Friday, December 30, 2011

bila saya cuti

Semalam lagi saya dah start cuti
dan biasalah korang kalau tak gi cuti2 Malaysia ada je benda2 nak dibuat
selain dok settle yuran dan buku sekolah Iman saya gi settlekan duit2 raya dorang untuk tahun ni..hahaha...dah nak masuk tahun 2012 baru sekarang nak gi nyimpan
kalau la si maling2 (pencuri) tau takkan dorang lepaskan peluang
uiihhhh simpang..mintak dijauhkan
pegi la umah orang lain yang jauh lebih kaya dari saya, umah yang bertingkat-tingkat tu
keta dok menjalar tu...fuhhh..jauhkan


Sekarang ni dah selamat la duit raya budak2 ni
saya bahagikan untuk simpan di bank,tabung haji dan bukak akaun SSPN
demi masa depan
duit untuk belajar bukan nak menjoli
amaran ni..amaran...




Settle semua gi Tesco pulak beli barang dapur
Ingatkan bila pegi time semua orang bekerja takde la ramai orang
rupanya sama je....dorang pun amik cuti kot



Nak manfaatkan cuti supaya tak abis macam tu je saya bawak la anak2 ke city park
macam biasa la kalau ke city park mesti la aktiviti nak menggemukkan ikan2 tu
yang herannya tu, tak kenyang2 eh ikan2 tu
bayangkan kalau ada 50 orang dok lempar roti atau makanan ikan
uiiihhhh mau 10 hari tak payah makan
tapi ikan2 tu tetap nganga je..dasar makan tak baca bismillah



Walau pun saya cuti tak bermakna saya nak rajinkan diri untuk kemas satu umah
yang penting bagi saya tak bersepah dan tak berlendir
entah kenapa malas betol nak menyapu atau mop lantai
doa2 jangan la ada orang nak menyinggah, kan
kiranya bila cuti segala-galanya la cuti termasuk masak
eh tapi arini saya rajin sikit
ada jugak la masak untuk bekpes dan lunch
kalau semalam hanya menapau je


dek semangat yang berkobar-kobar untuk menyelimkan badan
petang tadi saya ajak En.Papa gi jogging
biar gasaklah dia nak gelakkan saya
janji saya kena buktikan yang saya buleh selim melim macam Selena Gomez
kah kah kah...harapan tinggi melangit tu ; p
hah jangan tak tau dah 3 malam saya nak dinner tau
harap2 berjaya la sebab saya ni semuanya separuh jalan
bila ada orang kata saya ok bile berisi mula la luper diri
dan bila ada orang tanya soalan kejam mula la tanam azam
last2 hampeh.....


hmmmm ...esok tak plan nak buat apa lagi
yang pasti saya tak bercuti kemana-mana pun
takat berjalan sekitar Seremban je
tapi En.Papa dah janji, tahun depan dia nak bawak ke satu tempat
hehehehe....i like...nak kumpul duit sendiri sebab buleh membeli sambil membelah
ok..saper nak facial atau urut meh datang umah meh..akak nak kumpul duit ni
nak gi jalan2 ni : )

Thursday, December 29, 2011

petua untuk semua

Saya nak share petua pulak
asik citer pasal xtvt je kan
muak pulak
meh share meh
sharing is caring ; )


Kalau sakit tekak

~ campur air suam dengan garam. Kumur dengan air garam ni sebelum tido. Insyaallah sakit tekak akan kurang



berseri tak muka saya??? eheh..wink..wink


serikan wajah

~ campurkan kunyit yang telah ditumbuk halus dengan sedikit garam dan sesudu perahan limau nipis. Gaulkan kesemua bahan dan gosok kat muka sampai rata. Korang buat macam skrub. Amalkan 3 kali seminggu. kalau nak result yang wow korang datang la umah saya..buleh facial..hehehe *sempat berbisnes



model free je

hilangkan selsema bayi

~ korang mesti tensen tengok anak selsema, kan?? jadi comot pastu merengek je. Ni ada petua...tumbuk 2 biji bawang merah dan sedikit lengkuas. Letak sikit minyak masak. Then sapu kat ubun2 secara membulat. Moga anak kita sembuh



selamat mencuba kawan2 : D

Wednesday, December 28, 2011

jemput makan


Roti telur hasil air tangan En.Papa
yummmm....yummm..
jemput makan semua....

seniman bujang lapuk dan persahabatan

Isnin baru2 ni....ala 2-3 hari lepas la..saya tak tau nak tengok channel mana
tekan tv3 macam tak best
tekan astro asyik ulang yang tu je
nasib la Iman takde kalau tak...kartun manjang
pagi kartun, petang kartun,malam kartun
hangin satu badan
esok (29/12/11) saya cuti dan saya nak ke astro untuk potong channel kartun
tak buleh jadi sebab sepanjang hari dok ngadap 612,613
minggu depan dah start sekolah
kali ni tak kasi can punyer

ok..ok... dah membebel pulak
tekan tv2 sekali ada seniman bujang lapuk
filem2 P.Ramlee ni memang tak lapuk dan langsung tak membosan kan
dan...tahukah korang bahawasanya...dah beratus kali tengok *kena kata beratus kang kata beribu nampak penipu ; p
baru saya perasan yang filem ni mempunyai nilai2 moral yang saya tak perasan
tak tau la korang
saya ni ada masa memori laju ada masa slow
memang dalam filem ni dialog dia banyak yang tak sesuai untuk anak2 baya si Iman atau Ammar tengok tapi rupa2nya ada nilai2 murni yang susah kita nak jumpa sekarang ni
erti sebuah persahabatan
kalau korang perasan, bujang lapuk ni sanggup susah sama2 senang sama2
paling saya suka tengok tang part si Aziz dan Sudin tunggu Ramlee untuk makan
Si Sudin memang dah tak sabar nak cekik roti tu tapi Aziz kata kena tunggu Ramlee jugak
Masa tu Ramlee gi dating ngan cik Salmah
mungkin instict seorang kawan atau sahabat tu, Aziz ajak Sudin gi cari Ramlee
rupanya Ramlee dah kena debik dengan samseng kampung dusun
dan akhirnya dorang makan roti tu sama2



banyak lagi sebenarnya part2 yang menunjukkan nilai persahabatan
korang gi la tengok sendiri
hihihi..dasar malas nak taip



untung kan dapat kawan macam tu
jujur cakap...As la kawan yang saya rasa macam Sudin tu
kat sini...??? hmmmm....Indah..walaupun dia outspoken tapi dia tak pentingkan diri sendiri...ni jujur ni bukan nak bodek ke haper
mula2 kawan dengan Indah saya macam tak buleh masuk dengan dia sebab dia jenis terus terang tapi lama2 saya dah buleh masuk dengan cara dia
lain2 tu tetap kawan saya dan masih buleh dipercayai
Ain,Lia,Bery dan Mek
tapi...tiada yang macam As
As..i lebiu...hahah tetiba
*psstttt As...bile nak gi soping...???


yang penting kan, takde kawan makan kawan
takde kawan pau kawan
takde kawan yang bermulut longkang atau pentingkan diri sendiri
kalau saya jumpa....bolayan...

Monday, December 26, 2011

boring



Boring nyer....
Iman ikut uwan balik K.Pilah
En.Papa gi main motor
Ammar dah tido
so..... saya rasa saya nak gi ternak lemak jugak la (tido)


reunion di kenduri

Merry Christmas kepada yang menyambut
cuti 3 hari korang ke mana??
semalam 25hb saya ke Paya Rumput, Melaka
ada jemputan kawen Puan Waney
opismate saya masa kat Kastam dulu



cantikkan...????? i like pepel



BFF Puan Waney semua yang berbaju pink
dan akhirnya dapat jugak saya ke majlis Puan Waney ni sebab mula tu macam nak kenselkan aje
yer la, En.Papa demam sampai sakit2 sendi
kesian tengok keadaan dia
tapi dia tau...bini dia takkan mengalah kalau majlis2 yang kena mengena dengan kawan2 kat Kastam dan kalau kejap2 tanya "abang ok.." atau "larat ke?"
itu semua pertanyaan berunsur propa
hahaha....
eh..i ikhlas hokey
kawan buleh dicari tapi laki yang berkualiti susah tau....



hepi sangat2 dapat jumpa kawan2 saya ni
pengantin pun sama cantik dan sepadan
tak sangka Puan Waney ni jumpa orang Kastam jugak



keadaan saya yang terkini... : (
gemuks dan tembamss.....oh nooooooooooo!!!!
masa menepung tawar pengantin ada soalan yang hampir buat saya pitam
"kak ina mengandung yang ke-3 ke???"
huwaaaaaaaaa....*nanges



lepas ni saya berazam nak turunkan berat badan dan taknak makan banyak2 lagi
hmmmmm.....yer ker?????

Friday, December 23, 2011

sebab2 saya dah lama tak update

Nyampah..nyampah...*tumbuk2 meja * tipu
dapat upload ni je
lain2 gambar harap mahap ye anak2
korang tengok yg ni je

gambar saya tak bertudung tapi secara sipi2
sejak dah tua ni malu la nak letak gambar tak bertudung
takut orang samakan saya dengan Selena Gomez.....
OMG pempuan perasan ni....
hikhikhik.....


Saya tak update sebab saya bizi dengan study saya
belajar kelas kecantikan tu pun study gak kan
walaupun bukan dalam peringkat PHD ke haper tapi sekurang-kurangnya untuk menambah ilmu pengetahuan dan duit...D.U.I.T..tu yang penting


Nasib ada gambar sebagai bahan bukti
kalau citer je macam penipu je kan
Saya amik kelas SPA dan kecantikan yang merangkumi...*hohoho ayat aku
ada belajar tentang facial,make-up dan urutan terapi SPA
dan sekarang saya dah start bisnes secara kecil-kecilan
kadang2 saya ke rumah customer dan ada jugak customer datang ke rumah
boleh la korang duit untuk simpan dalam tabung
lagipun saya suka belek2 muka orang walaupun muka sendiri pun tak terbelek : (



Ini kawan2 yang sama2 belajar dengan saya
Ain pun belajar jugak tapi masa ni dia tak mai kelas
dorang ni semua dah ada bisnes sendiri kecuali saya yang berstatus kakitangan gomen
mak andam pun ada tau
cikgu saya yang baju kuning tu


Nanti kalau saya free saya tunjuk kan SPA mini yang saya buat kat rumah eh
hihihi...excited tau
dan jangan tak tau pulak yang En.Papa adalah regular customer saya
walaupun laki sendiri, dia tetap kena bayar kat saya
dasar mata duitan, kan : )


Sesiapa yang duduk area Seremban kot2 nak guna khidmat saya belek muka korang boleh la PM saya...harga tak mahal pun sebab ini baru permulaan
lagipun, saya belum ada kedai lagi
dan khidmat saya setaraf dengan spa2 kat luar tu...cewahhhhhh
: )

Thursday, December 22, 2011

Selena Gomez & The Scene - Love You Like A Love Song



Keje banyak tapi abaikan
nak layan SG jap
SG - Selena Gomez dan serta merta nama saya ditukar ke SABRINA GOMEZ
hik hik hik dasar pempuan perasan


Comel betul la budak ni..*budak ke???
abaikan kisah dia dengan Justin Bibir tu
kalau orang lain meroyan tengok si bibir saya sikit pun tak heran
yang penting SG


I...I luv like a luv song baby...
I...I luv like a luv song baby...
I...I luv like a luv song baby...

and i kep it in re-pe-pe-peat......

Wednesday, December 21, 2011

kawan baru tempat baru

Rasanya saya tak pernah kenalkan kawan2 baru kat J ni kan
J tu makna dia..JENAYAH
yer ...... sekarang saya kat Unit D1, bahagian Jenayah
keje jaga IP a.k.a kertas siasatan
cuma turun satu tingkat dari tempat lama yang memberi seribu kenangan samada pahit atau manis...
Saya akui yang saya memang enjoy keje kat sini
walau kadang2 naik hangin jugak dengan perangai mereka2 yang memeningkan tu
tapi it's better than kat atas nunnnnnnnnnnnn ; p (wah akak gomez speaking london)




Kak Gomez...??? hahaha..tu nanti kita citer yer
sekarang ni citer pasal kawan2 kat Jenayah





Oligoooo...eheh 8 )
Saya dengan Maria..opismate saya kat bahagian Kewangan
beliau sedang membuyung untuk 3rd baby
Februari rasanya due dia
best kawan dengan dia.....dan best jugak untuk bergosip



Ni pulak sebahagian daripada kakitangan dan jugak anggota kat D1
Masa ni ada farewell untuk Aiza (yang pegang kotak hadiah)
tu sebab masing2 dengan baju "keparat" kecuali saya sebab saya ketinggalan info


Nak kata saya terrrrrrlalu enjoy dan seronok kat sini takde la cuma tekanan tu kurang daripada kat tempat lama
bak kata pepatah yang saya cipta sendiri....macamana best pun tetap tak best jugak...
nak tau tak ape yang best tu...??



1. boss yang baik dan saya tak pernah tengok dia marah. Dan sebab dia tak pernah marah la ramai yang buat perangai yang boleh bikin saya hangin. Over kan..?? bos tak hangin saya pulak yang hangin.



2. kat sini kan pegawai ensem2.....hahaha...tak la..ensem lagi En.Papa saya...takat sedap mata memandang je.....gatal ko nyah ; p


3. keje sentiasa ada dan kadang2 je saya dapat termenung sambil berangan. Dalam erti kata lain ada je keje selagi orang jahat tak isi borang opsyen pencen


4. Kat sini minda saya terbukak. Banyak benda saya dapat belajar dan tahu.Saya kan kepochi. Contoh macam ni la..kat surat khabar tulis lain tapi hakikatnya gini..gini citer nyer..hebat tak saya...???tapi tu rahsia....syyyyyyyyyyyy


5. hah satu lagi duit tak banyak sangat mengalir sebab bos dan pegawai sudi sponsor. Bukan rasuah eh..kang SPRM kejar saya..maksudnyer tu dorang belanja la. Kerani macam i ni kan gaji sikit.Tapi demi Allah saya tak pernah pau suruh dorang belanja sebab nanti kan bila kita pau je mesti dorang suruh buat keje lebih. Tak nak la...


Hmmmm..takat tu je la kebest'an' kat Jenayah ni
Tapi kalau dibagi peluang,saya nak keluar dari sini jugak
*JPA..sila alert..huhuhu

Monday, December 19, 2011

tolong dengar rasa hati saya

Benda ni bukan salah saya
saya benci bila orang tak nak dengar penjelasan saya dan tetap nak salahkan saya
dah puas saya saya terangkan tapi polis ni tak nak dengar penjelasan saya
saya perlukan seseorang untuk saya luahkan semua ni
air mata dok bertakung dari tadi tunggu masa nak turun ke pipi

(akal)
come on Sabrina.....ko dah 31 tahun
takkan kena tengking sikit nak nangis


(hati)
tapiiii...ni bukan salah saya

(hakikat)
tolong..tolong la
saya benci keje dengan polis
saya menyesal masuk PDRM
saya nak keluar dari sini
saya bukan OKT atau OYDS yang nak ditengking sesuka hati untuk mengaku satu kesalahan
saya takde kawan menangis macam saya dengan As...
As...tolong akak
kat sini ramai kawan ketawa je...help me..


akhirnya....air mata gugur jugak......T_T

Sunday, December 18, 2011

relaksnyer beliau



Wahhhh relaks nampak...???
Kalau tak, kejap ke belakang kejap ke depan
tak cukup tu main dash board
muak main dash board main radio
agak2 bosan melalak



thank u Upin & Ipin sebab jadi penyelamat
lepas ni Les Copaque (ejaan belasah) buleh panggil saya untuk watak jiran Upin sebab saya dah hafal dialog dorang.....hahaha
tak pun jadi waitress kat warung uncle Muthu pun takpe..janji glemer ; p

Friday, December 16, 2011

bila ibu jadi teacher

Ni buku Peter and Jane siri 1a dan 1b


Phewww...berpeluh dahi semata nak siapkan entry ni....Biasalah korang, line macam $^@#%^
Sekarang ni musim cuti sekolah dan waktu ni untuk Imanberhoneymoon...Tapi tak semestinya sepanjang sebulan cuti ni dia nak honeymoon aje...huh cannot anakku...cannot
dan sebagai omak yang cemerlang,gemilang dan terbilang haruslah buat yang terbaik untuk anak dia
Kita usaha dan selebihnya biar Allah yang tentukan
ye tak....???


Tugas saya cuma pantau dan betulkan bacaan Iman
selalunya sebelum start sesi pembelajaran mesti Iman warning saya macam ni....

"Ibu jangan marah Along tau..."

Mula2 tu memang la volume ditahap yang paling rendah
tapi masuk muka surat 3,4 dan seterusnya otomatik volume jadi tahap yang maksima
terkebil-kebil dia tengok setiap huruf
sampaikan IT jadi IS......DOG jadi TREE
huhuhu...nak gelak pun ada tapi simpan dulu sebab nanti dia main2




selalunya dia akan baca selaju yang buleh sebab nak cepat abis
bila di muka surat yang akhir je dia mesti bagi alasan yang paling baikkkkkkkkkkkkkkkkk punyer.....

"Along rasa mengantuk la bu..."

wahhhhh...kemain, time belajar mengantuk lepas simpan buku terus cergas lari keliling rumah
kesian punyer pasal saya biarkan la, takkan nak paksa pulak
kang tekanan perasaan pulak budak tu


sekarang ni Iman dah start saya antar mengaji
itu pun dia mengaji dengan uwan dia
saya ni bab2 mengajar memang kurang sabar
bukan sebab Iman lambat "pikap" ke haper tapi dengan budak2 kan ada cara dia
dah tentu la bidang ajar-mengajar ni bukan bidang saya
takat sikit2 tu buleh la
nak perfect macam teacher kat tadika dia tu mustahil


alhamdulillah Iman dah hafal Al-Fatihah walaupun pelat dan ada 1-2 sebutan tu yang tak betul
Mengira pun dah buleh, A-Z pun dah hafal
mengeja pun buleh la sikit2 walau tak seperfect mana
tapi tahun depan dah 5 tahun dia tak buleh main2 sebab nanti ada exam
kalau buleh sebagai Ibu, saya teringin tengok anak saya naik pentas amik hadiah
tak kira la dapat no terbaik dalam exam atau murid yang paling banyak membaca
KALAU BULEH.............. doa Ibu kan makbul....

Thursday, December 15, 2011

kalau tak kempis tak tau la




Semua dalam satu kotak. Kalau tak kempis jugak perut ni tak tau la habaq lagu mana lagi. Duit dah dilabur tapi usaha ala2 pun tak guna jugak. Dok sauna perut kadang2 tapi makan tak beringat pun tak buleh jugak kan??? kan???








ini gambar secara zoom tau. Perut saya idak ler besar macam gitu ghupernya.






Ini yang sebenar. Saya beli melalui As. Dan korang buleh pilih samada nak sauna pant atau sauna belt yang macam saya ni. Mengikut kata As, ada perubahan terhadap diri beliau dan mungkin jugak beliau pakai sauna pant. Dan kalau korang terlebih duit tu buleh la beli sauna yang yang ruper korang dah ala2 kura-kura naik perahu : )








note : entry ni dulunya draf sebab malas yang melampau dan baru arini saya publish untuk tatapan umum
...maafin guwe T_T (Korang paham ke ayat makcik sorang ni)....






jom naikkan trafik blog


Kata nak aktif balik dan bila dah aktif kena la usaha keras sikit untuk naikkan trafik
Kalau korang pun nak naikkan trafik klik sini > > > SINI
tapi kot kalau dah rasa trafik dah mencanak-canak ngalahkan polis trafik tu tak buat pun tak pe
i tak marah noks.....


*selamat berkenalan kawan2 baru.... : )

happy birthday sayang!!!




Happy birthday sayang..arini genap umur Iman Hadif 4 tahun.
Dah besar pun anak sulung saya ni
makin panjang akal pun ada, dan makin banyak soalan yang kadang2 tak terjawab dek akal saya ni
Iman...... semoga Iman jadi anak soleh, bijak dan berjaya di dunia dan akhirat
Ibu, Papa, Angah (Ammar) dan semua orang sayang Iman
mmmmuuuahhhhhh





*tetiba jadi sebak..memang dasar ratu air mata ; p

nak aktif



Salam.....ada orang x????

hehehe....saya nak aktif balik jadi blogger walaupun bukan blogger tegar tapi saya cuba jugak

nak reka ayat2 power pun dah macam terlupa

korang pun rajin2 la jenguk blog ni eh...anggap arini ari pertama saya untuk tahun baru hijrah ni

ape2 pun wish me luck bebeh...and welcome to my blog......bye

makcik bawang