Thursday, May 28, 2009

lega

Fuuuuhhhhh *muncung panjang
lega cek oiiiii
tadi ngulang amik ujian kederasan menaip
aritu .... klik SINI, lulus satu paper jer
hanya dapat 2 kenaikan
alang-alang nak naik 4 kenaikan kena amik sekali lagi baru la buleh kayo
buleh shopping, buleh beli banglo
wahhhhh! banglo ngko
berangan tak hengat

doakan saya yer...bior kali ni lulus 2-2 paper
mau saya belanja??
sila tinggal jejak
kehkehkeh.... :D

note : next month saya ada exam lagi...KPSL PTPO

Wednesday, May 27, 2009

pi umrah

malas nak taip panjang-panjang
layan gambor dan huraian yo



masa tunggu bas untuk bawak rombongan jemaah
uwan pun pegi umrah jugak



candid gambor Kaklang
hahaha...



saya n Iman, KakTih n Cuna, uwan dan omak



gambor yang sama tapi belakang tu PakLah Iman



saya, Iman dan Pija dalam van FIL



yang baju kelabu tu FIL saya
KakTih peknen 2nd baby
yang baju kuning tu laki i
kami tunggu bas kat depan stadium Paroi atau lebih tepat kat depan masjid Paroi Jaya
bas yang bawak rombongan jemaah tu dari Seri Menanti
so dari Seremban hanya tiga keluarga jer



bas sampai dalam kul 6+++
masa ni sayu jer
tapi tahan
i ni kan ratu air mata :p
sikit-sikit nanges



mesti Iman rindu kat Uwan ngan Atok dia
2 minggu tu dia tak jumpa
sebagai ubat rindu Iman tido dengan kain Uwan dia
sekarang ni Maksu dia yang jaga
alhamdulillah dia tak meragam
ok jer....
yang buat saya sayu semalam masa
salam ramai-ramai
pesanan untuk Iman pun ada
"Iman jangan nakal tau"
Iman angguk tapi entah faham entah tidak
tapi masa Uwan ngan Atok dia dalam bas Iman nak nanges tau
pastu muka monyok
agak-agak depa dah sampai kot
sebab perjalanan 12 jam

bukan taknak bagi

tarikh kejadian : 26 Mei 2009 (tengah tunggu Papa Iman jemput)
tempat kejadian : stesen KTM Seremban

Semalan saya half day sebab nak antar MIL dan FIL saya yang nak pi umrah tu
macam kat entry-entry yang dulu, asal half day jer mesti saya naik komuter
dan asal naik komuter jer mesti saya half day
huhuhuhu
pastu pulak patut buleh sampai Seremban cepat jadi lambat sebabnya komuter delayed
tu la....asal saya naik komuter jer delayed
asal delayed jer saya naik komuter
opppssss... apa saya merepek ni???

ok... saya taknak cerita pasal saya naik komuter ke apa
tapi nak cerita pasal konon-konon wakil dari badan kebajikan nak minta derma untuk OKU
saya bukan tak kesian kat golongan OKU ni
tapi saya menyampah dengan depa-depa ni yang mengaku wakil untuk OKU
entah betul entah tidak
siap tunjuk gambar-gambar OKU tu satu album lagi
tapiiii... non ado bukti macam lesen ker, permit ker, alamat ker
just tunjuk gambor
dah tu pulak yang mintak tukang mintak derma ni dari bangsa
ca ya nun alif
buleh caya ker
saya bukan la berkira ke hapa
tapi sebelum ni saya dah terkena
dats y la saya kureng percaya
kalau bersamamu tu ker
ataupun memang depan mata saya orang tu OKU atau miskin memang saya akan bagi
tak banyak sikit pun bagi jugak





tengok la gambar kat atas tu
depa tengah meng'ayat' orang ramai
dan saya adalah salah sorang mangsa depa
bila saya tak bagi buleh la compared kan saya dengan budak depan saya tu
hangin jer guwe

"halo akak"
"hurm..."
sambil bukak album
"saya wakil dari badan kebajikan, cuba akak tengok mereka sangat susah. Mereka tidak seperti kita dapat makan sedap-sedap,dapat shopping, dapat jalan-jalan" *tatabahasa tak kesian
"tak pe la..saya tak keje *ayat tipu
"tiga orang budak perempuan depan akak tu (sambil tunjuk) beri RM10, takkan akak tidak mahu beri"
"biarla dia"

apek yang muka tak mandi tu terus blah sambil tunjuk muka tak puas hati kat saya
fedulik apo den!!!!!
dasar pembongak (penipu)
dan balasan nya tu saya bagi jelingan maut
jangan main-main, jelingan saya ni
sampaikan Mama saya pun pernah tegur.....

"ko ni kalau menjeling sampai putih bijik mata itam tu"...

tak lama apek tak mandi pagi tu blah datang pulak amoi tak mandi pagi
baru nak dekat saya terus tunjuk isyarat tangan
tapi kan korang, tak ramai yang depa dapat tipu majoriti tak bagi
orang sebangsa dia pun tak percaya inikan pulak saya
korang hati-hati tau...

Tuesday, May 26, 2009

kawan sepermainan

masih cerita ceritu hari Sabtu
masa otw balik dari PD saya dapat call dari kawan saya masa sekolah rendah
kata dia nak singgah umah Mama nak jumpa saya
akceli dah lama kami tak jumpa
tu yang dia sanggup singgah nak jumpa tu
saya panggil dia Kak Ngah jer
dulu kami berjiran
la ni dia dah dok kat Kemaman
Mak Pak dia pulak dah pindah ke Kuantan
so, umah yang kat Seremban ni di sewa kan ajo



sori, gambor kabur sikit
yang pakai tudung pepel tu la Kak Ngah
dulu dia slim melim
la ni dah beranak dua, kan
macam di pam-pam *adoiii...mati la kalau dia baca blog ni
yer.. kami memang rapat
kemana jer berdua
pi ngaji berdua pi mana-mana pun berdua
walaupun pi kedai beli taugeh tiga posen pun berdua
cuma ke jamban jer tak berdua
beza umur kami setahun jer
dengan erti kata lain saya senior sikit dari dia la
tak mau pakai ayat 'tua dari dia' sebab tak nak mengaku diri dah makin tua :)
tapiiii..dia kawen dulu dari saya
sebabnya dia gatal sikit dari saya
hahaha....mati lagi la kalau dia tau saya kutuk dia
alaaa... kutuk-kutuk manja gitu
tak serious pun



anak Kak Ngah yang sulung lelaki (baju putih merah)
nama dia Shafiq
yang kedua pompuan sebaya Iman (baju pink)
Shafiqah nama dia
tengok la tu...Iman nak test market
tak caya tengok gambor bawah



kemana berdua jer
tapi si Shafiqah ni cumel tau
errrr... "Iman, tunggu sunat dulu tau"





Kak Ngah singgah pun tak lama sebab dia nak balik ke Kemaman malam tu jugak
so, tak banyak sangat yang nak diborakkan
sebabnya kejap anak sulung dia buat perangai
tak lama tu Iman pulak
pastu si Shafiqah pulak
jadinya perbualan kami terlebih iklan
tengok la, kalau lapang sampai jugak kami ke Kemaman
bila?? bulan 6 tapi tak tahu tahun bila
: D

cerita sabtu

Apdat ala-ala jer tapi dah macam karangan
so, sila melayan
Sabtu lepas kan umah MIL saya ada kenduri doa selamat
tapi kenduri tu lepas Isyak
so subuh-subuh 'sapie' lagi kami dah ke umah MIL
sebabnya nak tolong-tolong apa yang patut
kata menantu 'mitali'
bukan mithali yer.... : p


dalam tengahari tu kami larikan diri kejap nak pi 2 kenduri sekali gus
satu kat sikamat satu lagi kat PD
semua secara express
yang kat sikamat tu umah pak sedara Papa Iman
dia ni pun nak pi Umrah ngan MIL saya jugak
so, kami la wakil kepada MIL saya
yang kat PD tu pulak umah technician MPS
tau ker korang MPS tu ape??
MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN
bukan MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG yo


ooooo...sebelum tu entry kali ni macam karangan sikit
nak tengok gambor kena scroll kat bawah la
nasib korang la....


demi menjaga bentuk badan yang ala-ala nak kurus taknak kurus nak gemuk taknak gemuk ni
saya tak makan pun masa kat PD
sebabnya masa kat sikamat saya dah melantak sampai tak hengat
bukan apa... lauk sangat sedap rugi woooo kalau tak menikmati nya
yang bestnya kenduri kat PD ni, tetamu yang terpilih akan di bagi pokok bunga hidup
bukan bunga ros sejambak tau tapi sepasu lagi
macam-macam jenis ada
dari jenis keladi, jenis kekwa la
sampaikan saya merengek-rengek kat telinga papa Iman suruh mintak kat pengantin



"bang, nak jugak"
"ishhh... malu la"
"gi la mintak"
"tak payah la"
"taknak balik selagi tak dapat pokok tu"



kesudah nya balik ngan tangan kosong
mencikkkk....
Papa Iman tak menyokong langsung
korang tau sebab apa pengantin bagi sepasu pokok hidup??
sebabnya dia keje kat bahagian landskap
hurmm...patut pun


ok..dah penat taip.. sila layan gambor
tapi sebelum tu nak bagitau bahawasanya gambor pengantin nggak ada sebab kamera dalam keta

sebab apa dalam keta???
sebab masa mula-mula sampai Iman tido
jadinya malas nak berhandbag bagai
dah nak balik baru ada amik gambor










bunga manggar kat tangan Iman tu sebagai bukti pi kenduri
dan gambor atas tu adalah bahagian untuk penanggah
janji ada gambor kan

Friday, May 22, 2009

bebelan hari jumaat

kena apdat gak bagi berseri sikit blog ni
tak tau nak cerita aper
tenet lak dah 2 hari meragam
saya ni kalau tenet meragam mula la menggelupur semacam
nasib baik As ada bawak broadband dia
buleh pinjam kejap nak intai-intai email ke, tengok FB atau FS ke
tak kisah la dia nak mintak 20sen seminit pun
janji tak meroyan....

nampak gaya nya ni kena pasang tenet kat umah la
tak kisah la celcom ker maxis ke stremyx ke
tapi.... tengok la dulu macamana
hurmmm....????

eh korang wiken ni pi mana???
nak itut leh tak???
eheh...tak malu la saya ni...
oooo... tak leh itut korang la sebab malam sok MIL saya ada buat kenduri sikit
kenduri doa selamat dia nak pi Umrah selasa ni
so, Iman harus la di pos ke umah Mama
bior maksu gulaikan dia
hehehe.....
tu pun dalam tempoh seminggu jer sebab awal bulan 6 ni saya nak pi Ganu
ada la dalam seminggu saya dok kat sana
partner Papa Iman nak kawen
nak kata cuti-cuti Mesia tak jugak la
kami ni ngikut rombongan orang kawen katanya
nanti saya buat entry pasal pi Ganu ni yer :D

oh yer...lunch nanti ada orang mau belanja la
nasib baik saya dah siap 'uk..uk..' untuk kosongkan perut ni
hehehe.. kena la menikmati makanan free
kalau idak rugi tau

Wednesday, May 20, 2009

lepak-lepak kat fun fair

Malam tadi mula-mula lepak kat kedai Mama
pastu ingat nak terus balik jer sebab nak layan drama Cinta Untuk Ain
tak pasal-pasal tetiba jer Papa Iman belok ke Dataran Senawang
memang tak 'bajet' pun dia nak bawak pi fun fair
bagi saya dari pi fun fair baik pi Giant nun
tapi yer la, dia nak bawak bujang sorang tu agaknya
so, Ibu ni terbabit sekali la



may be tengah bulan tu yang tak berapa ramai yang datang
tapi..... bangla ngan indon sana sini ada jer



Papa Iman tau pulak malu nak naik keretapi yang idup segan mati tak mau ni
nak tak nak saya la yang kena naik dengan Iman
takkan la nak biorkan Iman naik sorang-sorang
keadaan saya memang selekeh sebab x bajet nak ke sini



suruh senyum tapi dia nganga pulak
sekali naik 1 token
ni khas untuk budak-budak sebaya Iman
Mak budak dilarang sama sekali sebab benda ni ngam-ngam jer ngan montot Iman



nak tau apa benda yang dia tunjuk???
ni....
*
*
*
*


wooooo...tidak sama sekali
bagi free pun saya tak mau naik
seriau kau......



nak bagi Iman puas hati bawak la dia naik kincir ni pulak
Papa Iman takde makna de dia nak join sekali
malu katanya





main tangkap itik ni kunun buleh la dapat patung yang besor-besor tu
tapi sekali dapat key chain patung yang rambut jarang-jarang
agaknya patung tu kena leukimia kot :p
pastu kami terus balik
bujang saya tu apa lagi, berseri la muka dia
masa otw nak balik tu buleh pulak Papa Iman cakap macam ni;

"ni Ibu nye pasal la ni, Papa nak tengok cinta untuk ain tak dapat"
"hek eleh, orang pulak. Dia yang tiba-tiba bawak ke situ"
"ishhh..dah la arini last"
"ala sempat lagi la" (jam masa tu baru pukul 9.45)

bila balik, terus bukak tv
sekali dah habis daaaaa....
jadinya bukan cinta untuk ain tapi cinta untuk fun fair
hahahaha :D

Tuesday, May 19, 2009

menu malam tadi

dah lama kan saya tak jaja apa yang saya masak
yer la kan kata tak nak makan malam
kunun nak jaga badan
tapi dah kata pencinta makanan
tak de makna semua kata-kata hikmat tu
bak kata pepatah ..... orang yang kurus itu jangan disangka x kuat makan
errrr.... ada ke dalam kamus dewan???
hurmmmm....?????



ini la menu malam tadi
sambal sotong - lebih tu bawak gi opis maklum la nak berjimat cermat
telur dadar - untuk si anak dan si bapak
sambal tempoyak - hasil pemberian kakpah
ikam kembung goreng cili api - lauk ari ahad
gaijor - ni pi cari sendiri kat giant atau tesco atau carrefour
tapi siyes, memang tak plan nak masak
ikutkan lepas maghrib nak pi makan
tapi bila ingat balik kat peti sejuk tu ada sotong terus semangat nak masak
macam biasa la saya bukak pencak silat


'busyuk' saya tengah makan
sekarang ni cukup payah la nak bagi makan
sampai kan saya terpaksa guna kuasa mengugut
"Iman tak nak makan ibu lari tinggal kan Iman"
"huwwwwaaaaaa''
tu jer la modal dia, nanges..nanges..dan nanges..
padahal sikit pun saya tak cuit dia
tapi kan berkesan la cara ni
tu pun saya baca kat mana entah
ada sorang kakak ni ugut nak lari umah siap kemas kain baju
terus anak-anak dia mintak mahap dan janji tak nakal lagi
hehehe..... malam tadi ada la 3-4 kali saya guna cara tu
"kalau Iman sepah-sepah kan umah, melawan, Ibu lari tinggalkan Iman"
saya tak lari jauh pun takat lari pastu nyorok belakang sofa
huhuhu.... bila agak dia dah nanges kuat-kuat baru saya keluar
kesian pun ada tapi berkesan jugak
dia datang kat saya terus peluk kaki saya pastu elok je layan tv sambil baring atas peha saya
korang try la...
tapi jangan selalu la..nanti depa tau
budak sekarang ni kadang-kadang depa lagi bijak dari kita
errrr... tajuk atas MENU MALAM TADI
tapi naper ada citer pasal Iman....
hurmmm...????

tukar seat

Balik dari keje semalam pi teman Papa Iman tukar seat
akceli ni seat lama tapi sebabnya dah ada koyak sana sini so harus la direpair
errr...betul eh panggil seat??
ke ada nama lain
hentam je la asal makna eh sama
lagipun bulan 6 ni kami nak berjalan jauh
kalau jalan jauh tu tak terasa la sakit pinggang
tu Papa Iman yang cakap la...



bercekak pinggang cik abang sorang ni



ni rupanya seat baru yang dah siap
yang tak best nya tu untuk penumpang non ado
bak kata Papa Iman seat tu hanya untuk orang kurus je
cis.....kureng asam boi tau
macam la saya ni gumuks bebenor
elehhhh... x heran laaaa *ayat berlagak cover diri



gaya, mutu, keunggulan
wajah bongkak dengan seat baru

Monday, May 18, 2009

juara AF7


perasan x arini saya sangat rajin meng'apdat' blog
naper eh.... lempang diri sendiri kasi sedar
oo...sebab saya sangat la free sekarang ni
x rugi ooo saya undi Hafiz tu
menang jugak mamat rambut kerinting tu
kalau dia x menang siap la Astro, saya bakar bangunan Astro tu
tapi naper si Awok dapat no.2????
saya ingatkan Akim yang dapat
tapi xpe la... jeki masing-masing
untuk Hafiz..ko jangan nak poyo lak lepas ni
jadi diri sendiri ....
rambut tu bior maintain macam tu
jangan nak rebonding bagai
itu saja....
note : melalut lagi....

selamat hari guru

Tak terlambat lagi nak ucap selamat hari guru untuk blogger-blogger yang bergelar guru atau cikgu
tak kisah la cikgu masakan ker, cikgu menjahit ker
sesungguhnya kerjaya guru itu adalah mulia tu pun kalau ikhlas la

selamat hari guru jugak untuk cikgu-cikgu saya kat sekolah menengah teknik juasseh..sekolah lama sekolah menengah kebangsaan seri ampangan pun ingat jugak tapi hati lebih kat sekolah teknik

oh yer..kawan saya Noridah a.k.a Ida Mama dan jugak Nano...selamat hari guru
rindu kat korang la...biler mau jumpa???

ni antara ucapan saya untuk cikgu-cikgu yang terpahat kat ingatan saya ni :-

untuk cikgu bahasa inggeris saya...Puan Noreen bt Kamaruddin...saya sentiasa ingat kat teacher tau
thank you teacher....sebab teacher la saya BI saya dapat score A..tu pun saya gigih nak score sebab saya berangan nak jadi pramugari..tapi apakan daya...saya hanya dapat jadi pramugari kat umah ajer...xpe lah..atlis saya dapat keje tetap.....saya suka ngan teacher Noreen ni sebab dia tatik...pandai bergaya...baju dia lawa-lawa tau...oh teacher, dimanakah dikau???? saya doakan moga teacher murah rezeki dan dapat anak-anak yang cumel macam saya :p

untuk cikgu Zack (nama samaran) ... walaupun lukisan kejuruteraan saya kantoi tapi saya tetap ingat kat cikgu sebab cikgu sangat la terlalu berterus terang yang atau dengan kata lain... ala-ala laser...ada ka patut cikgu kata habuk pemadam saya tu taik idung saya...x baekkkk oooo... cikgu ni wrong person la...saya bukan la pengorek idung yang tegar kat kelas 5BB tu tau...kalau nak korek idung pun saya akan lari ke toilet *alamak terbukak rahsia pulak : p
patut kan, cikgu kena buat DNA dulu baru buleh tuduh-tuduh saya...tapi xpe...saya mahapkan cikgu

untuk cikgu Ariff iaitu cikgu kelas saya.....cikgu sihat??? saya kat sini terlebih sihat tu pun angkara kapur yang cikgu suruh gigit aritu...tapi seriously saya cakap,kapur tu kureng sedap la tapi kalau cikgu lebih kan sos cili mesti lagi sedap.... hehehe...teori saya pun kantoi jugak...tu la cikgu ni suka sangat ugut nak failed kan teori saya..tengok..kan dah masin mulut cikgu...xpe..saya mahapkan jugak cikgu sebab saya dah dapat keje tetap pun walaupun dah lari bidang. tapi kan cikgu, saya kawen ngan orang yang kena mengena dengan Binaan Bangunan... atlis terubat rindu saya dengan benda-benda yang cikgu ajar aritu...naper eh..cikgu x mau amik saya jadi anak angkat??? oooo....sebab saya suka tido dalam kelas eh??? ish..ish..ish...cikgu rugi x amik saya jadi anak angkat cikgu tau...

cikgu Taufik??? dimanakah dikau cikgu???... pinjam motor honda cup cikgu tu buleh?? Hik..hik..hik... ooo..cikgu dulu pernah merajuk ngan saya kan, penat oooo nak pujuk cikgu. sangat la huduh muka cikgu masa merajuk tau.. errrrr...cikgu meh gi karoks nak..kita duet nyanyi lagu "kau mawarku"

cikgu hazilah iaitu cikgu sains saya....cikgu...sains saya lulus tau..kredit lagi..dulu time ujian saya adalah calon murid yang selalu kantoi tapi saya buktikan yang saya pun buleh score jugak... cikgu ni pun tatik jugak tapi ada masa dia ala-ala manja jugak

cikgu yang saya admire...alaaaa... malu nak habaq...wihuuu..cikgu hussin....dulu time dia bujang ensem la tapi aritu saya jumpa kat Giant cikgu dah x ensem...perut dah boroi dah setaraf cikgu Sani iaitu warden saya dulu. cikgu pernah ajar saya PJK... tu pun kejap jer... pastu ganti ngan Arwah cikgu Rahman..Al-fatihah...

korang, walaupun aper pun tindakan cikgu pada kita...jasa dorang harus dikenang...tanpa dorang kita xkan ada ditempat kita sekarang...sesungguhnya keberkatan ilmu yang depa ajar tu yang penting....kalau la saya dapat undur putaran dunia ni, saya nak perbaiki balik diri saya ni tapi yang pasti saya tetap saya la cuma mana subjek yang kantoi tu nak di perbaiki balik. SESUNGGUH NYA..... ada hikmah dengan apa yang terjadi...dan rezeki itu ditangan ALLAH hanya kita dapat mengubah diri kita....

note : apa yang aku bebelkan ni?????

Friday, May 15, 2009

Firstly, tq to Kak Shibam sebab bagi award ni kat saya
errr...kak,bagi la lagi award-award yang akak rasa sesuai untuk saya
:D
ok..meh layan

1. Copy award untuk di letakkan di blog anda







2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini :

shibamjelita.blogspot.com


* sentiasa kelihatan jelita *ayat bodek supaya dapat award lagi
* jenis happy go lucky
* biras maya
* dari pembacaan saya la.. akak sorang ni buleh wat geng makan dengan saya *kak,meh belanja saya makan
* walaupun dah bergelar ibu tapi akak sorang ni maintain giler-giler tapi bukan GILA yer...

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya-

banyak tu...
* pencinta teh o ais limau..mana-mana pegi harus order
"teh o ais limau satuuuu"
* bini kepada Abd Hadi dan ibu kepada Iman Hadif
* very the kuat berangan tapi angan-angan tu mesti la masuk dek akal dan akan pastikan ia mesti jadi kenyataan
* cepat naik angin tapi cepat sejuk
* pencinta makanan dengan erti kata lain...suka makan dan jugak suka masak....sendiri masak sendiri makan dan sendiri puji
* pemboros..ni penyakit susah nak diubat tapi akan insaf bila duit dah habis
* hobi no.1 adalah membaca walaupun baca sign board :D
* buleh berkawan dengan sesiapa pun walaupun tau orang tu x suka dengan saya...saya amalkan prinsip..ADA AKU KESAH??? CAK..CAK...CAK..CAK.... : p *tetiba
* cukup meluat dengan orang yang talam 2 muka dan jugak DEGIL..huh... orang mcm ni harus diluku 40x
* saya pengidap athma yer...silap makan akan membawa padah..serik wooo nak sedut gas..NO...NO..NEHI....NEHI..

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka.
sori la kak shibam ku yang jelita... xde calon la...

putera puteri As

Semalam saya keluar rempit dengan As sebab ada 'HAL' nak settle
alang-alang dah keluar tu, singgah tengok baby As, si Haziq
umor budak tu dah 4 bulan baru semalam hegeh-hegeh nak tengok



si comel haziq
nama Haziq macam nama anak Cik Puan Zulie tu



pandai Haziq bergambar
bila saya agah dia..kemain lagi..pandai nak borak dah
ohhhhhhhhhh....rindu nya beranak kecik
ceh..macam la Iman tu dah 7-8 tahun
x la.. saya rindu nak peknen lagi
bila yer???
"abanggggggg,....nyitttt... (kenyit mata)
*tetiba je



sama comel sama padan
wawawi..perasan sudah



yang tengah terbongkang menyusu tu si anak dara As, Nisa
dia sebaya Iman tapi petah bercakap
ada jugak saya usik dia..

"nica, acik amik adik eh?"
"x uleh.."
"ala...buleh la"
bla..bla..bla mengusik Nisa
"egang je, amik oleh" (pegang je amik x buleh)

siap warning ko....
tapi kan, yang kelakar tu bila dia agah si Haziq
yang si adik pulak bila kakak agah pandai pulak senyum
eeeee....geram je...nak jer gomol si Haziq tapi saya selsema so saya terpaksa tahan jer
dan dan tu jugak saya rindu kat Iman
kalau korang nak tau anak-anak As ni mak mertua dia yang ngasuh
so, xde la dia nak risau bagai..

Thursday, May 14, 2009

angin rajin dah mari

Entah angin arah maner entah meresap kat badan saya
pagi ni tetiba jer rajin
lepas bekpes terus punggah sana sini pastu gigih gantung itu ini
ni mesti kuih yang saya makan pagi tadi ni
*ceh..tetiba salahkan kuih
yer kawan-kawan, angin rajin untuk mengemas workstation saya aje
orang lain punya x dapek acik nak nolong do
siap bersila lagi
padahal ada keje tu
nak taip laporan big boss
tapi, alang-alang angin rajin ni dah datang saya tinggalkan dulu keje big boss



memula jaja muka sendiri
sebabnya menjak ni asik Iman jer enterprem
ibu eh nak jugak



key chain yang dah siap digantung mengikut size
tu... ada space lagi tu
errrr.... ada saper-saper nak sedekahkan key chain untuk i???
jangan malu-malu yer : p



dah separate kan kertas A4, kertas warna, envelope
agak-agak2 nya la kan, keadaan macam ni kekal sampai bila??
esok? lusa? tulat? petang kang???
wait n see ya



siap cuci akuarium lagi
kalau sebelum ni sampai bayang ikan pun x nampak
agak bercinta jugak nak cuci akuarium ni
oh yer...ikan saya sekor dah mati
klik >>>>>> SINI
yang kaler oren tu la yang mati
sian la si BOBO terseksa batin dia
hikhikhik......



meja pun dah clear
semalam lagi saya dah fail segala mak nenek dokumen
dan semalam jugak saya print gambar-gambar yang saya rasa cantik menarik ko memang da bom
yang pasti gambar Iman jer yang lebih
nak hilang rinduuuu.....



hurm... puas hati bila tengok workstation saya ni kemas dan cantik
rasa macam xnak buat keje je sebab takut nanti bersepah balik
*muehehehe... alasan x mau buat keje
nak balik la......
hahahaha....harus kena tendang ngan big boss kang

Tuesday, May 12, 2009

my friend tiger and pooh

selain layan Wonderpet kartun my friend tiger and pooh pun Iman layan
agaknya dia suka kartun yang ala-ala comey gitu
yang ada menantang (binatang)
yang ada nyanyi-nyanyi kot
kalau kartun Tom & Jerry tu dia kureng minat
sebabnya kartun tu mcm kelam kabut jer
asyik gaduh, asyik kejar-mengejar la
entah apa-apa.....







masa ni kan, Iman x mandi lagi
bangun tido terus layan kartun
tu pun nak gosok gigi basuh ngan basuh muker pun kena paksa
sementara tunggu saya siapkan nasik goreng cina dia bekpes ngan kismis dulu
biler dah makan kismis berak pun keluar kismis
sabor jer...





muker orang x mandi lagi
tapi kan, macam la orang yang dok taip blog ni dah mandi time tu
hehehhe...mak cun anak ensem...
bukan mak borek anak rintik yer : p

tanda sini sana



sana sini kena tanda
nanti terlepas tarikh-tarikh yang penting saper yang meroyan???
Acikkkkkk...jugakkkkk
tu..nampak x yang ada highlight pink tu??
itu makno eh ari gaji
yer..harus di highlight sebab nanti terluper
hehehe..xde makna terluper de
dok menghitung hari lagi ader
bukan aper senang nak buat budget bulanan
aper nak beli, aper nak di bayor
-tif ker +tif ker balance yang tinggal
tapi.... yang pasti simpanan di kala sesak HARUS ada




kat sini pun kena letak
kang Pegawai tanya mula la kata...
"ada eh....."
"bila eh....."
pastu sengih jer

makcik bawang