Friday, July 27, 2012

belum lagi

Salam...

Dah masuk Ramadhan yang ke-7 pun, kan
ingat lagi tahun 2009 saya berpuasa dalam keadaan mabuk yang teruk
teruk sampai berat badan turun mendadak
bayangkan dari 58 kg ke 49 kg
banyakkan...???
masa tu saya mengandungkan Ammar
memang dugaan masa mengandungkan Ammar
masuk wad sebab mabuk yang teruk
kena marah dengan doktor sebab doktor anggap saya sengaja nak mabuk
kalau surat arahan masuk wad tu tok sah cakap la
saya abaikan aje sebab masuk wad ke..dok umah ke...sama saja
tapi dalam dok mabuk tu saya cuba insafi diri
cuba positifkan diri
orang kata tak baik time mengandung kita merungut-rungut
nanti perangai tu turun kat anak yang kita kandungkan tu
sebenarnya Allah nak uji kita
ada hikmah tu....

Ada orang time mengandung takde alah ape2 pun
tapi time nak lahirkan hanya Allah je tau
kiranya bahagian masing2 la
senang tang ni susah tang tu
dan bila mengandung tanpa masalah lain tu, bersyukur la
macam saya ni dah la mabuk.. ada fibroid lagi
tu time Ammar
belum dikira time mengandungkan Iman lagi
dengan ciken pox nyer la
macam2 dugaan la mengandungkan budak 2 orang ni


Alhamdulillah dalam dok mabuk la, fibroid la..Allah tolong saya masa lahirkan Ammar
senang sangat nak lahirkan Ammar
dia lahir secara normal tanpa forcep atau vacuum
pagi tu masuk labour room, pagi tu jugak saya bersalin
takde masalah macam uri lekat ke,  atau pendarahan macam doktor selalu cakap masa saya buat check up
Ammar lahir pun dengan berat 3.2 kg dan dia comel sangat masa tu
hehehe... saper lagi nak puji kalau bukan Ibu dia, kan
ingat lagi masa Ammar keluar je nurse yang sambut Ammar kata...

"lawa anak ko.." (lebih kurang la ayat dia)

Masa tu berbunga-bunga kat hati ni
bila nurse puji anak saya
tengok Ibu la kan...... *huh



Ammar masa lepas keluar dari labour room


dalam dok susah mengandungkan dia... ada kesenangan disebalik tu
:  )

tadi... masa saya baru lepas solat Zohor kat surau saya borak2 dengan kawan saya
dalam dok borak tu terselit la soalan bila lagi nak no.3
katanya mana tau dapat gegul pulak
saya tak amik hati pun sebab dah biasa dengan soalan tu
dan jawapan saya senang aje....

BELUM LAGI

BELUM READY

pastu sambil melawak saya kata la....

"nanti kalau aku mabuk ko nak jenguk aku kat spital tak...?? ko kena bawak makanan yang best2 tau"

hehehe..dia gelak aje

pastu saya kata la... biarla dulu sebab saya nak besarkan Iman dengan Ammar dulu
kesian dorang kalau dah adik kecik mesti kurang dapat perhatian
nak pulak time Ibu dorang mabuk
zaman sekarang ni yang penting KUALITI bukan KUANTITI
nak pulak macam2 kes saya tengok kat IPD ni
semua nya kurang didikan agama, keluarga yang berpecah belah
isk...seriau u....
  


Tunggu lagi 3-4 tahun lagi baru saya ready nak beranak kecik
bukan menidakkan ketentuan Allah
dan kalau Allah dah tentukan esok atau lusa saya mengandung saya terima
dua orang hero ni pun dah cukup buat umah saya riuh
at least bila saya mabuk Iman dah buleh jaga Ammar dan Ammar pun buleh berdikari
berdikari tu maksud saya amik air sendiri ke, gi toilet sendiri tapi masih bawah pengawasan saya


Sekarang ni seronok je tengok dua2 membesar depan mata saya
ada masa dorang kamcing sangat
ada masa tak buleh dekat langsung
Ammar pun dah petah bercakap
seronok layan dia bercakap walau pelat
haiiii...rindu nya dengan anak2 saya
hehehe...

So....kalau sesiapa nak tau bila saya nak tambah anak, jawapan dia ada kat atas
tapi jangan la kata saya mengandung bila tengok keadaan fizikal saya yang kadang2 mengembang kadang2 menguncup...hihihi..korang pahamkan...??

Thursday, July 26, 2012

alhamdulillah..syukur

BONUS RAYA
KAKITANGAN AWAM DAPAT SETENGAH BULAN GAJI, MINIMUM RM500

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan.
Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan.


Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion.
Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.
Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.


note : thanks PM...setengah bulan pun takpe janji ada


~ ihsan : BH online

Wednesday, July 25, 2012

tak kelam kabut dah

Hye...hehehe.... *sengih macam kerang busuk
dah masuk hari ke 5 kita semua berpuasa, kan
yang tak puasa dok diam tau

Semalam Iman dapat abiskan puasa dia sampai waktu maghrib
Alhamdulillah walau berselang dengan adegan air mata
kelakar pun ada kesian pun ada
tapi yang tak menahan tu lagi 10 minit nak berbuka daya tahan badan dia memang betul2 dah habis
sampaikan En.Papa kena dukung dia sambil pujuk
hehehe...bila time berbuka je nak tadah tangan untuk berdoa pun tak terdaya


Semalam saya tak kelam kabut sebab En.Papa dah beli bahan untuk memasak awal2 lagi dan keluar je gate IPD dia dah ada tunggu saya
jammed pun tak la seteruk Isnin lepas
kira ok la sampai umah pun pukul 5 lebih
itu pun masa masak ada je gangguan dari Ammar
En.Papa tinggalkan kami sebab nak tunaikan permintaan Iman yang nak berbuka dengan nasi ayam KFC
budak2 umur macam tu yang baru nak belajar puasa, kita ikutkan aje permintaan dia


 Kurma ayam kasih sayang.. : )


Sambal belacan..eh tapi saya tak letak belacan sebab En.Papa tak suka belacan
dia takut hidung dia gatal2 so saya gantikan dengan ikan bilis
saya masukkan cili api, cili besar merah, ikan bilis, limau kasturi yang dibuang biji,garam dan gula
blender semua....siap
jadi sambal bilis la, kan

 
sekor ikan pekasam tu saja untuk tambah selera
saya tak letak cili api ngan bawang
biasalah..malas
lepas tu sayur bayam campur ngan carot


dan nasi ayam KFC untuk Iman dan Ammar
kemain laju lagi Iman menyuap nasi ayam dia
yer la..1st time puasa penuh sehari
harap2 hari ni dapat la dia habiskan sehari
dia ada permintaan nak berbuka kat kedai tom yam yang selalu kami anak beranak pegi
bagus anak Ibu..tak payah la ibu susah2 nak bersilat masak
cuma masak untuk sahur nanti je nanti
bayangkan kalau tiap2 hari Iman mintak berbuka kat luar...betapa untungnya saya
hehehehe....*gelak setan
oppsss..setan dah kena rantai la : )

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan Giveaway Lizahanum

Salam semua..salam Ramadhan
percubaan pertama saya untuk cuba join GA ni
masih sempat untuk saya join sebab tarikh tutup pada 31/7/2012
mana tau rezeki sempena bulan puasa


Senang je korang nak join GA ni..

1).Follower dan bukan follower ( nanti bole follow ) bole turut serta * dah follow

2).Buat n3 tentang giveaway ini di blog masing2 dan linkkan dekat komen n3 ini.Kalo tak bole komen,tinggalkan jejak dekat ruangan chat...jgn lupa tinggalkan link untuk dijejaki balik. *pun sudah

3).6 + 3 orang pemenang GA ini dipilih dengan cabutan undi.....CABUT dan MENANG (ikut penyertaan yer) *mintak2 dapat : )

 
4).Bermula 17/7/2012(4.00pm) hingga 31/7/2012 (12.00 am)

 
hmmm..senang je kan...dapat yang besar Alhamdulillah dan kalau dapat yang kecik pun saya terima jugak
semangat ni sebab ni 1st time
korang kalau beminat pun buleh join dan klik kat sini > > >
mana tau rezeki, kan

Monday, July 23, 2012

menu hari ke 3 puasa

Macam yang saya janjikan petang tadi, kalau sempat saya buat entri pasal menu hari ni. Hehehe...Ammar saya dah umpan channel 613. Iman dan En.Papa gi surau. Semua keje saya dah settle kan termasuk iron baju keje kecuali lipat kain. Tiba2 pulak rasa penat ; p

Macamana tak penat, balik umah masak dalam keadaan kelam kabut lintang pukang. Dah macam peserta masterchef pun ada. En.Papa jemput saya dah pukul 5.20 gi kedai beli barang lagi, jalan sesak sebab orang berpusu-pusu nak balik umah, nak ke param. Hadoiiii tu semua la tu..dugaaannnnn....
Sampai umah dah pukul 6.30..memang bersilat la nampak gayanya ni


Ni bukan apron untuk penyingkiran yer...huhuhu
masa masak tu saya terbayang kan Chef Joe dok kata kat saya

"masa tinggal lagi 30 minit.."

phewww....keluar peluh jantan saya...hehehe..Nasib baik En.Papa dah bawak Ammar gi jemput Iman kat umah MIL..kalau tak..kejap2 nak air..kang kejap2 nak viitagen. Mula la suara tarzan saya keluar. Dah kurang pahala puasa saya : )




Lebih kurang 30 minit nak berbuka. Masa ni budak2 kat luar dengan Papa diaorang. Tapi ada jugak iklan selingan nak itu ini. Dengan Papa taknak pulak mintak time saya berpeluh-peluh masa tu la nak vitamin.Hangin je....


Sambal udang hasil air tangan saya. Bukan udang yang size M atau L tau. Tiba2 teringin nak makan sambal udang kertas.Sedap...2 kali saya tambah : D



Sup fucuk + sohoon + carot + telur puyuh....untuk anak2 jugak..senang


3 pieces pisang goreng hasil air tangan MIL..2 anak2 dah makan saya dengan En.Papa kerat 2 je. Janji merasa. Nak buat sambal belacan dah tak sempat itupun masa azan ikan goreng dalam kuali lagi. Tu sebab takde gambar. Walaupun simple saya tetap bersyukur sebab masih sempat untuk masak dan makan sama2 dengan En.Papa. Orang lain entah makan entahkan tidak. Cer bayangkan orang yang tengah2 traffic jammed tu....ishhh kesian....


Esok tak rancang lagi sebab tekak belum mengidam ape2 lagi...hahaha

cerita di bulan puasa

Salam...

Korang puasa tak..??
hehehe..saya puasa tapi takat arini la tak tau esok lusa

hari ni hari yang ke -3 kita semua berpuasa, kan
dah dekat2 nak balik ni rasa malas pulak nak nak buat keje
saya plan untuk menu arini ingat nak masak sambal udang, sup fucuk ke pucuk ngan telur puyuh pastu goreng ikan kot. Yang simple2 aje lah. Lagipun hari bekerja ni baik aygn simple2 je. Puasa pertama saya berbuka kat umah MIL. Tak ramai yang balik cuma family saya dan family Pija je dan ipar2 yang masih bujang je. Iman berjaya puasa sampai pukul 10.30 pagi. Itu puns ebab dia tengok Ammar makan nasik. terliur la kot. Semalam pulak saya berbuka kat umah Mama. Punyalah banyak makanan sebab kami buat potluck. Saya bawak daging masak lemak cili api, bubur jagung dan ikan cencaru bakar (kes tak dapat makan masa kat PD). Lain2 ada kari ikan, sambal sotong, badak berendam. Iman dapat bertahan sampai pukul 12.30 je. Tu pun alasan yang sama sebab tak tahan tengok adik dia makan. Puas saya sorok2 tak kasi dia nampak. Yer la kan kira ok la untuk budak2 umur 5 tahun macam Iman tu. Tapi semangat nak bertawarikh tu saya puji. Kemain lagi dia. Siap tak bagi Papa sembahyang maghrib kat umah. Hmm... semoga Iman kekal macam tu yer, nak.


Opis saya dapat pelepasan balik seawal kul 4 tau. Tapi tu la..kena gilir2. kat pejabat IP ni kami buat cabut undi. Turn saya ari Rabu : (...
Takpe la janji dapat balik awal, kan. Time2 bulan puasa ni saya teringat kenangan masa saya dok berulang Putrajaya - Seremban. Rasa masa tu cepat je sebab keluar opis kul 4.30 lepas tu masa banyak diabiskan dalam bas. Sampai2 sini dah dekat2 nak berbuka. Memang jarang saya masak dan kalau masak pun kalau dapat sampai awal sebab jalan elok clear je. Pastu aktiviti saya dengan As gi jenguk2 jualan Puspanita tak pun gi Alamanda. Bestnya masa tu.. tak rasa penat pun. Masa sahur tadi saya dok menung kat sofa, pastu cakap kat En.Papa....

saya : kalau dulu time ni dah siap2 nak gi keje
En. Papa : a'ah
saya : naik bas terus tido sedar2 dah sampai opis pastu sambung balik. Aritu orang mimpi Abang Mizi, As, Yati...bestnya masa dulu2
En. Papa : kenapa??? nak tukar Putrajaya balik ke???
saya : (hanya diam)


Hmmmm... tak mungkin semua tu dapat saya pusing balik. tapi kerinduan saya kat dorang dah terubat sebab baru tadi dapat cakap dengan As dan Abang Mizi. Saya bagitau dorang yang saya mimpi dorang *sayu
takpe..2 minggu lagi saya nak datang antar kuih raya kat dorang. hehehe....
Rasa macam nak singgah param tapi takut tak sempat. Tekak ni dah terasa-rasa sambal udang saya tu.Kalau sempat saya update malam ni sementara En.Papa gi terawikh kalau tak..sok2 la..kalau tak jugak...tiada lagi la..hahahha


ok la..nak kemas meja pastu nak punch card then..calooo..selamat berbuka semua...

Friday, July 20, 2012

selamat datang ramadhan


Selamat datang Ramadhan..semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu rahmat untuk saya sekeluarga
bersyukur kerana dapat menyambut Ramadhan untuk kali ini
kepada semua...selamat menyambut Ramadhan
jangan ponteng puasa sesuka hati
orang lain tak nampak tapi Allah maha mengetahui
waktu berbelanja kat param tu beragak-agak sikit *pesanan untuk diri sendiri jugak
bersahur tau.....dapat pahal tu
sape tak puasa naik van jenazah..ha ayokkk


note : semoga 'orang atasan' tak mintak reten / laporan yang buat pahala puasa berkurangan..  : D

penat part 2

Alhamdulillah...syukur sangat2 bila dapat siapkan entri ni
cewah..macam dapat siapkan assigment penting je
banyak sungguh dugaan la

Part 1 saya stori yang saya gerak balik lepas jadi pacat, kan
kami gerak lebih kurang kul 2 atau 3
lebih kurang macam tu la
masa balik pun kami ikut jalan kampung
senang dan tak de la nak sesat bagai

Sampai Bagan Serai lepas 2 jam dan duduk sekejap sebab nak tunggu makcik ngan Su siap2
dan petang tu jugak kami bertolak ke Sg. Petani
dari situ kepenat berkali ganda
memang saya tak drive tapi penat asik dok dalam keta aje
kat Sg. petani kami disambut dengan hujan yang lebat
ceh..macam ayat novel pulak....hahahah

tak ke mana2 pun malam tu sebab anak2 saya dah mengantuk lagipun time hujan tak sesuai nak berjalan
takat gi mall ape barang
kat Seremban pun ada
so segala aktiviti akan dibawak keesokkan harinya




Kalau dah bawak Mama confirm tempat utama yang dia pilih adalah Tanjung Dawai
nak memborong ikan masin la, ikan bilis la
kami ikutkan aje
En.Papa dah siap2 beli bekas polistren sebab taknak keta berbau ikan masin
tapi sebelum nak memborong perut anak2 saya harusi dulu sebab ape2 nanti senang
bukan perut anak je tapi perut saya pun harus diisi : )


Alang2 dah sampai Kedah, laksa Kedah adalah satu kemestian
tak lengkap kalau  datang ke sesuatu negeri tak rasa makanan negeri tu
rugi dan itu cara saya la
kalau ke Penang kena rasa laksa Penang atau nasik kandar, kalau ke Kelantan nasik kerabu
dan begitu la seterusnya



Nasi ayam ni pun sedap..nasi dia lembut aje
anak2 saya pun suka



Sambil makan buleh tengok pemandangan laut dan Pantai Merdeka kat seberangnya tu
buleh naik bot kalau nak ke sana
sebelum ni pernah gak ke sini tapi kali ni tak payah la naik bot
kita ikut jalan darat
kira memusing sikit perjalanan nak ke Pantai Merdeka
amik masa setengah jam


kedai no 31 ni murah sikit banding kedai2 yang lain
nak mintak kurang pun buleh
pakcik tu siap cakap kat saya

"nanti crita la kat kawan" (guna loghat kedah)

siap dia bagi free asam jawa yang letak gula lagi tau
saya beli ikan bilis, kopok,satay ikan,beras pulut (untuk MIL) dan jugak ikan pekasam
dapat la sorang sikit
hmmm..cerita pasal ikan pekasam ni..bestnya kalau makan time berbuka nanti
potong bawang besar atau kecik dan cili api
nyummm sedap nye...terliur saya
nasib belum start puasa lagi



masa OTW ke Pantai Merdeka, kami singgah makan buah
nak rasa musang king pulak kali ni sambil makan kat tepi jalan
saya macam biasa..durian tolak ke tepi
saya beli buah dokong yang super manis
(gambar takde)



Mak yong sorang ni tengah peknen
ujung tahun ni due date dia
seronok jugak sekali sekala macam ni
: )

haiiii...tenang nya jiwa dapat tengok laut yang terbentang luas
masa kami sampai keadaan laut bergelora sebab angin tengah kuat
patut hari tu ramai yang berniaga tapi mengikut kata sorang peniaga kopok lekor kat situ
sebelum kami sampai tadi ada ribut sikit tu yang depa pakat tak mau berniaga


dalam hati ni berkata-kata jugak.."janganlah ada tsunami"
hehehe..entah ape2 la



Sebelum balik kami pekena ABC special *mata ke atas
special la sangat
takat tinggi macam gunung Jerai pastu ada ada eskem di panggil special
isi entah ke mana...hurmmm



Bihun sup utara yang ..... ok la...
mungkin kat kedai lain lagi ok kot



untuk pengetahuan korang, ni kali pertama saya jejak kaki kat sini
dulu pun naik bot dari Tg.Dawai tapi tak turun jejak tanah pun
ingatkan macam PD dapat tengok laut sepanjang jalan
rupanya kena lalu kampung dan baru la sampai ke Pantai Merdeka ni
best jugak sebab dapat tengok rumah2 kampung
dan paling best dapat singgah solat asar kat masjid Dato' Siti Nurhaliza ngan Datuk K
pasal masjid nanti dulu yer..

Thursday, July 19, 2012

seafood ke chinnese food

Dua dua jadi pilihan saya sebab saya suka makan
ada yang tengah ganti puasa ke??
sori eh...?? tak sengaja
hehehe
tutup dulu la nanti lepas buka puasa tengok balik blog ni ; )

Lepas besday Ayip Sabtu lepas En.Papa ajak gi PD
dia nak balas dendam balik sebab masa Mama belanja aritu kat D'terapung takde pepahat
kat telinga saya ni dengar nak makan seafood kat Linggi *dasar kurang pendengaran
rupanya kat tempat yang sama jugak cuma bukan kat D'terapung la
sebab kat Medan Ikan bakar MPPD ni ada 4 kedai makanan laut selain D'Terapung
Memandang kan masa kami datang tu malam minggu so ramai la umat manusia kat situ
tapi nasib kami elok sebab ngam2 masa sampai ada meja kosong
mungkin dorang bercuti kot sebab tengok parkir hotel2 kat PD ni semuanya full
satu lagi kan minggu ni dah nak puasa

Masa makan aritu hero2 saya 'pengsan' sebab kepenatan main siang arinya tu
kejut2 pun tak bangun kecuali Ammar yang tiba2 muntah
nak kata mengigau muntah tak jugak
mungkin siang tu terlebih minum ais
hangin je sebab dia muntah atas badan saya
dari tudung sampai la ke t-shirt yang saya pakai semuanya kena muntah
sebelum dia muntah tu saya tak terasa-rasa yang Ammar akan muntah kejap lagi
dan akhirnya memang betul pun
hebat tak naluri seorang ibu...??
hebat kan???
sempat saya bawak lari dari orang ramai sebab takut ada yang meloya bila tengok muntah
nasib la En.Papa ada bawak t-shirt lebih dan saya pulak ada spare tudung
kalau tak...free hair la akak ko malam tu
hehehehe

siap tukar baju basuh2 muka Ammar terus ke meja sebab dah tak sabar nak makan
hehehe...dasar kuat makan
padahal siang tu melantak mee kari ngan satay tak beringat
masa makan Ammar sambung tido balik
hehehe...bagus..anak yang memahami



butter prawn
sedap...


pepahat masak pedas idaman pok cik Hadi
dia minta masak cili api tapi yg ni jadinya
ok la tu....tak la menceceh air liur tu sebab ngidam pepahat


ketam masak pedas gak
sedap tapi tak buleh lawan yang kat Alai



kerang rebus yang konon2 nya nak maintain kan darah saya yang rendah tu
malam tu kami tak order ikan sebab ikan dah licin
yang ada pun ikan siakap ngan kerapu je
saya nak ikan cencaru bakar
aduhhh..terbayang cencaru bakar
ayokkk abis la menceceh air liur saya ni
hahaha....



baju merah ngan tudung kelabu....dah malam takpe
tak payah nak sendondon bagai
kedai ni kan, kalau dari parkir Medan MPPD ni korang gi yang belah kiri
datang awal dapat la semua seafood kat situ kecuali ikan jaws
hahaha..pandai tak saya buat lawak???
gelak la...tima kasih... : )




kat entry pasal Mama belanja makan tu saya tak bagitau pun petanda untuk ke sini
ok kalau korang dari Teluk Kemang atau pekan PD korang akan nampak hotel Costa Rica
dan jalan sikit ke depan korang nampak la Medan Ikan Bakar ni
jalan tu maksud saya drive secara slow la..jangan pecut semacam je
nak jalan pun takde saper marah
ok la tu buleh pecahkan lemak2 terkumpul
hehehe


ok..tamat sudah entri pasal seafood mari kita layan pasal chinese food pulak
keje2 saya dah siap tu sebab saya layan blog ni
sekali lagi pesanan untuk yang ganti puasa..tunggu lepas berbuka tau
huhuhu...

semalam lepas seminar kat Pusat Dakwah, Paroi saya berdating dengan En.Papa
kan status kat FB saya bagitau yang saya ada seminar pagi tu dan petang tu masuk pejabat
dah kat opis takde orang kena la masuk
sebelum tu ajak En.Papa makan dulu sebab nanti bini dia akan merapu2 macam orang meroyan
sebenarnya buleh je makan kat Pusat Dakwah tu tapi saya malas nak beratur panjang
lagipun saya nak kejar masa nak masuk opis
kata kerani tersohor


bincang punya bincang last2 decide nak try chinese food
kalau ikutkan saya memang tekak melayu asli
tapi nak gak try chinese food kat Pak Tam Kopitiam
kami tak cuba banyak menu sebab takut membazir dan mendukacitakan
tetapi...apa yang terkeluar dari mulut ni hanya
"usishhhh sedap nya..sedap kan bang..."
si suami hanya angguk saje sebab takut bini sentap


shark fin tauhu
sedap giler ok
pas raya nak repeat lagi



ini 1st time saya rasa
kalau kat kedai tom yam kailan goreng dengan ikan masin atau belacan tapi ni special sangat
kailan special...nama menu ni
kailan diracik macam bunga rampai dan digoreng garing
sedap sangat..macam seaweed
pastu tabur bilis halus atau bilis geragau



chicken lemon pun sedap
licin tau
tunggu la pas raya ni saya akak ke situ lagi
nak ajak Mek sebab dia pencinta makanan


gambar suasana kat Pak Tam Kopitiam - selepas ini akan disebut PTK
eceh macam dalam agreement lak
PTK ni kat Seremban 2 bersebelahan hotel Potato
kalau saper tau kilang Yakult korang terus je dan masuk simpang kanan selepas pintu gerbang tu
pastu masuk simpang kiri dan kanan semula
kiranya kena tawaf sikit kawasan rumah kedai kat situ
keadaan kawasan tak membangun sangat




sempena bulan Ramadhan ni PTK buka tapi masa saya tak ingat
kang salah info korang salahkan saya pulak
hmmm..ada lagi yang menarik tentang PTK ni
tukang masak dia adalah bekas tukang masak Tunku Abdul Rahman
dia digelar Master Sifu atau nama sebenar dia Sultan Abdullah
orang dia kecik2 aje
kat PTK masakan adalah dalam konsep masakan cina muslim dan gerenti halal
harga pun masih di tahap sederhana
kalau sesiapa pencinta masakan cina muslim jemput mai la cuba masakan kat sini
kalau sedap datang lagi dan kalau sebaliknya itu selera masing2






Wednesday, July 18, 2012

hepi besday ayip a.k.a arif


Hepi besday to Ayip
dah setahun si Ayip
dulu masa sebelum umur setahun langsung tak leh berenggang ngan Mak dia
sekarang dah buleh la bila kita panggil dia datang
sengih2 sambil tunjuk gigi dia tu
kadang2 saya gomol2 dia bila datang geram kat dia
hehehe
kek upin ipin tempah kat Emy


Majlis besday Ayip belah petang
dan memandangkan malam sebelum tu (Jumaat) Iman tido umah MIL tinggallah Ammar aje
kesian dia nak ikut Abang dia
kejap2 tanya "Abang ane??"
"Iman ane??"
"Along ane??"
bila saya kata tido kat umah uwan dia pun nak ikut jugak tido umah uwan
nanti2 lah yer bila Ammar dah besar sikit


Alang2 tinggal bertiga kami sarapan kat luar aje
lepas sarapan kita gi cari hadiah Ayip sambil gi tempah langsir untuk raya
kan saya ada bgtau kat entry yang lepas2 yang saya nak cari langsir raya


nasik lemak takde sambal dengan telor rebus satuuuuu... : )



kat umah dah plan nak kaler lain tapi bila sampai kat Nagoya aje terus tukar plan
orang hati tak tetap memang macam tu
nak pulak Nagoya tengah sale
mau nya tak rambang mata
saya tempah terus kat Nagoya sebab dah biasa kat situ
lagipun kat Nagoya harga upah untuk sekeping hanya RM6
memang kat tempat lain tempah percuma tapi korang kena tau yang harga semeter tu jadi berganda-ganda harga dia
contohnya patut Rm7 semeter jadi berbelas ringgit untuk semeter
so..pandai2 la korang survey2 yer



saya dengan En.Papa sempat singgah kat tempat kami dating dulu2
kami lunch kat Bazaar, Jalan Lee Sam
kalau korang nak tau kat situ la tempat kami selalu dating masa muda2 dulu
macam la dah tua sangat...hehehe
makcik yang jual air kat situ pun masih kenal dengan kami lagi
hohohoho...kira maintain lagi la kan...???



Eh dah melalut pulak
tajuk entri pasal besday Ayip tapi dah melalut ke cerita langsir  dan kisah silam saya
hahaha...saya memang gitu
maafkan saya ye


tak lama lagi Ayip nak dapat adik tau
agak2 girl ke boy???
tak kisah la kan janji omak dan adik dia sihat
bila dah ada adik nanti Ayip tak leh manja lebih2 tau kena banyak mengalah dengan adik
jadi abang yang baik, tolong mak jaga adik


Atok bacakan doa untuk kesejahteraan Ayip dan semua...aminnn
majlis ni untuk adik beradik dan family Induk (mak sedara belah En.Papa) aje
lagipun adik beradik campur dengan cucu dan menantu pun dah ramai
kami semua buleh abiskan semua makanan tu
: )


Besday Ayip 12hb Julai dan Anip 14hb
yeayy..tak lama lagi Anip nak jadi Papa
bertambah la cucu MIL saya
tahniah kat Anip and Ain.... : D



hari2 besday Iman dan setiap bulan jugak besday Iman
over ok Iman ni...dia pun nak potong kek orang lain
kalau kek dia mati2 tak bagi orang lain usik


jemput makan semua


saya dengan biras to be
hahaha...
buleh pulak saya ber 'awak awak dengan dia
macam la muda sangat, kan


ada mi kari ada satay ada naget ada kek gula hangus
citer pasal kek gula hangus ni rasa saya MIL punya yang terbaik
sampaikan Mama saya nak beli kek gula hangus dia
nak pulak time panas2 segar dari oven
pergghhhh....slllrrpppp
nasib baik bukan bulan poser
hehehe


untuk Ayip a.k.a Muhammad Arif ... hepi besday yer
panjang umur murah rezeki
jadi budak baik dan bijak
jangan nanges2 tau
cubit nak...????
hahahaha

makcik bawang