Tak sabar nak tunggu dvd dia keluar. Rasanya kat Astro First tak kot sebab dah terang2 kata HANYA DI PAWAGAM. Korang yang belum tengok tu pegi la...tak rugi tau.


Saya balik pun dah pukul 10 lebih sebab temankan Ain pi cari kasut. Tak gi makan pun sebab saya kenyang makan pop corn. Just teman Ain gi drive thru mekdi. Sampai umah anak2 dah tido tapi umah macam lepas puting beliung...huuuuuuuu sabar. Sana sini dengan mainan dan jugak pinggan plastik. Padahal sebelum keluar tu saya dah kemas2 apa yang patut. Anyway thanks kat En.Papa sebab beri kepercayaan kat saya untuk berjimba dengan Ain dan jugak jaga anak2. lain kali buleh la i tengok wayang lagi kan..... ; p

satu tahun 3 bulan


Halooo...saya Ammar Hazif. Anak kepada En. Abdul (tu panggilan Ibu kat Papa) dan Puan Cibina (panggilan Abang Long saya kepada Ibu..pssttt..still pelat walau dah sekolah ; p)
Sekarang saya dah besar, dah setahun 3 bulan. Puting dan saya tak dapat dipisahkan..nak buat camne....layan....



Kalau Abang Long suka Wonderpet dengan Upin & Ipin, saya pulak suka Mickey & friends. Tengok..kusyuk oh saya.... Ibu pulak macam tau2 je saya suka tengok Mickey. Lepas tu buleh la dia buat keje. Tapi saya tetap jugak nak kacau Ibu...hehehe.



Minggu lepas saya demam. Demam plus gigi nak tumbuh. Atit (sakit) tau...Nak makan pun takde selera. Ibu saya kena EL 2 hari. Masa Isnin tu saya pi check up dan berat saya dah naik ke 10kg. Tapi Ibu kata saya katik...huhuhu....katik pun katik la janji semua orang sayang saya. Esok tu kan, saya dah rasa tak sedap badan tapi Ibu antar jugak saya ke rumah Ibu Saba (baby sitter). Kepala saya pening, badan saya panas. Ibu tak bekalkan ubat pun. Saya nanges je sepanjang pagi tu sampai sembab mata ni tau. Last2 Ibu Saba talipon Ibu. Saya tau Ibu sibuk tapi saya tak tahan sakit la. Berdesup Ibu ngan Papa datang amik saya.hehehe



Macam biasa la, kalau demam Ibu bawak gi klinik Dhillon. Saya pun serasi ngan klinik ni. Doktor tu masuk ubat kat bontot saya tau. Saya nanges lagi masa kat klinik tu. Saya dengar doktor tu cakap kat Papa yang badan saya panas sangat tu kena letak kat bontot. Saya tengok kan, nurse tu bagi banyak sangat ubat. Ishhhh...saya tak suka makan ubat. Saya macam Ibu jugak ...penakut makan ubat. Balik je rumah terus saya tido. Ibu pun amik kesempatan tido...hehehe...


Sekarang dah sihat dah. Ada jugak dengar Ibu dok ngata saya. Dia kata, sejak saya baik dari demam ni, saya makin garang dan ligat macam gasing. Gasing tu camne eh??? ohhhh mungkin macam yang Abang Long dok main tu kot. Saya bukan nak garang2 tak tentu pasal. Abang Long tu la, semua yang saya main dia nak main jugak. Main rampas je. Dengki ngan saya. Tu yang saya geram saya lepuk dia pastu saya lari kat Papa...hehehe...padan muka dia. Suka sangat buli saya tau.


Ibu dah tempah baju melayu untuk saya tau. Tak sabar nak pakai masa pagi raya nanti. Mesti dapat duit raya banyak, kan. Aunty2 dan uncle2 jangan luper yer bagi duit raya. Nanti Ibu simpankan kat bank. Ibu kata itu untuk masa depan, mana tau dapat belajar masuk Universiti ke. Ibu ada jugak kata, itu untuk simpanan kalau2 Ibu dah takde kat dunia ni. Isk..iskkk...Ammar sayang Ibu tau. Jangan la kata gitu : (
Ammar sayang semua...Ibu, Papa, Abang Long dan semua orang yang sayang Ammar......mmmmuuuahhhh (flying kiss dari Ammar)

Sunday, May 29, 2011

bila saya tensen




Saja letak entry kat belah bawah gambar. Jangan terperanjat kalau saya main bowling dengan berpakaian jubah. Masa tu, rehat jumaat minggu lepas. Maksud saya pada 20hb yang lepas la. Masa ni saya dan Ain ketensenan. Makanya kami berdua main bowling. Tau masa tu banyak mata yang memandang. Tapi......ADA AKU KESAH!!!!!.....


Lega wok....lega sangat....saya bayangkan pin-pin yang jatuh tu adalah mereka2 yang saya benci...huh!

Wednesday, May 25, 2011

hantu omputih

Tadi, masa nak masuk kereta masa jemput Iman dari umah uwan dia. Saya terbau sesuatu dan cuba untuk berbahasa inggeris dengan En.Papa. Dengan harapan hantu atau setan idak faham dengan apa yang saya katakan itu.

Saya : Bang, ada smell something tak?? (cubaan berspeaking London)
En.Papa : tegur la malam2 ni. Kang datang kang
Saya : Ish.. kan orang cakap omputih
En.Papa : ha yer la, ingat tak paham ke?
Saya : uishhh...dia sekolah melayu


Gelak...
gelak....
Gelak...
gelak....

sampai la kat umah cik Kupah...hik ; p

soping pra-raya


Kita bergambaran dulu sementara tunggu tren menghala ke Bandaraya. Khamis lepas (belum terlambat untuk update) saya dan As telah menghabiskan masa bersama-sama untuk soping pra raya. Kenapa saya kata pra raya???hehehe....sebab kain ela tu belum dihantar ke tailor dan belum dijadikkan baju raya. Makanya pra raya la. Kalau soping raya harus duit laki dan pra adalah duit sendiri. Eh tak....duit En.Papa jugak ; p


Akceli dah lama plan tapi selalu aje bertangguh. Dan nasib baik jugak Ammar tak demam...dan dia postpone demam dia ke hari ni...hahaha..bijak anak ibu. Saya naik komuter dari Seremban ke KL Sentral. Kami berjanjian kat situ. Senang sikit. Kami together-gether sampai kat KL Sentral dan takde la salah sorang berjanggut menunggu. Tapi kelambatan sikit sebab banyak hal yang terjadi. Dari hal beg sekolah Iman tertinggal kat umah MIL sampai la ada rombongan budak2 tadika kat komuter. Ohhhh baru saya teringat yang komuter dah sampai ke Sg.Gadut. Waaaahhhhh dah ada kemajuan la Seremban ni. Kan best kalau ada stesen kat depan umah saya...hik...dasar tak bersyukur. Balik tu saya turun kat stesen Senawang.


Sampai je kat Sentral kami terus ke Food Court kat tingkat atas tu. Perut kena isi baru la cergas untuk bersoping. Makan laju2 dan kami terus amik tren ke Masjid Jamek. Dan dari Masjid Jamek amik lagi tren ke Bandaraya. Buleh jalan kaki tapi kami takut sebab sekarang ni heboh kes simbah asid. Wei..aset tu muka comel kami ni. Baik cegah dari mengubati kan.....

Destinasi soping kami yang pertama adalah SOGO. Plan nak tengok enbeg dan plan kami bertukar sebab ada kid's fair...wahhhh ada sale untuk baju budak2 kat tingkat bawah. Mak suker. Terus pilih2 baju untuk anak2. Sorang sepasang ok la tu. Tapi baju2 tu dah saya sorok dalam almari sebab nanti Iman mintak nak pakai. heeeee...ikut gen saper la ni tak sabar2 nak pakai baju baru???? : D
Tak jadi beli enbeg sebab takde diskaun yang menarik perhatian. Semua Rm3 rat ke atas. bila dipikir2 baik soping kat TAR dan RM3 rat tu buleh dapat 5-6 helai kain ela untuk buat baju kurung...huuuuu




Jangan ditanya berapa rat habis dan baper helai kami beli kain ela. Bukan untuk diri sendiri tapi untuk Mama pun ada. Untuk MIL nanti dulu....tunggu Tok Najib umum bonus atau duit raya. "nanti dulu mak yer...."



Kiri kanan tangan kami penuh. Bila dah abis soping baru teringat...weii..aku naik komuter bukan drive sendiri. Macamana ni???? harap2 komuter tak penuh dan saya tak berdiri sepanjang perjalanan ke Seremban. Dan Alhamdulillah...saya berdiri sampai kat Seputeh je. Lepas tu dapat duduk dengan bangganya...hehehe



Contengan tak kreatif tu adalah tanda nak kaver ketiak saya basah dengan peluh. Tu tanda betapa gigihnya kami habiskan duit. hehehe.... Ada citer kelakar tau. Saya dan As buleh tersalah naik tren. Sedar2 kat PWTC. Sebelum tu kami dah turun kat................... (tak ingat stesen ape). lepas tu masuk balik. Biler sampai ke stesen seterusnya baru perasan yang kami salah naik tren. Patutnya kalau naik dari Bandaraya terus turun ke Masjid Jamek. Tapi dah tersalah. Nak buat camne??? Ada sorang mamat yang duduk depan kami tu kembang kempis hidung tahan gelak. Cehhhh...nasib baik dia tahan gelak kalau dia gelakkan kami mau kena siku...eheh ; p


Korang nak tau, saya dan As jadi lupa nak makan tengahari. Bila kat KL Sentral baru kami makan itupun dah pukul 4 lebih...hahaha giler betul la perempuan 2 orang ni bersoping. Ada sesiapa berani ikut kami soping????? Cik Puan patut nya ikut tapi bos Jepun dia pulak mai. Tu yang sebab dia tak join. Kalau dia join agak2 dia lenguh tak??? saya tak rasa letih pun tapi dah balik rumah dan lepas mandi baru terasa letih. Tapi diam2 je sebab nanti En. Papa bebel.


Makanya...raya tahun ni jadi meriah la dengan baju raya yang warna warni. Wahhhh....siokkkkknyaaaaaaaaaaaaaaa rayaaaaaaaaaaaaaaaaa...eheh....Opppssss...tak buleh bagitau korang apa tema tahun ni sebab kain tu belum lagi jadi baju. Kalau yang dah tau tu tau la...yang belum tu....tunggu dah siap baru saya jaja yer....Ishhh best betul dapat soping dengan As, release segala ketensenan saya.



note : As...nanti kita pi lagi ye. Cik Puan kena ikut sekali. Maya nak ikut pun buleh. Tapi korang sanggup ke ikut cara aku...???? eheh....

Tuesday, May 24, 2011

antara lelaki dan perempuan


Kita lupakan tentang kamera saya yang tinggal. Walau kamera tinggal tapi tetap jugak nak update. Bak kata seorang blogger tu, kalau rasa2 takde idea nak update baik tak payah jadi blogger.


Saya tiba2 nak bercerita kat sini lepas saya dengar cerita daripada kawan saya si Berry pasal seminar yang dia pegi semalam. Saya nak join tapi tak dapat nak join sebab semalam saya kena hantar Ammar ke klinik untuk appointment umur setahun 3 bulan dia tu. Lagi pun kalau gi seminar kompom bertalu sms dan missed called. Huuhhh!!! macam la aku sorang je kat unit tu.

Kisah budak yang umur dia semuda anak saya iaitu 4 tahun yang dah tau pasal seks. Memang terkezut acik dibuatnya. Macam tak percaya tapi kena percaya sebab kisah ni kisah benar dan jangan biarkan diri anda diselubungi misteri..hakhakhak... ; P
Mula2 kena say sori dulu sebab kang ada pulak yang ingat saya ni nak bercerita pasal seks la pulak. Atau lebih menjerumus ke 18SX....huhuhu..ni pengajaran untuk kita sebagai omak dan apak kepada anak2 kita. Sok kot terjadi ape2 orang mesti tunding jari kat kita. Bukan kat jiran depan umah atau jaga sekolah anak kita.


Gini lebih kurang citer si Berry..... Kisah budak lelaki umur 5 tahun yang mencium kemaluan budak perempuan berumur 4 tahun...OMG...terkejut kan...??? macam citer dongeng tapi kenyataan. Dari mana budak tu tau semua tu??? ofcoz dari orang sekeliling yang rapat dengan dia dan berhampiran dengan dia. Kita tak payah pergi jauh2 sampai ke kampung dia tu......dah tentu omak dan apak eh. ishhh....seriau saya dengar. Sebagai contoh la, ada sorang kawan saya yang tak berapa rapat dengan saya tapi biar saya gelarkan dia sebagai si Sengal. Bukan nak mengaibkan dia tapi sebagai pedoman kita yang bergelar omak dan apak ni. Saya pun tak tau la omak dan apak jenis apakah kawan saya ni. Oppssss bukan kawan rapat tapi sekadar kenalan sahaja. Kot dia baca blog ni dia tak buleh nak saman saya sebab saya tak mentioned sesiapa kat sini. Makanya...jangan ada yang perasan ok.... hobi kenalan saya ni memang suka bercerita tentang luar dalam kain. Kadang2 naik malu saya dengan perangai dia. Dat's y la saya tak pilih dia sebagai kawan sebab saya bukan jenis begitu yer. Satu hari dia cerita anak dia yang sulung praktikkan apa yang si apak buat kat si omak (korang yang dah kawen sila buat2 paham, kot tak paham gi kursus kawen). Ofcoz la hubungan badan korang oiii.... Beristighfar saya dengar. Saya tanya balik, adakah si anak tido dengan dia dan si suami?? Jawapan dia ofcoz la yer sebab takkan la anak dia buleh tau aktiviti si apak dengan si omak. Saya tanya balik takkan la anak dia nampak dan dia jawab walau anak dia terjaga dia tetap go on. Walawei....dimanakah sifat malu ko. Kot binatang tu yer la takde otak. Kat mana teragak "my heart will go on" la. Satu lagi la kan, jangan jadikan CD atau DVD lucah sebagai koleksi kesayangan kita. Malu wei..malu...sok2 orang salahkan kita kalau anak kita yang baru umur 4-6 tahun tu dah advance tentang hal2 18SX ni.
kalau bukan dari sekarang kita tak cegah, sok2 jangan menyesal yer korang. Pesanan ini untuk diri saya jugak.

Lagi satu, kisah kes2 rogol. Kadang2 memang bukan kehendak si mangsa tapi ada jugak yang suka sama suka. Takkan la dah 2 round masih kena rogol. Gi buat report pun sebab family dah tekan cukup2 suruh gi balai. Dan, macamana la tak kena rogol korang, pakai baju dah serupa tak cukup kain. Pernah saya anak beranak gi piknik kat Ulu Bendol. Sampai ternganga mulut saya dok perati budak2 lelaki dan perempuan mandi manda dalam air. Nak mengumpat tau tu dosa, nanti kena kat diri sendiri. Saya pikir jugak sebab saya ada 2 orang anak. Kang cash je kena kat batang idung sendiri. Makanya jadila saya si pemerhati PBB yang tak berbayar. Nak ajak En.Papa bergosipan haram tak dilayan. Tapi memang la, selamba badak je dok berpeluk dalam air. Tak ke si Mamat tu naik berahi je dengan si awek tu. Dah la si awek pakai baby t-shirt yang nampakkan lurah dendam. Pastu dok gesel2 lagi. Uiiiishhhh....hey korang..jangan ingat saya nak berlucahan kat sini yer. Ini saya nak rumuskan balik tentang cerita saya dengan Berry tadi. Nak share ngan korang. Bukan nak tunjuk baik tapi saya tau saya baik...hik...hik....hik...Dulu 6 tahun bercinta dengan En.Papa tapi Ulu Bendol memang saya tak jejak sebab ada cerita di sebalik Ulu Bendol tu. Lagipun tak berani la sebab terbayang dengan kegarangan Mama dan tak terbayang kot sampai ke mana arah tuju saya bila di sepak oleh family saya. Kot kena sepak sampai ke Disneyland hendak jugak kot ke kubur???? ishhhhh ; p

Sebelum buat apa2 sila la pikir dulu. Senang je, pikir muka omak dan apak kita. Mesti tak berani. Ada kebaikan jugak Mama saya garang walau dulu saya macam tensen je. Semua tak buleh. Bila tengok kawan2 bebas ke sana sini saya jeles. Tapi bila dah jadi omak ni, rasa macam...bersyukur sangat sebab saya selamat dari semua tu. Alhamdulillah.....Dan kita sebagai omak atau apak ni, jadi la contoh terbaik untuk anak2 kita. Ilmu agama yang penting. Dan yang sedih tu bangsa melayu la duduk di ranking pertama. Malu, kan.... Takut nanti bangsa lain tak hormat lagi dengan bangsa melayu ni. Bila keje dengan polis ni macam2 yang saya dengar. Ada yang depan mata pun ada. Pernah sekali kes anak bawah umur lari ikut balak yang muka...adoiyaiiiii....family buat report tapi anak (perempuan) tanpa segan silu maki omak eh depan saya. mati2 taknak ikut family balik. Masa tu nak je saya gi sepak muka budak tu. Terkulat-kulat muka si omak sebab kena maki dengan anak. Kot balak kaya, muka ensem macam Aaron Aziz ke, Remy Ishak ke, ok la jugak ni ........ (sila bayang sendiri) malas nak cakap. Kot terlebih cakap hal orang saya sendiri ada anak. Korang nilai la sendiri dan renung2 kan......

lupa la wei


Alahai...punya semangat nak update blog pasal cerita outing saya dengan As sekali kamera tertinggal kat umah...huwaaaaaaaaa...nak nanges.



Macamana buleh lupe???

Monday, May 23, 2011

ming ming wonderpet yang loyar buruk

Iman macam budak2 lain jugak..minat watak2 kartun macam Upin Ipin (ofcoz), wonderpet, Ben 10 dan segala kartun yang ada kat tv tu. Tapi lately ni, dia macam obses dengan watak ming ming (wonderpet). saya pun kurang pasti ming ming tu yang mana satu. Mungkin itik kuning tu kot.

ok...ok..nak jadi citer, satu hari tu masa dalam kereta kami berborak anak beranak. Iman duduk kat seat depan dan saya dengan Ammar kat belakang.

Iman : Ibu, panggil Iman ming ming...
Saya : Ming ming, nyanyi lagu wonderpet
Iman : 'ada haiwan dalam kesusahan, Wonderpet..wonderpet, kami datang, apa yang penting kerjasama, apa yang penting kerjasama, oooooooo wonderpet..yeahhhh' (lirik main bantai)
Saya : ok..ming ming nyanyi lagu baik baik sayang (wali band)
Iman : Kartun mana tau nyanyi lagu baik baik sayang la Ibu. Ming ming tau nyanyi lagi wonderpet je.....


gullllpppppp.........bertuah punya anak sambil tu cuit En.Papa. Cis terkena jugak dengan anak sendiri.


note : Lagu baik baik sayang dari kumpulan Wali Band adalah lagu peberet Iman... ^_^

Wednesday, May 18, 2011

zaman kanak2 adalah momen terindah part 2

Kita sambung ke part 2 pulak yer. Saya tengah boring ni. Nak kata ada keje..nampak sangat penipu..nak kata takde..pun penipu gak. Taktau kata camne. Ok korang....meh layan cerita saya meh.... ;D

Longkang

Dulu, saya memang suka main dalam longkang. Dari pangkal sampai la ke hujung. Nak kata gi cari emas idak ler. Tapi kenikmatan bermain dalam longkang tu hanya mereka-mereka yang pernah je tau. Kadang2 main dalam longkang sebab nak menyorok dari kawan2. Dan longkang la tempat paling strategik untuk menyorok. Ada jugak main dalam longkang sebab nak cari ikan. Kiranya pra nelayan la. Eh..ada ke pra nelayan. Hehehe...belasah...Saya pun tak pasti apa nama ikan tu. Yang pasti ikan tu ala2 macam ikan guppy. Mungkin sepupu ikan guppy kot ; p
Nikmat gila bila dapat ikan yang banyak. Lepas tu kiteorang siang dan masak dalam tempurung. Tapi tak makan pun. Saja buat ujikaji.Cer korang tengok gambar kat bawah ni. Macam ni la ruper ikan longkang tu.




Dan saya sendiri pun malas nak google nama ikan ni cuma dapat google gambar ikan ni je. Tapikan, zaman sekarang budak2 dah tak main dalam longkang lagi. Kebanyakan taman2 perumahan longkang deme semua dah cetek dan ada pulak yang bertutup macam kat rumah saya ni. Makanya tak mencabar la mainan budak2 sekarang.


Taman Permainan


Kadang2 je gi lepak2 kat taman permainan. Taman permainan dulu2 tak macam sekarang ni. Gelongsor bapak tinggi nak didaki. Lepas tu dibuat dengan besi dengan papan. Ingat lagi, kat dagu saya pernah luka sebab saya main gelongsor tu secara 'luar tabii'. Eheh...maksud saya secara meniarap dan terus dagu saya sagat papan gelongsor tu. Otomatik jadi musang berjanggut. Selama seminggu jugak saya ke sana sini mulut bertutup. Kena marah toksah cakap la. Mama bukan nak kesian kat saya, lagi kena pot pet adalah..Isk..iskk : ( Satu lagi buaian dia pun buat dari papan jugak. Kiranya permainan dulu lebih kepada papan la. Yang best tu kan, main buaian setinggi mana korang nak lepas tu terjun. Wa wa wi...seronok....kalau sesiapa yang pakai baju gaun mesti nampak sependa kartun2. Hehehe...itu permainan bermusim sebab kadang2 ramai sangat kat taman permainan tu. Malas nak berebut.


Edisi "taknak kawan"

Ayat paling pemes masa zaman kanak2 - "taknak kawan ko...." atau "kita kawan si anu olok2 je".hehehe....buleh eh gitu..kawan olok2. teragak taknak kawan, takde la saya berkawan dengan si anu tu. Kot rasa nak kawan salam la balik. Siap main tulis2 surat lagi kenapa taknak kawan. Pasal tak bagi rasa ais krim asam masin pun jadi isu.Ceh...itu la budak2....hmmmm bestnya...Budak2 sekarang??? main sms atau luah kat pesbuk. Yer la kan...ikut peredaran zaman la. Tapi rasanya tak mencabar macam zaman saya dulu.


Buat sementara ni itu je entry untuk zaman kanak2 saya. Nanti ada sambungan jugak. Korang bawak bersabor yer...

Monday, May 16, 2011

karnival yang memenatkan


Gambar Tok Mat - MB Negeri Sembilan tengah rasmikan Karnival Pencegahan Jenayah kat Dataran Senawang. Saya snap dari jauh je sebab malas nak bersesak dengan wartawan yang dok kerumun MB tu. Seawal 8 pagi saya dah dok tercegat kat Dataran Senawang. Bukan buat ape pun, cuma wayang kulit je. Saja tunjuk muka bior nampak bizi.



Yang ni pulak gimik konon2 bagitau macamana polis tangkap penyamun.


Pertunjukan para motor..ke haper nama dia. Saya tak pasti.


dari FRU....
En.Papa dan Iman datang nak bagi sapot kat saya.hehehe..hebat ke?? Ammar tak ikut sebab saya pos dia kat umah MIL. Hehehe..tu je citer untuk karnival yang memenatkan sebab arini adalah hari blur sedunia.

selamat hari guru


Harini 16 Mei adalah hari guru. Selamat hari Guru untuk semua guru termasuk guru2 yang mengajar anak saya, Iman (kot dia baca la). Goodies kat atas tu saya siapkan untuk sambutan hari guru kat tadika Iman. Teacher dia dah bagi memo kata arini ada sambutan hari guru dan minta parents sumbangkan sedikit makanan. Saya ni jenuh la mikir nak bagi apa. Kot nak masak mee goreng sekuali besar idak ler reti. Nak pulak nak bagi budak2 makan. Mana la saya tau tekak budak2 umur 4-6 tahun tu. Last2 decide nak bagi goodies ni je. Itupun siap bermuncung dengan En. Papa sebab Jumaat tu saya dah siap2 pesan dan sms mintak dia tanyakan teacher Iman baper orang murid. Senang la nak bajet baper..nak bagi ape.Last2 dia bagi alasan tak perasan ada sms. Hangin je. Masa gi beli barang2 tu muncung saya toksah cakap la...buleh sangkut hanger tau.....


Malam tadi saya dah pesan kat Iman bila sampai sekolah wish kat teacher kata "happy teacher's day". Tapi dia kata ayat tu panjang sangat, so saya tukar kan ke "Selamat Hari Guru". Buleh pulak Iman cakap gini....

"ari Ibu la, ari Papa la, ari guru la. Ari Iman bila pulak?"

hehehe

"ari Iman masa besday Iman la"

"tak...tu besday cakap besday to you bukan ari Iman"

hahaha...Iman...Iman...tak tau saya nak jawab ape. Bagi saya tiap2 hari adalah hari Iman sebab ada je keletah Iman yang buat saya tersenyum. Apa2 pun mesti banyak cerita bila saya balik keje nanti. Mesti bersemangat dia nak cerita pasal sambutan hari guru kat tadika dia.

Wednesday, May 11, 2011

undang2 itu dan hadiah itu


Fuuuhhhh lega...exam KPSL dah selesai. Arini last paper untuk Undang-Undang Umum.Sememangnya memeningkan. Tapi demi nak capai cita2 dan nak upgradekan diri harus susah2 dulu senang2 kemudian. Baru la hidup lebih bermakna..yer tak...????

Eh??? ada apa kat atas buku tu??? ceh ...ceh... tu la...tu la hadiah dari Iman sempena hari ibu aritu. Kertas biru tu la kad hari ibu dari Iman. Dia sendiri yang create. Kreatif untuk budak yang baru berumur 3 tahun 5 bulan. Mula2 dia amik sticker bentuk love dari buku Upin Ipin. Pastu dia tindih2 jadi 3 dan dia tampal kat buku nota kecik yang saya bagi kat dia. Nak cantik lagi dia warnakan dengan warna biru.

Iman : Ibu, ni ...Iman bagi Ibu. Selamat Hari Ibu
Saya : wah cantik....tima kasih... (masa tu sayu je rasa)
Iman : Iman sambut hari ibu....yeh...yeh...Iman sambut hari ibu...
Saya : (peluk Iman sambil air mata menitis) bukan drama tapi kenyataan
Iman : Ibu, Iman buat kad macam Mei Mei (watak dalam Upin Ipin), Upin Ipin tu takde Ibu sebab Ibu dia meninggal. Iman ada Ibu. Kan Ibu


Iman terpengaruh dengan Upin Ipin. Pengaruh yang membawa ke arah positif. Gelang putih tu pulak saya tak pasti samada teacher buatkan atau dia sendiri yang buat dengan bantuan teacher dia. Tapi cara dia nak bagi saya gelang tu betul2 buat saya geli hati. Belum saya masuk pintu pagar umah MIL saya dia dah jerit nak bagi saya hadiah. Lepas tu suruh saya tutup mata dengan tangan. Konon2 nak surprisekan saya. hehehe...Iman..Iman...perangai dia macam Papa dia. Harap2 sampai ke besar la yer... Ammar masih belum tau apa2 lagi. Dia hanya tumpang sengih sambil tunjuk gigi Usop dia tu : D



Sayang Iman...sejak dah berhenti menyusu ni nampak matang pulak dia. Tiba2 je taknak menyusu. Puncanya saya tukarkan botol susu baru. Katanya puting tu tak sedap. Iman dah nak makan. Apa saja yang dia nak makan saya cuba tunaikan. Ibu sayang Iman : D

Monday, May 9, 2011

selamat hari ibu


Tau..tau.. terlambat nak ucap..patut semalam. Bukan sengaja tapi saya demam. Suhu kepanasan cecah sampai 103 tu....uiissshhh patut la menggigil...nak berjalan pun tak buleh..isk...

Selamat hari Ibu untuk semua ibu2 di muka bumi ini....terutamanya untuk Mama saya dan Mak In Law saya....

Untuk diri sendiri jugak .... dan saya bangga jadi IBU kepada IMAN HADIF dan AMMAR HAZIF...nanti saya masukkan pic hadiah dari Iman dan kad yang istimewa sampai saya menitiskan air mata....sebab apa??? sebab saya tak sangka Iman buleh create kad camtu walau ianya sekeping kertas.....


SELAMAT HARI IBU...HAPPY MOTHER'S DAY.....


note : hari ibu hari ibu jugak...3 hari berperang dengang exam ni.....good luck untuk diri sendiri

Wednesday, May 4, 2011

zaman kanak2 adalah momen terindah

Salam..hai korang...Hari ni saya nak imbas kembali kenangan saya masa zaman kanak2. Memang best masa tu. tak payah nak pikir masalah, takde nak stress. Yang tau pagi bangun tido, gi sekolah, balik sekolah makan, kadang2 gi ngaji balik ngaji main sampai nak maghrib. Itu pun lepas kena jerit dengan Mama. Saya kata KADANG2 gi ngaji tu sebab nak tengok tv atau TERtido..ter yer...hahahah..tapi malas yang lebih. Saya nak stori ni masa saya dok kat Taman Paroi Jaya. Masa tu Mama saya baru lepas cerai dengan Abah makanya Mama bawak la kami pindah ke Paroi Jaya. Kami menyewa kat Lorong ....... (tet...tet.... rahsia) hahaha..hebat sangat ke nak rahsia bagai ; p


------------ *************---------

kawan2

Dulu kawan2 saya terdiri daripada anak2 jiran saya kat situ jugak. Ada yang sebaya ada jugak yang lebih tua dari saya. Antara yang masih lagi saya jumpa ialah Jiji. Dia dok ngan nenek dia betul2 sebelah pagar umah saya. Makcik dia pun kawan saya jugak. Antara kenangan terindah kami bila kami main isyarat ketuk2 dinding bilik. kalau korang nak tau, bilik dia dan saya adalah bersebelahan. So, bila salah sorang ketuk dinding dan sebelah pihak jawab dengan ketuk dinding jugak, bermakna isyarat ajak main kat luar. Nak main jerit2 memang tak best atau dengan kata lain ada saja jawapan tipu pihak dewasa.

" Dia tido la"

atau

" dia tengah buat keje sekolah"

Tak baik ohhh tipu2 budak2 kecik. Bila isyarat dah dihantar, menyelinap la saya keluar. Dulu saya adalah kakak yang kejam tapi sayang pada adik2 - Su dan Yel. Saya tak bagi dorang ikut saya main atau kalau nak jugak join ada syarat. Antara Syarat tu adalah kena kemas umah dulu...hahahaha (gelak syaitan) Padahal Mama dah arahkan saya supaya basuh pinggan atau kemas rumah pastu baru buleh main. Bukan ape korang, saya taknak adik2 saya jatuh atau terjadi apa2 kat dorang. Kang jenuh akak mithali ni nak jawab. Dulu Mama saya garang tau. Mungkin sebab dia la bapak dia la omak. tak banyak cakap hanger je hinggap kat badan : (


Permainan

Uisshhhh...nak listkan satu2 memang banyak dan persoalannya, sudikah korang bace atau korang skip2 je bace entry saya ni. Yer la kan blog tak pemes, tak masuk paper (merajuk) ; p
Dulu saya suka main galah panjang (gambar ihsan google), anak ayam (taktau lama lain), rondes (ejaan belasah), bola cop, baling selipar, masak2 atau mak2, kejar2, datuk harimau, hantu buah, basikal, main dalam longkang tangkap ikan kecik yang macam ikan guppy tu, cikgu2, doktor2, dan banyak lagi la. Alah..macam korang gak. Cuma saya tak main games yang cucuk kat tv tu sebab tak mampu. takat gi umah orang tengok orang main adalah. Sambil tu pasang angan2 suatu hari dapat main gak. Dan sampai umor 31 tahun ni haram tak merasa untuk jadi milik sendiri : ( Dulu saya ada jugak main kerani2...main tulis2 konon2 saya ni kat pejabat. Pakai heel Mama dan henbeg Mama. Tu sebab sekarang jadi kerani...hak...hak..hak...kerani pun kerani la..Alhamdulillah... lagi bestkan, saya main salon2. Korang ada?? hah takde kan. Saya ngan Jiji la. Mula2 dia buat kat rambut saya pastu saya buat kat rambut dia. Pastu feeling comel sambil main basikal pusing satu Taman Paroi Jaya tu. Korang nak tau ke cara dia?? buleh ajo...pasni praktikkan kat umah yer

Cara2 nak kerintingkan rambut secara percuma :-

Bahan2 :-

* sudu / garfu
* dapur gas memasak
* sikat
* getah rambut (pilihan kot nak)

Cara dia senang je...

Mula2 panaskan sudu atau garfu tu kat dapur gas tempat korang masak. Nak pakai dapur kayu macam tak sesuai sebab jenuh tu nak idupkan api. Bila sudu atau garfu dah panas, korang gulung rambut tu sampai la ke hujung sudu atau garfu tadi. Biarkan lama sikit supaya kerinting tu menjadi. Jenis kerinting pun bergantung pada baper lama korang gulung dan baper panas sudu atau garfu tu. Nak kerinting macam rambut tuan hakim kat mahkamah pun buleh. nak kerinting tang ujung aja dan pangkal lurus pun buleh. Ikut suka la.


Huhuhu...faham tak adik2??? senang la. So far, alhamdulillah rambut saya tak rosak dan guna jari pun buleh ; p




Korang...nanti ada episod kedua yer. Semangat nih..ish..tak sudah2 dengan semangat.hehehe..saya mau ke bank jap. Nanti saya sambung lagi kenangan zaman kanak2 saya yer. Rajin2 la klik blog ni. Kot rajin petang kang kot bizi petang ni malam lepas anak2 saya tido. huhuhu...daaaa

Tuesday, May 3, 2011

ke presint 18



Cer teka...cer teka...anak saper yang jadi butterfly tu??? hehehe..poyo kan..main teka teki pulak. Sabtu lepas saya ke Presint 18, Putrajaya. Huh....siap alamat tu. Saya ke umah As sebab nak amik barang. Macam biasa la korang....amik CCPP la. Padahal kat Seremban ada je jual menda alah tu. Saja drama nak jumpa As..syyyyy..jangan bagitau En.Papa yer sebab saya bagitau dia kat Seremban susah nak cari lagipun mahal.Hahaha....bukan bohong sebab dia tau tu alasan je.



Rindu giler dengan As. Dapat jumpa sekejap pun dah ok. Kami tak dapat nak lama2 kat umah As sebab asben dia keje. Tak siok pulak En.Papa takde geng. Dia nak bawak gi lepas rindu dendam pun dah ok. Iman toksah cakap la keeksitedan (ayat ape??) dia bila saya bagitau nak gi umah As. Kemain semangat lagi. Semangat nak berkawan..biasa la korang..Mana nak tumpah kuah kalau bukan ke nasik : )

Cer korang tengok umah As. Cantik dan kemas je. Tak macam umah ada anak kecik. Suka je saya tengok. Ingat lagi masa sama2 keje bawah satu bumbung dulu, sama2 mentelaah buku impiana. Sama2 cari barang hiasan. Sekarang dah tak macam tu lagi. Terus semangat tu hilang. Saya pun dah stop dengan hobi mentelaah buku impiana dan cari barang perhiasan rumah : (
Dan sekarang semangat tu dah datang sebab cemburu tengok umah As yang cantik tu. Cemburu secara sihat la.....


Lepas lepak2 dan bergosip-gosipan, saya ajak En.Papa ke sini (Atas)..... dari dulu dok perati je. Akhir nya sampai jugak. Hehehe...ketinggalan kan. Jenuh jugak nak baca peristiwa2 yang terjadi kat Malaysia ni sampai ke tahun 2000. Saya cuma baca sikit2 je. Kalau korang tanya sekarang kompom hilang ingatan. Dah dimamah usia la katakan ; p



Haip!!!! Jangan pandang perut muncit saya tu.



Agak kebosanan kat situ kami ke Dataran Putra pulak. Saja nak tinjau2 expo ntahapekebendantah. Pandang2 sekali lalu je. Takde nafsu nak membeli sebab cuaca terlalu panas. Sampaikan nak makan pun susah nak pikir. Last2 kami turun kat bawah masjid tu je. Saya makan nasik ayam dan En.Papa makan nasik goreng seafood. Budak2 awal2 lagi saya dah bagi makan masa kat monument tu.Saya bawak bekal sup ikan untuk anak2 tercinta tu. Bangun awal tu wok. Semangat punya pasal. Dalam pukul 3 lebih kot kami gerak ke Seremban dan pada petang yang sama jugak kami terus ke Kuala Pilah, kampung En.Papa bersama-sama MIL. Esok tu ada kenduri. Gitu la aktiviti kami sempena cuti 3 hari cuma hari Isnin je dok kat umah untuk operasi kemas rumah. Semangat mengemas tu datang semula lepas balik dari rumah As ; p

ulangtahun ke setahun

(entry tanpa gambar sebab pakai tenet opis)


Sebelum saya meluah, membebel, mencarut atau whatever yang sewaktu dengannya saya nak ucapkan selamat hari pekerja. Moga korang hepi dengan kerja korang dan jugak amanah dengan tugas masing2.


Harini, 3 Mei genap la setahun saya blah dari Kastam dan join dengan PDRM. Ape itu PDRM...?? ceh..ceh...lagi mau tanya. Semua orang tau la. POLIS DIRAJA MALAYSIA. hmmmm.... dulu tak pernah mimpi atau merancang untuk keje dengan pasukan ni. Mungkin dah tertulis saya akan berkhidmat dengan mereka2 ini. SELAMAT ULANGTAHUN YANG PERTAMA untuk diri sendiri. Semoga bahagia dengan tugas sekarang. buweeeekkkk bahagiakah saya sepanjang setahun saya kat sini..??? kalau saya tau yang saya akan merana takkan saya jejak kaki ke sini. Seriously cakap..memang TAK AKAN... saya bukan saja luahkan kemenyesalan saya ini kat blog ni aja tapi dekat pegawai kaunseling IPK tu yang saya menyesal. Selama saya idup ...31 tahun ni, ini lah pertama kali saya dikaunseling. Wahhh Sabrina kena kaunseling. Huhuhu..kenapa?? tak percaya?? Nampak sangat jiwa kacau : (

Depan Pegawai Kaunselor tu saya menangis... meluahkan apa yang saya rasa.Niat sebenar taknak cerita sebab bagi saya semua orang tak buleh dipercaya kecuali diri sendiri. Tapi macam ditarik-tarik untuk cerita semua tu.Memang tak rancang nak nanges. Bukan lakonan yer!!! Saya hanya berlakon bila nak bodek sesuatu kat En.Papa je..hehehe... ; p
Saya bukan cerewet dengan kemudahan fasiliti kat sini. Memang tak buleh nak compare dengan Putrajaya. Serba serbi mewah. Saya dah sedia maklum kalau balik keje kat state memang ini lah benda yang saya kena hadap - serba kekurangan. Taukah korang, bilik yang saya duduk ni takde air-cond?? hahaha..selama kat Putrajaya bersejuk siap pakai stokin tapi kat sini rasa nak nak berkembang je masa sepanjang kat opis. Bila ujan, saya la orang paling gembira. Tapi bila musim panas, saya la paling sengsara. Nak melaram pun kena pikir : (
untung ada kipas kecik ni. kalau tak... bersauna sepanjang masa.

Lupa kan dulu hal kemudahan atau kemewahan. Tu kena redha yer...jangan banyak songeh.

---------------------------************************ ------------------------

Macamana eh saya nak explain pasal ketidak hepian saya tu??? Serba salah pulak. Takpe la taknak citer biar menjadi misteri kat korang..eceh...hahaha..jangan marah yer. Kat sini saya tak jumpa lagi kawan sama2 nangis...sama2 ketawa..sama2 perabih duit.... yang macam As. Ada yang rapat dan buleh simpan rahsia ...dia adalah Ain. Setakat ni kami buleh berkongsi cerita cuma hubungan kami tak macam antara saya dengan As. Mungkin masih baru lagi.

-------------------------- ************************ ------------------------

Entry terpaksa saya stop dulu sebab saya baru dapat tau cuti saya dibatalkan. Saya nak cuti on 13th ni sebab nak gi jalan2 dengan my darling, As. Hampeh je..ikut rasa..nak je carut2 kat sini tapi saya ada tatasusila lagi. Ada ke patut suruh saya batalkan exam. Apekehei le pulok.. Dah tentu saya nak exam. Sesuka bagi arahan. Otomatik mood ilang. Ta caya sok, hari exam bertalu telefon berdering dan sms masuk. Macam la saya pegawai.Dah macam takde orang lain selain saya. Kalau orang lain cuti, ada saya kacau??? sebuleh-buleh saya settle sendiri keje tu kecuali orang atasan memang nak orang yang sedang bercuti tu. Korang, ini la antara penyeksaan yang saya alami selama setahun. Tak tenteram langsung. Kalau ada orang lain pun, harap je gaji besor, tapi keje macam hampeh.PAR pun tau buat keje tau. Haha..kata nak rahsia kan dah terbukak. Manusia ni, bila amarah dah menguasai diri terus terbukak semua yang nak dirahsiakan. Huhhh... Ya Allah bagilah kesabaran kat hambamu ini T_T

makcik bawang