Tuesday, August 30, 2011

Merdekaraya

~ takde gambar ~

Selamat hari raya Aidilfitri maaf andai ada salah dan silap dari saya dan keluarga. Tak luper jugak selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-54 untuk semua rakyat Malaysia. Merdekakan minda dan fikiran kita dan semoga Malaysia kekal aman ...amin...1....Malaysia.... peace no war



note: bersiaran sambil beraya..eheh..

Wednesday, August 24, 2011

hepi besday 2 me


Saya dah tua.. dah 31 tahun. Arini besday saya dan esok adalah enibesari saya. En.Papa adalah orang pertama ucap kat saya waktu sahur pagi tadi. Saya tak kisah walau tak ucap tepat2 pukul 12 tengah malam. Terharu saya...hik..hik...(jiwang lebih)


Doa dan harapan saya semoga hidup diberkati Allah sebab tanpa keberkatan tak bermakna hidup ni dan Allah murahkan rezeki saya dengan rezeki yang halal dari titik peluh saya sendiri. Saya taknak terlalu kaya sebab bila kaya kita akan luper diri dan biarlah cukup makan, cukup pakai. Yang penting bila rasa nak tukar enbeg senang je dapat...hahaha..dasar...


hepi besday 2 me : )


Thursday, August 18, 2011

berbuka dengan kawan2


Mula2 kasi tunjuk gambar merpati 2 sejoli ~ merpati ke??? ; p



Kali ni berbuka dengan kawan2 dari bahagian lain dan ada jugak dari balai2
Kawan2 lama yang sama2 berbuka dengan saya tahun lepas tak join : (
Taktau kenapa atau mungkin tempat ni tak berapa nak standard. Ikut kan hati ni saya nak je pegi bebuka kat tempat2 yang best.Sekali sekala tak salah, kan??? tapi saya kena pikir masalah kewangan kawan2 yang lain. Kot sok sok kalau saya teringin kat tempat yang standard saya pegi je dengan family sendiri.



Tahun ni saya tak uruskan sebab saya dah tukar ke bahagian lain. Makanya saya serahkan kat Ain dengan Bery untuk uruskan dari segi collect duit dan jugak offer kat sesiapa yang berminat. Yang tak berminat tapi banyak cakap kita abaikan aje. Walaupun depa dua yang uruskan nama saya jugak yang terpampang...hmmmm glemer jugak saya ni eh...??? hahahaha


Menu kat sini ok la dan takde la sehebat hotel 4 atau 5 bintang. Dah kata RM15 untuk satu kepala. Memang kena la dengan harga macam tu. Dan saya berharap sangat takde kata2 belakang atau tak puas hati dengan tempat atau makanan kat situ. Hati manusia ni mana buleh nak agak. Betul tak..???



Lepas berbuka terus ke umah Mama untuk amik kuih raya yang kawan2 kat IPD ni tempah. Sekarang tengah bizi mengedar kuih dan mengutip hasil : )


Tuesday, August 16, 2011

rambut gugur?? tiada lagi


Rambut korang gugur tak?? mesti gugur yer tak?? nak pulak yang dah beranak pinak dan bertudung. Dah macam2 syampoo yang saya gunakan kan. Asal ada produk baru yang buleh merawat rambut gugur mesti laju je nak beli.

Aritu la masa jalan2 kat KM Plaza sambil survery baju raya terus singgah kedai jamu. Tanya2 terus dorang promot minyak rambut ni. Dah 2 minggu saya pakai, so far keguguran tu dah berkurangan dan mak sukerrrrrrrrrrrrr...makanya...keguguran...???? tiada lagi...


sekian, duta minyak rambut jenama Hanim ; p

seperti yang dijanjikan...


Tadaaaaa............. ni la gambar2 yang sempat saya snap khas untuk blog ni dan jugak sebagai bahan bukti ...eheh.... Nak snap banyak2 tak dapat la sebab korang pun paham kan mana nak bawak anak lagi nak pilih barang lagi. Tu belum lagi tokey kedai dok memfollow saya dari depan ke belakang dan dari belakang ke depan.


Kami kat NIlai3 tu idak le lama mana pun. Sbeab dari umah dah set nak beli ape..nak ke kedai mane.





Tahun ni tema saya adalah pasu memasu....erkkk...??? hahaha...taknak beli bunga bungaan sebab payah nak jaga..nanti bila spiderman buat sarang nak bersihkan lagi tu belum lagi habuk semua. Uiissshhhhh cukup malas nak cuci. Korang tengok cantik tak pasu tu..??? ok la kan?? Murah pun yer..kalau berhabuk pun just lap je... : )




Dalam plastik putih tu ada karpet jugak dan idea beli karpet memang takde dalam diari saya sebab tu keputusan last minute. En.Papa yang cadangkan dan dia yang keluarkan fulus dan sebagai isteri yang taat saya menurut saje...hehehe...



Ok..itu saja laporan ke Nilai 3..selamat hari raya.. ; )

















Monday, August 15, 2011

pra kata ko!!!

Gambar takde buleh tak???? buleh meh..??? malas nak cucuk sana cucuk sini...hehehe
Nak cerita ni..2 haris ebelum semua umat islam menyambut Ramadhan saya terus memaksa..ceh ayat memaksa ...En.Papa supaya bawak saya ke Nilai 3...kalau tak bawak mak sentap tak mo masak untuk sahur...hahaha...


Kena la pegi sebelum puasa cek oiiii..kot pegi time puasa mau lidah terjelir sampai ke lantai kedai karpet Pakistan. Tu belum lagi 2 hero buat ragam. Mau terbatal puasa terus laju pegi medan selera Nilai 3 tu...eheh...*alasan


Ada la 2,3,4 barang saya sempat borong kat Nilai nun..nak cerita lengkap gambar nyer nggak ada..camno??? Tunggu la yer...


Eh..eh..dah pukul 5..mau pulang la..arini turn saya balik kul 5 tau..depa kat sini dah balik dulu. Arini jugak saya tak masak sebab penat tahap gaban. Bukan sebab bonus tau tapi memang penat sangattttttttttttttttttttttttttttttt...hah panjang kan 'T' tu..tu tandanya saya memang tak larat..dasar....dasar lembik...

Wednesday, August 10, 2011

berbuka di rumah mama


Letak gambar budak 3 orang ni dulu yer. Malas nak susun gambar. Bulan poser kan..nak scroll mouse tu macam tak terdaya je...hehehe..alasan.



sepupu saya yang malu2 kuce (kucing). Dia praktikal kat KL dan alang2 dah jadi perantau di kota ni kena la menumpang kasih kat umah sedara sendiri...hahaha...ibarat pandang muka mama saya terus terignat muka mama dia..ha gitu la lebih kurang




Makcik ni yang keletihan sebab jadi tukang masak. Saya pun masak ape cuma masak kat umah sendiri la.Lepas tu bawak ke umah mama. Senang...Ala..dia berlakon je letih padahal....hehehe (gelak katup mulut)




Ada sup tulang..Mama yang masak..sedap tau..tulang yang besar gedabak tu saya ratah sorang2. tamak, kan???





Jeng..jeng...ini la masakan saya...siakap macam2 rasa...sedap dan habis tau. hihihi...up kan diri tak salahkan...??? ; p





Dah siap terhidang...nasi satu termos tu. Best jugak dapat berkumpul ramai2 walaupun adik beradik saya cuma 3 orang je. Kat umah MIl pun ada cuma takde gambar sebab saya segan dan hormat FIL saya. i kan pemalu ; p

Kalau kat umah mama saya tak la segan sebab tu umah mak sendiri. Nanti la kot2 dapat saya curi2 snap masa berbuka kat umah MIL saya try ek..jangan nanges ok...Selamat Berbuka...

Tuesday, August 9, 2011

menemani beliau menikmati supper


Kesian nya la anak bujang saya ni. Kurus je...hehehe....bila datang angin dia nak makan kena la saya layankan walaupun masa tu dah pukul 11 malam. Kang tiba2 dia mintak roti sapu jem strawberry kena la saya buatkan. Tu pun kalau semua bahan ada kalau takde kena pulak susun ayat pujuk dan tabur janji manis kat dia.



Masa ni Iman nak makan biskut cicah air teh 'o'. Berselera sungguh dia... : )
Untuk pengetahuan korang, time ni Ammar dah tido dan En.Papa pegi tarawikh. Saya pulak pantau Iman sambil baca novel ; p


main bunga api


Puasa tahun ni saya rasa meriah sangat. Sebab ape?? sebab saya ada 2 hero yang menggamatkan suasana. Semalam lepas En.Papa hantar saya balik rumah dia keluar balik untuk jemput Iman kat umah MIL saya. Tinggal la saya berdua dengan Ammar untuk siapkan juadah untuk berbuka. Semalam menu simple je - sambal sardin, kobis tumis air...simple sangat sebab dah jenuh mikir nak masak ape. Iman balik je terus tayang kat saya dia ada bunga api dan mercun pop pop. Katanya Atuk dia belikan kat pasar malam. Mungkin kat Param kot. Dek kerana semangat nak main bunga api makan pun kena paksa sebab kalau ikutkan hati dia time tu jugak nak main bunga api.


Malam lepas Isyak En.Papa temankan dorang main bunga api dan malam tadi jugak En.Papa tuang sembahyang terawikh : )



Ammar hanya dibenarkan main mercun pop pop je



Hanya kami anak beranak je yang gamatkan lorong umah kami tu. Jiran2 lain semua dok berkurung dalam umah. Dah dekat setahun saya pindah kat sini, saya masih belum kenal lagi kesemua jiran2 saya. Hanya 4-5 bijik umah je yang sudi bercakap dengan saya. Yang lain tu buat hal masing2. Ada tu bila kita senyum angkat tangan terus buat muka sombong..elehhhh tak heran la...opppsss puasa...hehehe



Tengah seronok2 main bunga api tiba2 kaki Ammar terpijak bara bunga api..ehhh bara eh??? hentam la tapi yang pasti ada bara kecik jatuh dari bunga api yang Iman main tu dan Ammar terpijak...berlubang kaki pakcik kecik tu. Terus nanges sambil ngadu "atit...atit..."

hahaha so comel je bila dia cakap gitu. Korang nak tau, Ammar dah pandai cakap sikit2. Nanti ada entry pasal dia ye. Tapi kan, perkataan serik tak ada dalam diri Ammar. Lepas je En.Papa letak minyak gamat terus dia menggasing. Tahukah adik2 makna menggasing??? hmmmmm dia jadi lasak semacam. Macam takde ape2 terjadi...dan nampak gayanya lepas ni main mercun pop pop je la...

Thursday, August 4, 2011

saya sayang kerja saya





Saya memang betul2 menghargai keje saya sekarang ni. Saya jugak sayang dengan keje saya. Walaupun hati saya tak sepenuhnya buleh terima tempat sekarang tapi saya kena jaga periuk nasi saya.





Mungkin orang2 yang buat keje sambil lewa atau main2 tu senang kot perjalanan hidup dorang dan sebab itu jugak buleh buat apa saja mengikut kata hati. Saya...???? perjalanan hidup saya tak sesenang mana pun. Nasib saya tak sebaik orang lain yang dapat melangkah kaki ke Universiti atau paling koman ke Politeknik. Saya hanya dapa belajar di kolej swasta je. Itupun duit register saya guna dengan duit hasil keje kilang. Walaupun saya tak dapat melangkah kaki ke menara gading tapi alhamdulillah hasil keje saya macam orang ada degree. Bukan nak membangga diri tapi cuma nak mempoyo..hak hak hak... Cuma satu je saya terapkan dalam diri ni - YAKIN dan BUAT2 BERANI walaupun hakikatnya saya ni penakut. Kadang2 tu bercakap sorang2 "ahhhh...bukan masuk lokap pun kalau ..."





Habis belajar macam2 keje yang saya apply. Kalau dengan gomen ni toksah cakap la. Penat photostat sana sini, letih panjat tangga kat situ kat sini semata nak pegi interview. Alhamdulillah rezeki untuk dapat keje tetap dan menjadi idaman saya selama ni telah ada dalam genggaman. Mungkin rezeki lepas kawin. Interview lepas tunang dan lapor diri lepas kawin. Macam senang je bunyik dia tapi hanya Allah je tau betapa susahnya saya nak hadapi semua tu. Dan kerana kesusahan itu la saya jaga betul2 dengan apa yang ada depan saya. Bior duit gaji tinggal sikit hanya untuk simpanan masa akan datang, bior saya tak bergaya macam orang lain asalkan duit gaji tu tak sia2 dan bior orang kata saya lurus dan bodoh sebab terlalu ikut peraturan. Masuk keje pukul 8 rehat minum pagi secepat yang mungkin dan balik bila lagu kat mesin punch card berbunyik. Saya hanya akan mc bila saya sakit, saya akan EL bila anak2 saya sakit atau ada hal peribadi dan kadang2 aje EL bila rasa malas dan sakit hati dengan segelintir umat kat sekeliling saya. Saya amik half day bila ada appointment klinik atau urusan dan itupun pagi2 sapie lagi gi jumpa mereka2 yang lebih senior dari saya. Luruskah saya???? atau Bodohkah saya??? dan secara jujurnya saya tak pandai bermain kata2 semata-mata nak bodek bos untuk dapat markah terbaik dalam SKT atau nak tutup keburukan saya semasa menjalankan tugas2 kat pejabat.





uikssss....macam skema je ayat saya kan..?? hahahaha.....dah lama tak mencoret macam ni. Saya bukan ape korang, saya macam hairan bila ada orang yang tak menghargai keje. Sesuka hati nak keluar, rasa nak balik awal balik la. Pedulik apa dengan bos. Buleh eh macam tu??? ishhh saya tak berani sebab saya berpegang kepada KEBERKATAN. Dan saya tak sampai hati nak ambik peluang kat orang yang ala2 lurus bila bekerja. Tak baik, kan. Akan datang anak2 kita pun akan bekerja jugak. Mana tau jumpa pulak dengan kita yang masa tu mungkin tunggu masa untuk pencen. Insyaallah kalau umur panjang la....Sekarang ni Allah bagi cash je.





Kesiannya kat big bos yang percaya dengan mereka2 yang pura2 baik depan bos dan bila bos takde dia pun turut sama takde. Nasib ko la bos. Saper suruh jadi bos kan kena tipu..hahahaha... (gelak setan). Panjang lebar dah membebel, tapi sesungguhnya saya nak bagitau...JUJUR la dengan diri sendiri dan sayangi dengan apa yang kita miliki. Akhir kata...jangan ada skandal diantara kita....opppssssssssssssss...hahaha..kurus puasa saya harini.







note : hari pertama puasa dah dihidangkan dengan cerita hangat tentang skandal..ish...biorla janji saya jaga umah tangga saya. Ya Allah.....peliharalah hati hambamu ini....cinta dan kasih saya hanya untuk insan bernama ABDUL HADI BIN ABDUL RAHMAN




lagi note untuk semua : tak tuju kat sesiapa sebab situasi macam ni kat mana2 ada...kang ada pulak yang sentap : )

superhero



Inilah dia superhero kebanggaan saya - spiderman dan superman...hehehe

harapan dan doa saya semoga superhero ni dapat melindungi dan menjaga saya dan En.Papa pada masa akan datang : )

Wednesday, August 3, 2011

Puasa


Selamat menyambut Ramadhan kat semua umat islam...sori yer lambat wish..dah puasa ketiga baru nak ucap. Saya tak sihat la...selsema + batuk + demam. Puasa pertama dah kena macam tu. Semalam saya mc dan arini masih tak sihat lagi. Nafas pun pendek je. Nak gi sedut oksigen macam malas tapi sampai bila nak tahan, yer tak???


Saya kan ada athma tu yang jadi gini bila selsema dan batuk yang giler2 punya. Sepanjang 2 hari ni saya masak sendiri tanpa tapau kat PARAM kecuali tapau sikit lauk dari umah MIL...hehehe. Rasanya bila masa sendiri ada kepuasan disitu dan bila sahur just panaskan aje. Untuk puasa pertama saya masak paprik daging, telur dadar dan sup ayam untuk hero2 kecik saya tu. gambar tak sempat nak amik sori yer...... ; ) dan semalam saya masak simple2 je sebab keadaan saya tak mengijinkan. Saya masak sambal ikan bawal cermin, goreng buncis ngan udang dan saya buat cekodok udang...pun tak amik gambar sebab lepas hidang2 tu saya ralit main dengan Ammar. Nanti bila ada menu best2 saya snap yer


Untuk arini belum plan nak masak ape. Tengok keadaan dulu sebab plan tadi waktu rehat tengahari nak gi hospital..nak gi sedut...payah la..tercungap-cungap bila bercakap. Akceli dah lama tak kena athma. tu yang jadi lupa macamana nak menyedut....


Apa2 pun selamat berpuasa semua dan semoga Ramadhan membawa keberkatan untuk kita semua .......

makcik bawang